BAB 38:

"Morning abang."Ucap Yuyu kepada Syahrell yang sedang bersiap.Yuyu sibuk menghidangkan sarapan pagi di meja makan.

"Ya morning sayang."Kelam-kabut betul Syahrell dilihatnya.

"Jom makan."Ajak Yuyu setelah menyelesaikan tugasnya di meja makan.Dilihatnya Syahrell yang menilik jam tangan di pergelangan tangan kirinya.

"Sorry sayang.Abang tak sempat.Pagi ni ada banyak patient nak urus.Sayang makan sendiri ya."Ucap Syahrell lalu mencium dahi Yuyu dan beredar.

"Yuyu kau kena sabar.Abang Syahrell kan sibuk."Yuyu cuba untuk tidak terlalu beremosi tentang hal ini.Dia hanya mampu melihat susuk tubuh Syahrell yang berjalan meninggalkannya.Akhirnya dia tidak makan pun sarapan yang dibuat sebaliknya di tapau untuk diberi kepada anak-anak muridnya nanti.

Syahrell semakin jauh darinya.Pergi awal dan balik lewat.Yuyu sekarang pergi dan balik kerja pun naik teksi.

"Kenapa kau buat Yuyu macam ni Syahrell?Kau tipu dia lagi."Kata Syahrell sebelum memulakan panduan.Nampak macam menyesal tapi masih juga pergi jumpa dengan Hawa pagi ni.Kesian Yuyu.