BAB 3:

Dari jauh Yuyu memerhatikan Syahrell yang menolong Pak Mat.

"Kalau kesempurnaan yang kau cari ternyata bukan aku tapi bila kah dah curi hati aku jangan harap kau boleh lari."Monolog Yuyu.

"Ha!Ha!Ha!"(#GelakSuperJahat)Kemudian dia tergelak ala-ala seorang penjahat yang mendapat kemenangan.

Puck!Yuyu menerima satu pukulan dari Afiqah.

"Kau ni dah kenapa.Takkan sebab Syahrell kau dah jadi giller sampai tiba-tiba gelak sendiri."Seram Afiqah dibuatnya.Dia ingatkan dia gelak dalam hati tadi rupanya tidak.Kan dah kena chop giller.Ya memang giller,gillerkan Syahrell Naufal yang handsome lagi comel tu.

"Memang jodohlah aku dengan dia.Tadikan aku tak nak ikut tapi sekarang aku ikut juga.Ni mesti sebab Allah nak aku jumpa dia."Monolog Yuyu lagi di dalam hati.Afiqah pula dah seram sejuk.Tadi Yuyu tiba-tiba gelak sekarang dah tersenyum-senyum macam kerang busuk pulak.