BAB 1

Dalam banyak-banyak bulan ada satu bulan sangat dinanti-nantikan oleh muslim di senantero dunia dan pelbagai persiapan akan disediakan dek kerana keterujaan menyambut hari kemenangan itu tak kurang juga pelbagai drama menyusulinya seperti yang berlaku pada keluarga ini.

Jika dihitung hari demi hari yang berlalu, sedar tak sedar sudah hari ini sudah masuk tiga tahun , pasaraya yang dulunya kedai runcit yang diusahakan oleh arwah Pak Munir sejam dari zaman 70-an lagi sebelum diserahkan kepada anak tunggalnya Fitri diusahakan. Hasil penat lelahnya dengan Ameerul , kedai runcit itu berjaya juga dinaiktaraf sebagai Pasaraya. Walaupun ia tidaklah segah dan sebesar Pasaraya Mega seperti Hero, tesco, Mydin dan seumpamanya, sekurang-kurangnya itulah hasil titik peluh yang diusahakan mereka berdua selama ini.

“Dah makan bang? Ni hah Fatin ada bawa sikit bekal untuk abang. Makanlah sekali dengan abang Ameerul ,” ujar Fatin Sakinah , satu-satunya isteri Fitri. Kenapa satu-satunya? Yelah dulu pernah ada krisis dalam rumahtangga mereka diuji, dulu hampir-hampir saja Fitri mahu memperisterikan l Laily Imani sebagai madu Fatin Sakinah , Walaubagaimanapun hasrat tersebuat dibatalkan sebaik sahaja Fatin Sakinah mengandungkan anak lelakinya yang bernama Muhammad Syawal Ibrahim .

Kenapa anak mereka diberi nama Ibrahim? Ibrahim itu pilihan nama Fatin Sakinah , dan Syawal… sebagai mengenang dan memperingati arway ayahnya yang sukakan nama-nama dalam bulan Islam. Arwah Pak Munir sangat obsess dengan nama dalam bulan Islam, kalau boleh nama menantu pun dia nak dalam bulan Islam. Kalau ikut hatinya, dia mahu bagi nama modern atau tak pu seperti nama pemain bola yang diminatinya Ronaldo ke, Zidane kea tau Rooney. Tapi sudah pasti ia akan ditentang keras. Akhirnya dia memilih nama Muhammad Syawal Ibrahim, indah dan mudah paling penting adil.

Dan sedar tak sedar, isterinya itu kini sedang berbadan dua. Jadi dia harus fokus pada family kecil mereka.

“Hail-lah awak ni degil betul . Bukan kea bang dah kata jangan datang kedai. Awak tu kan tengah sarat mengandung,” kata Fitri khuatir tentang kondisi Fatin Sakinah yang semakin hari semakin sukar untuk berjalan.

“Wahh sup sayur petola! Ni favourite abang ni!” Ameerul yang baru sahaja pulang dari warehouse terus meluru masuk ke pejabat dan terus membuka bekas manakan yang dibawa oleh Fatin Sakinah.

“Silakan bang, jemput makan. Ye, Fatin memang tahu ni kegemaran abang sebab tu Fatin bawa lebih ,”ajak Fatin Sakinah yang berasa gembira dan teruja kerana Ameerul Idham menjamah masakanna denga penuh selera.

Fitri yang sedari tadi tercegat mencapai bangku plastik lalu diberikan kepada isterinya yang sedari tadi berdiri. Dia pasti isterinya itu sangat keletihan, dengan usia kandungan yang hampir lapan bulan, isterinya itu memang sudah tak larat nak ke sana sini, namun sanggup juga menyediakan makanan buatnya.

“Dah kenapa awak berdiri je, nah duduk sayang, dah termengah-mengah awak tu saya tengok” arah Fitri terhadap isterinya. Fatin Sakinan terus duduk sambil mengipas-ngipas wajahnya dengan hujung tudung. Sempat juga Fitri menalakan kipas angik mengena tepat-tepat pada Fatin Sakinah.

Mata Fitri kemudian memandang ke arah Ameerul yang sudah ligat menyuapkan nasi sesambil menceduk lauk ke pinggan.

“Wow, lajunya beraksi, tak tunggu-tunggu saya ye,” perli Fitri sambil mencapai pinggan plastik lalu mulai mengaut nasi.

Ameerul hanya tersenyum kambing lalu kembali menyuapkan makanan, senyap tanpa sebarang kata. Dia sememangnya peminat masakan fatin Sakinah dan kredibiliti Fatin Sakinah dalam memasak tak usah disangkal lagi. Melihat Ameerul asyik melantak, membuat air liur Fitri kecur tiba-tiba.. Cepat-cepat dia membasuhkan tangannta lalu duduk di sebelah Ameerul untuk merasa sendiri magis air tanngan isterinya.

Usai masing-masing menyekik, Ameerul mengemas mangkuk tingkat tersebut. Tak elok perangai kalau dah lepas melantak dia kena biar je pinggan tadi di sinki tak berbasuh. Dah susah payah Fatin Sakinah membawanya takkan nak suruh mak buyong tu basuh pula kan? Berkali-kali Fatin Sakinan menawarkan untuk mebasuhnya namun tetap juga Ameerul bertegas untuk melakukannya. Selesai membasuh pinggan Ameerul siap menyuruh agar Fitri meghantar Sakinah pulang kerana risau istrei Fitri itu keletihan dna tidak selesa duduk di ruang pejabat yang kecil ini.

“Baiklah, kau jaga kedai ya,” ujar Fitri sebelum menghantar Fatin Sakinah pulang.

“Bereh boh, kau jangan risau,” balas Ameerul Idham menguis-nguis gigi menanggalkan sisa makanan yang terlekat di gigi. Kemudian dia kembali menyemak stok barangan yang baru masuk. Meskipun tugas itu boleh dilakukan oleh staf yang telah ditugaskan untuk kerja berkenaan namun dia tetap mahu melakukannya selagi mana terdaya. Baginya, jawatannya sebagai Chief Operation Officer bukan sebagai tiket untuk bersenang-lenang. Dia harus menabur jasa dan sumbangan pada kedai runcit yang memainkan peranan besar dalam hidupnya. Kalau bukan sebab kedai runcit yang berjaya dinaiktaraf status sebagai pasaraya ini sudah tentu dia tidak dapat merealisasikan impiannya untuk menyunting Fatin Nurain, kakak kembar kepada Fatin Sakinah.

KRINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!

“Haih tengah busy macamni siapa pulak yang call?” bentak hati Ameerul. Namun segera dia berlari anak masuk ke pejabat yang terdapat dalam pasaraya itu untk menyambuut telefon.

“Hello,” Jawab Ameerul.

“Assalammualaikum, ini abang Ameerul kan. Cam tak suara ni? Ini Laily ni,” balas Laily Imani di hujung talian.

“Laily ? Oh Laily, Ye ada apa ye? Dari mana dapat nombor ni?” Soalan it uterus tersembur kelaur dari mulut Ameerul saat dia mulai mengingati empunya diri bernama Laily.

“Alah bang bukannya susah sangat nak-nak lagi zaman teknologi sekarang ni. Laily dapat internetlah bang ,” jawab Laily.

“Yelah tu dari internet, ini mesti dari ibu kan?” tanyanya lagi.

“Hurmmm lebih kuranglah tu bang, ibu ke google ke internet ke bukannya penting pun nak tahu dari mana dapat nombor pasaraya ni bang. Dah namanya nombor general, lainlah nombor rahsia untuk masuk ke hati abang.” Perli Laily lagi.

Ish takkanlah ibu tetap berdegil nak kenenkan aku dengan budak Lily ni. Minah ni tengok je dewasa tapi perangai masih macam budak-budak, tak matang lagi.” Serta merta perasaan Ameerul gelisah bagai ada sesuatu yang tak kena.

“Habis tu, da kenapa call? Ada apa-apa penting tak?” tanya Ameerul sedikit keras.

“Amboi kerasnya, marah ke bang? Saja je call sebab dah lama tak dengar khabar dan suara abang. Masuk harini dah tiga tahun. Terkenang je, sorry.” Jelas Laily lagi.

“Ha ah dha tiga tahun, pandai pun kira.,” Ameerul harus kuatkan iman menghadapi godaan dari kanan dan kiri atas mahupun bawah ini. Dia perlu ingat isteri di rumah.

walaupun Ameerul tahu isterinya berada di rumah, namun dia sebolehnya tak mahu terjerat dalam skandal yang boleh memusnahkan mahligai cintanya bersama Fatin Nurain .

“Abang, Laily call ni sebab nakjemput abang ke majlis pertunangan Laily hujung bulan ni.,”

Apa bertunang! Terkejut hati kecil Ameerul bahkan dia sendiri juga terkejut dengan diri sendiri yang terkejut mendapat tahu Laily akan bertunang. Dah kenapa kan?

“Emmm… De… Dengan siapa?” Eh dah kenapa aku kena kepoh pula.

“Oh nama dia Megat Qayyum. Panggil Megat je. Oh ya Megat kata dia kenal dengan abang.’Nanti datanglah boleh berjumpa dengan bapa abang Megat.”

“Megat, siapa nama bapa Megat tu?”tanya Ameerul lagi.

“Adenan … Sarjan Adenan, bukan Leftenan Adenan pulak,” seloroh Laily.

“Oh…” Ameerul masih ingat nama itu. Sarjan Adenan lah yang telah menyelamatkannya dari cengkaman dan buruan Cipan suatu ketika dulu.

“Tapi macammana Laily boleh kenal pula ni? Bukan ke masa tu Laily belajar kat luar negara?”

“Eh macam mana boleh kenal, yang tu rahsia hehe,” jawab Laily dengan iringan tawa kecil.

Ameerul ketawa kecil, “Alhamdulillah. Jumpa juga kamu dengan lelaki pilhan hati kamu. Paling penting yang mencintai kamu. Semoga kekal dan majlis berjalan lancer ya.”

“Terima kasih, bang Ameerul . Jangan lupa datang tau, Hari Sabtu bawa orang rumah yang cun macam Rozita Che Wan tu sekali, hujung bulan ni tau,”

“Insya-Allah,” jawab Ameerul seraya panggilan dimatikan.

Tak pasal-pasal dia bersangka buruk pada Laily dan ibunya tadi. Sesungguhnya dunia ini tetap berputar dan perjalanan setiap manusia takkan sama. Siapa sangka Laily yang dulunya persi psiko dan obsess pada dirinya bakal bertunang dengan jejaka pilihan hatinya.