BAB 23

Faqih duduk di ruang menonton di rumahnya sambil mengunyah 'popcorn'.Rindu pula pada seseorang yang telah mendapat tempat dihatinya.

Tengku Fathia Aleesya binti Tengku Fazman Amreyn! Ya gadis itu kini menjadi penghuni di hatinya.Gadis yang dulunya dianggap direct,innocent dan menyusahkan.

"Ah,Faqih,dah lah tu.Memng sah kau kena reject dengan dia!Dekat pejabat asyik marah dia aja."Faqih memarahi diri sendiri.

Telefon Faqih berbunyi menandakan mesej masuk.Dari Haiqal.

~Bro,jom keluar esok!~ #Haiqal

~Hmm,aku tak ada moodlah nak keluar!~ #Faqih

~Alah jomlah!Please,handsome!!~ #Haiqal

"Ishh,mamat ni,serabut lah."Gerutu Faqih sendirian.

~Ah,yelah.Kau ni!!~ #Faqih

~Haha,macm nilah kwn aku~ #Haiqal

~So set.Macam biasa.~ #Faqih

~Ok bro.See r~ #Haiqal

Faqih meletakkan semula telefonnya di sisi.Datin Farah menghampiri anaknya itu lalu melabuhkan punggung disisi.

"Siapa tu?"Datin Farah memulakan mukadimah.Faqih tersenyum sambil mengalihkan perhatian semula ke televisyen

"Haiqal."Jwab Faqih ringkas.Datin Farah mengangguk sambil mengurut bahu anaknya.Faqih mengerutkan muka memandang mummynya.

"Faqih,tadi mummy dan papa pergi meminang Fathia untuk kamu."Datin Farah tersenyum.Tersedak Faqih yang sedang minum air itu.

"Eh,Ya Allah budak ni!Minum tu baca bismillah."Datin Farah membebel sambil menepuk belakang anak tunggalnya itu.

Faqih mengelap bibirnya dengan tisu.Kemudian terus memandang mummynya.Berdebar-debar hatinya.

"What? Mummy,tak tanya Faqih pun!"Faqih membentak.Walhal hati bahagia.Ya dia bahagia.Tersangat bahagia.

"Tak payah Faqih.Lagipun mummy tengok budaknya,baik,sopan santu.Mama dia kata kalau bab masak tu oklah."Datin Farah memuji.

"Lagipun apa salahnya.Anak dia tu ok.Mana nak jumpa perempuan macam tu.Mummy nak jodohkan kamu dengan Emylia tak nak.Tentang habis-habisan."Datin Farah menyindir anaknya itu.

Ya,suatu ketika dahulu keluarga Tengku Emylia datang masuk meminang.Katanya datang meminang Faqih untuk Emylia.

Bila Faqih tahu,habis-habisan dia tolak,tentang.Alasan banyak betul.Tak sedia nak kahwin lah.Emylia not my taste lah.Macam-macam.

Faqih menjeling mummynya.Eleh,patah mood nak enjoy malam ni! Hey kaulah ni Emylia!!!Faqih memasamkan wajah.

"Faqih umur kamu tu dah meningkat.26,sesuai sangat dah nak jadi suami orang.Janji pandai didik isteri.Bimbing dia."Dato' Faqif Azman mencelah.

Faqih hanya mendiamkan diri.

"Lagipun mamanya dah terima.So bulan depan kamu nikahlah dengan dia."Mummynya menambah.Berdegup hebat jantung Faqih mendengar ayat Datin Farah.

"Hmm,Faqih tidur dulu.Assalamualaikum."Faqih meminta diri.Ingin dia menjerit sekuat hati
kerana gadis idaman bakal menjadi miliknya.In sya Allah.
~~~~~~~~~~~~~

"Weyh,kau ni bro,dah kenapa?Dari tadi lagi tersengih-sengih macam jeruk busuk."Haiqal menegur rakannya itu.

"Hmm,bro aku ada news nak share ngan kau ni."Faqih memulakan bicara.Haiqal mengangkat kening.

"What?"Haiqal bertanya tidak sabar.Faqih tersenyum sinis.

"Pelayan,Hot Mocha satu!"Faqih membalas dendam.Dia masih ingat ketika dia hendak bercerita Haiqal sempat memesan minuman.

"Hoi,kau ni!Mentang-mentang aku pernah buat kat kau dlu,kau balas balik ehh!Erhhh panas bro hati aku!"Haiqal memandang rakannya dengan jelingan tajam.

Faqih tergelak kejam.Hek eleh,panas konon,dia buat kat aku ok plak!

"Suka hti kaulah nak panas ke sejuk ke neutral ke,ada gua kesah?"Faqih memandang wajah kelat Haiqal.

"Dahlah nak mukadimah panjng-pnjng ngan aku.Cepat larh!"Haiqal mendesak.Dia sudah tidk sabar lagi.

"Relax dulu,bagi aku tarik nafas hembus nafas,minum dulu baru aku cerita!"Faqih masih menyakat rakannya itu.

"Woiii,serius ni!!"Haiqal menyiku lengn rakannya itu.Hahaha,padan muka kau!!Jerit Faqih dalam hati.

"Oklah,relax!Hmm,mummy aku masuk minang Fathia untuk aku!Aku tak tahu pape pun tetiba mummy aku cakap bulan depan aku nikah.Well, don't need to do anything to win her heart!Mummy aku dah jayakan untuk aku."Faqih berata dengan senyuman.

Tergamam sektika Haiqal.Dia tidak menyangka sesenang itu sahaja Faqih berkata.Entah kenapa hatinya tidak sedap sahaja.

"Faqih, i'm not sure sesenang itu.Kau tetap kena berjuang.Kau rasa Fathia terima kau macam tu ke?Kau tak fikir ke perasaan dia?"Haiqal mengerutkan kening.

Faqih terdiam mungkin memikirkan apa yang Haiqal kata.

"Aku tak pasti.."Jawab Faqih perlahan.Argh girls!!! Always make men be crazy!Haiqal tersenyum melihat wajah kacak teman baiknya itu.

"Bro,all you have to do by yourself.Aku akan tolong kau macam bagi nasihat or maybe idea.Alah chill lah perempuan ayat je cairlah.Tapi kena ikhlas kan hati kau terima dia seadanya.Bina kepercayaan antara satu sama lain.In sya Allah semua akan ok!"Haiqal menepuk bahu Faqih.

Faqih tersenyum sinis.Wahh,bro,nasihat kau mcm org tngah bercinta pulak aku rasa!

"Cayalah nasihat kau.Thanks bro!"Faqih tersenyum sambil memandang wajah rakannya itu.A friend inneed is a friend indeed.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Assalamualaikum Aunty.."Hani menyalam tangan Datin Fauzana.

"Waalaikummussalam,Hani.Duduklah dulu.Aunty buatkan air."Datin Fauzana menjemput ramah kawan baik anak keduanya itu.

"Ehh,tak apa Aunty.Hani datang nak jumpa Fathia.Dia ada tak?"Hani menghalang.Datin Fauzana tersenyum.

"Ada Hani.Seharian dia duduk dalam bilik.Ajak makan tak nak.Nanti dia terima lah tu."Datin Fauzana berkata selamba.

Hani mengerutkan dahi.Apa benda yang terima?Berteka-teki sendirian Hani dibuatnya.Ingin sahaja dia bertanya kepada Datin Fauzana tapi ada sesuatu yang menghalangnya dari berkata.

"Ah,ni Datin Fadhilah macam mana? Lama tak jumpa mama kamu tu.Rindu pulak."Datin Fauzana tertawa kecil.Hani tersenyum.

"Ok aja Aunty.Mama,ajak Aunty datang rumah petang ni.Dia kata nak berbual-bual."Hani memberitahu.

"Ah,boleh jugak tu.Oklah nanti Aunty pergi.Kamu naiklah ke bilik Fathia dulu.Nanti sruh dia makan.Aunty keluar dulu."Datin Fauzana melangkah ke pintu rumahnya.Hani mengangguk.