BAB 28:

"Assalamualaikum Yuyu."Ucap Hawa sebaik masuk.Syahrell tiada di situ.

"waalaikumsalam."Jawab Yuyu.Ingatkan Syahrell tadi.Pelik juga sebab kata nak datang esok.Marah-marah juga tapi dia masih ambil peduli pasal lelaki itu.Nama pun suami.

"Awak dah ok ka?"Tanya Hawa sebaik duduk di kerusi.

"Kenapa kau kacau rumah tangga aku?Kau kan dah ada suami.Kisah kau dan abang Rell dah lama tamat.Kami baru aje nak bahagia."Tanya Yuyu kesal.Matanya dah sembab sebab banyak menangis tadi.

"Saya silap sebab tinggalkan abang Rell yang sangat sayangkan saya.Apa pun itu hak abang Syahrell.Biar dia pilih siapa yang dia sayang dan saya yakin dia masih sayangkan saya.Saya minta maaf Yuyu.Buat apa awak nak sayangkan lelaki yang cintakan orang lain.Terimalah mungkin dia tiada jodoh dengan awak."Pujuk Hawa.Dia yakin apa yang dia cakap tu adalah betul.

"Kau ni perempuan memang terdesak ka!Tak ada lelaki lain ka yang kau boleh pilih?!Kenapa suami aku juga?!"Marah Yuyu.Giller tak sakit hati bila ada orang macam ni.Suasana yang bising menyebabkan jururawat masuk ke wad Yuyu untuk memeriksa.

"Ada apa ni?"Tanya jururawat itu sebaik masuk.

"Nurse tolong usir perempuan gila ni dari bilik saya."Kata Yuyu.

"Cik tolong keluar.Puan Yuyu baru aje sedar dari koma dan dia perlukan rehat.Cik boleh keluar dari sini kalau sekadar nak menganggu."Blur juga jururawat tu tapi bila difikirkan Yuyu memang perlukan rehat dia menyuruh Hawa keluar.

"Awak fikirlah apa yang saya cakap tu."Kata Hawa sebaik keluar.Yuyu pula hanya mampu bersabar.