BAB 1:

Hari ini Yuyu ikut ibunya Puan Yulia untuk menolong di rumah Mak Cik Sofia sebab ada kenduri kesyukuran untuk anaknya yang telah berjaya menjadi seorang doktor.Ikutlan hati malas nak jalan tapi disebabkan Mak Cik Sofia dia pergi juga.

"Mak ai tingginya Mak Cik Sofia letak periuk dia ni.Tak adanyalah orang nak curi periuk ni."Sempat Yuyu membebel.Kerusi di guna untuk memudahkan dia mengambil periuk yang diletakkan di atas almari itu.

Entah dimana silap,Yuyu terjatuh dari kerusi itu.Nasib ada seseoang yang menyambutnya.Lelaki wei.Kacak giller.

"Dup!Dap!Dup!Dap!"Jantungnya berdegup laju.Macam nak terkeluar aje bunyinya.

"Syahrell!"Sergah Mak Cik Sofia apabila melihat agenda itu.Syahrell yang terkejut melepaskan dukungannya.

Debuk!Yuyu sudah terjatuh di atas lantai.Tidak sangka Syahrell akan melepaskannya.Lelaki itu sudah berlalu pergi dari situ.

"Mak ai sakitnya punggung aku.Hampeh punya abang handsome."Yuyu sudah membebel.

"Minta maaflah Yuyu anak Mak Cik tu memang pemalu orangnya."Puan Sofia mendapatkan Yuyu yang sudah terduduk di atas lantai.

"Comel.Patutlah pipi dia merah."Monolog Yuyu sendiri.