BAB 13:

Yuyu dah sampai rumah.Dia masuk ke dalam bilik sebab nak simpan buka catatannya.Kebetulan Syahrell masuk pulak.Laju Yuyu sorokkan buku itu dibelakangnya.

"Buku apa tu?"Tanya Syahrell apabila lihat buku kecil bewarna pink di tangan Yuyu itu.Sempat Syahrell nampak sebelum Yuyu sorok di belakangnya.

"Tak ada apalah."Yuyu mengeleng kepalanya.Syahrell pula tak puas hati.Laju aje dia peluk badan Yuyu sebab nak ambik buku itu.Yuyu pula dah gelabah.Selamba aje Syahrell ni.

"Dup!Dap!Dup!Dap"Dah mula lah jantung ni berdegup kencang.Terdiam Yuyu dibuatnya dengan perlakuan Syahrell itu.Dapat juga Syahrell.Yuyu pula melompat-lompat sebab nak ambil buku di tangan Syahrell.Lompat pun tak sampai Stahrell ni tinggi lampai Yuyu pulak pendek.Dah mula dah insiden kejar-mengejar di rumah.Macam mereka tengah di trek larian aje sekarang ni.

"Oi sudah!Korang dua ni dah kenapa?Runtuhlah rumah mak ni."Bebel Puan Yulia yang baru dari belakang rumah beri makan ayam.Sampai bawah dengar wei.Syahrell dan Yuyu terus berhenti.Syahrell mengambil kesempatan membuka buku itu.

"Abang janganlah baca.Ibu tengok abang ni."Tak sempat baca Yuyu dah cuba nak rampas buku tu.

"Aik ini suami ni.Suami nak tengok.Isteri kena dengar cakap.Syurga isterikan di bawah telapak kaki suami."Syahrell sudah tergelak.Terjegil juga mata Yuyu tengok Syahrell sekarang ni.Pandailah pulak di guna kuasa veto.Main tipu betul.Yuyu terpaksa akur sebab ibunya iyakan kata-kata Syahrell itu.Lagi pun puan Yulia nak tahu juga apa isi buku tu.Kantoilah jawabnya.

"Tips nak pikat abang Rell."Sekarang giliran Syahrell pula yang menjegilkan mata dia dekat Yuyu.Yuyu sekadar tersenyum-senyum.Puan Yulia dah menggelengkan kepala.

"Tunggulah kamu Afiqah petang ni.Mak cik dapat mak cik piat-piat telinga kamu.Macam-macam kamu ajar Yuyu.Kamu ni pun satu yang pergi dengar cakap Afiqah tu kenapa?Macam aje dia dah kahwin ajar kamu macam-macam.Kalau nak pikat suami 1 aje jaga makan minum dia.Lepas tu dengar cakap dia."Geram Puan Yulia.Yuyu pula tunduk menekur lantai.Syahrell pula khusuk membaca.

"Layan lelaki lain jadi abang Rell cemburu."Sakit pula hati Syahrell.Di renung tajam wajah Yuyu.Yuyu pulak menggaru kepalanya yang tidak gatal bila Syahrell memandanynya begitu.

"Siapa lelaki tu?"Tanya Syahrell tidak puas hati.Yuyu boleh pulak senyum-senyum bila Syahrell tanya.Puan Yulia pula dah berlalu ke bilik nak ambil telefon nak bagi tahu Puan Sofia yang kejap lagi Syahrell akan ambil dia suruh datang rumah.Ada perkara nak bincang.

"Wei abang Rell cemburulah.Cemburu tanda cintakan?Dia cintakan akulah wei.Belum buat dah jadi.Memang mujarab betul tips Afiqah ni."Monolog Yuyu.Sudah dia dah melalut.Syahrell pula yang sakit hati tengok Yuyu yang sedang tersenyum sekarang ni.Di tinggalkan sahaja Syahrell di situ.Soalan tadi tidak di jawab.