BAB 5:

Masjid Al-Jamak...

Masjid di kampung Yuyu ni sentiasa meriah dengan kedatangan penduduk kampung terutamanya bila ada ceramah.Bukan masa bulan puasa sahaja tapi boleh dikatakan hari-hari sentiasa meriah.Yuyu macam biasa akan mengikuti ibunya ke masjid untuk solat berjemaah.Begitu juga Syahrell.

"Assalamualaikum semua.Hari ni uztaz akan bawakan ceramah yang berkaitan perkahwinan.Jadi sesiapa yang ada sebarang pertanyaan yang rasa ragu macam biasa boleh bertanya dengan ustaz dalam ceramah ini."Beritahu Ustaz Don kepada semua penduduk kampung yang ada.Yuyu memang suka bila Uztaz Don yang menyampaikan ceramah kerana beliau pandai menarik minat pendengar.

"Ustaz boleh saya tanya?Perempuan boleh tak pinang lelaki?"Soal Yuyu.Tidak sabar untuk dia mendengar jawapan Ustaz Don.Syahrell pula sudah tidak senang duduk bila mendengar pertanyaan Yuyu itu.Yuyu yang bertanya dia pula yang gelisa.(Tak patut)".

"Terima kasih untuk soalan itu.Dalam hal ini perempuan boleh meminang lelaki bukan lelaki sahaja yang boleh meminang perempuan dan seseorang lelaki itu wajib menerima pinangan perempuan itu kecuali ada sebab-sebab tertentu."Terang Ustaz Don.

"Bolehlah."Nasib tidak kuat Yuyu berkata.Kalau tidak alamat 1 masjidlah dengar.Yuyu kini sudah tersenyum-senyum sendiri mendengar jawapan Ustaz Don itu.Entah apa sahaja yang difikirkannya sekarang ini.

"Na...na...na..nah...na...na...abang.Habislah abang mesti kak Yuyu nak pinang abang.Ha...Ha...Tak tahu kena kahwin paksa."Kata anak Mak Jah yang duduk di sebelah Syahrell.Hmm mulut budak ni.

Syahrell sudah gelisa bila mendengar kata-kata anak Mak Jah tu.Kalau betullah Yuyu nak pinang dia.Apa yang patut dia buat.Sah perempuan tu dah angau betul dengan dia.