BAB 43:

Hari ini Syahrell sudah mula menghantarnya pergi ke tempat kerja.Ikmal betul-betul memberikan kesan yang baik kepada Syahrell.Yuyu mestilah rasa bahagia.Sekarang Syahrell banyak meluangkan masa bersamanya.

"Bye abang.Assalamualaikum.Take care."Ucap Yuyu kepada Syahrell sambil menyalami tangan suaminya itu.Yuyu hanya masuk ke tadika sebaik kereta yang dipandu Syahrell hilang dari pandangan matanya.Baru saja nak masuk Ikmal tiba menghantar Hazzel.

"Hai cikgu."Ucap Hazzel sebaik tiba.Usai bersalaman dengan papanya Hazzel masuk ke tadika untuk bermain dengan rakannya yang lain sementara menunggu waktu belajar bermula.Macam biasa Ikmal akan bercerita dengan dia semasa menghantar Hazzel.Yuyu pula kalau boleh nak tamatkan perbualan mereka sebab Syahrell pesan dengan dia jangan rapat dengan Ikmal tapi apakan daya semakin rancak lelaki itu bercerita.

"Abang?!"Terkejut Yuyu dengan kedatangan Syahrell.Masa tu Ikmal masih ada di situ.Baru je beberapa minit Syahrell pergi dah datang balik.

"Syahrell SUAMI Yuyu."Ucap Syahrell lalu berjabat tangan dengan Ikmal.Matanya merenung tajam Ikmal.Yuyu pula dah gelabah tengok cara pandangan Syahrell itu.

"Kenapa abang datang ni?"Tanya Yuyu.Lega sebab Syahrell terus mengukir senyuman manis sebaik memandangnya.Tidak seperti pandangannya terhadap Ikmla tadi.Ikmal yang ada di situ hanya jadi pemerhati.Syahrell kemudiannya berlalu ke keretanya lalu membawa sejambak bunga ros merah lalu diberikan kepada Yuyu.

"Untuk isteri abang yang TETSAYANG."kata Syahrell.Yuyu pula seronok sangat dapat sejambak bunga ros merah.Fav tu.Sudahlah ini first time Syahrell buat macam ni.

"Terima kasih abang."Kata Yuyu pula.Ikmal kemudiannya meminta diri untuk berlalu.Sejak dari situ Ikmal sudah tidak berharap kepada Yuyu lagi.Dia turut bahagia melihat kemesraan Yuyu dengan Syahrell.

"Sweetlah cikgu."Kata Mia yang tiba-tiba datang di situ.Ada juga pengganti anak Mak Jah di sini.