BAB 47:

Hari ni Afiqah ke Kuala Lumpur disebabkan urusan kerja.Mahu tidak mahu terpaksa juga dia jumpa Syahrell apabila Puan Sofea meminta tolong dia untuk hantarkan barang.

"Assalamualaikum.Abang Rell Fiqah ada kat KL ni nak jumpa abang sebab mak abang ada bagi barang."Kata Afiqah sebaik panggilan bersambut.

"Fiqah isteri abang mana?Abang rindu dia.Abang menyesal."Ada sendu dalam bicaranya.Tidak dipedulikan apa yang Afiqah katakan.Afiqah pula serba salah.Mereka akhirnya berjumpa di restoran yang berdekatan apartment Syahrell.

"Abang Rell ka ni?"Tanya Afiqah sebaik sampai.Dah serupa zombie.Dah berjambang.Tak peliklah lelaki berjambang tapi sebelum ni Syahrell memang tak jaga jambang.Tu yang Afiqah terkejut.Syahrell pula termenung jauh.Biarlah apa Afiqah nak kata tentang penampilan dia.

"Ni Fiqah datang nak hantar barang yang Mak Cik Sofia bagi.Abang jaganlah risau Yuyu tak apa."Kata Afiqah pula.Puan Yulia dan Puan Sofia masih tidak tahu tentang kehilangan Yuyu.

"Yuyu tak apa?Jadi Fiqah tahulah Yuyu kat mana.Tolong bagi tahu abang Fiqah."Rayu Syahrell.

"Er...maksud Fiqah.Tahulah Yuyu jaga diri.Dia bukan budak kecil Dahlah abang Fiqah nak balik nanti kawan Fiqah cari pula "Laju sahaja Afiqah meminta diri.Mulut ni pun satu yang tersasul depan abang Rell dah kenapa?

"Tunggu.Tolonglah abang Fiqah."Rayu Syahrell dan tidak membenarkan gadis itu berlalu.Afiqah pula dah serba salah.Yuyu cakap dia perlukan masa.Rasanya dah cukup kot.Sudah 3 minggu lebih dia kat sana.Lagipun dia kesiankan Syahrell.

"Dia ada kat Langkawi.Tapi Fiqah minta tolong sangat abang jangan buat Yuyu stres.Tidak bagus untuk perempuan mengandung.Oppsss..."Kata Afiqah sambil menutup mulutnya apabila dia sedar yang dia sudah terlanjur bicara.Dah habis cakap dah pun.

"Terima kasih Fiqah.Abang tak kan libatkan Fiqah dalam hal ni."Kata Syahrell sebelum berlalu pergi.Tak nak libatkan?...Dah sah-sah Afiqah yang bagi tahu segalanya-_-

Syahrell pulang ke rumah untuk bersiap.Penampilannya di kemaskan.Teruja bila dapat tahu yang Yuyu mengandung.Alamat tempat hotel Yuyu menginap semua sudah dia dapatkan dari Afiqah.Dia perlu selesaikan semuanya.