BAB 11:

Malam ni Yuyu dan Rell akan bersanding pengapitnya Afiqah dan Syafik.Ramai orang kampung yang datang.Yuyu bahagia sangat.Susah baginya nak percaya yang dia sudah berkahwin dengan Syahrell.Lelaki tu pula nak kata suka relaks sahaja nak kata tak suka tak juga.Apalah nasib Yuyu dapat Syahrell ni.

"Abang jomlah."Yuyu menarik tangan Syahrell untuk menemaninya mengikuti orang lain untuk menari tarian poco-poco.Habis.Reti ke Syahrell menari.

"Abang tak nak lah.Yuyu ajelah."Pandai pun bersuara dari tadi diam sahaja.Tapi Syahrell ikut juga apabila semua orang yang ada di situ sudah bersorak sambil menepuk tangan apabila melihat mereka yang sudah berdiri.Yuyu punya kerjalah ni.Hantam ajelah Syahrell.

"Kayunya laki kau ni Yuyu.Tengoklah macam mana dia menari tu."Afiqah mengutuk Syahrell bersama Yuyu.Yuyu pula sudah tergelak melihat Syahrell.Rosak tarian poco-poco tu bila Syahrell yang buat.Orang dah buat part lain dia masih dok terkejar-kejar rentak yang orang lain tengah buat.

Majlis tu berakhir pada pukul 12:00 malam.Ucap syukur Syahrell sebab majlis dah habis kalau tidak entah apa-apalah yang Yuyu akan suruh dia buat.

"Dap!Dup!Dap!Dup"Jantung Yuyu berdegup laju sama macam pertama kali dia jumpa Syahrell.Syahrell relaks aje kat dalam bilik tu dia pulak yang berdebar.

"Buat hal pulak jantung aku ni."Monolog Yuyu sendiri apabila Syahrell mendekati Yuyu yang duduk di atas katil.

"Abang nak bawa pergi mana dengan bantal tu?"Tanya Yuyu.Rupanya dia datang nak minta bantal aje lepas tu dia baring dekat lantai.

"Yuyu tidurlah dekat atas abang tidur kat sini."Beritahu Syahrell.Dia masih tidak sedia.Kesian Yuyu.Macam mereka ni kahwin paksa aje.Macam drama dalam tv tu kahwin paksa lepas tu tidur asing-asing.Boleh dikatakan kahwin paksa ke mereka berdua ni?

Yuyu sedih sebab Syahrell masih belum boleh menerimanya.Dia ambilnya comfoter dan selimut di almari dan diserahkan kepada Syahrell.

"Abang gunalah ni.Nanti sakit pula badan kalau baring macam tu aje."Yuyu cuba untuk mengukir senyuman.Susah untuk dia melelapkan mata malam ni.

"Kan aku dah cakap sekali kau curi hati ini jangan harap boleh lari.Tak apa abang Yuyu akan berusaha."Azam Yuyu sebelum tidur.Begitulah Yuyu seorang yang tidak mudah berputus asa.Apalah yang Yuyu akan buat.