BAB 12

Di dalam kereta,suasananya sunyi dan sepi.Tiada walau sedikit bunyi.Faqih tekun memandu manakala Fathia hanya memandang keluar tingkap.

Tiba-tiba telefon bimbit Fathia berbunyi.Lekas dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangan jenama Coach kesayangannya itu.

Mama.Fathia memandang sekilas kepada Faqih yang menjeling telefon bimbitnya.Erkhh,dah lah Fathia jawab aja!

"Hello ma."Fathia memulakan bicara.

"Ha,Thia!Tadi Aunty Farah telefon.Dia cakap dia nak kamu makan malam sekali.Pergilah ye.Mama dah bagi keizinan pun Thia."Datin Tengku Fauzana berkata lembut.

Haish,mama,orang dah masuk kereta,dah nak sampai pun.Gumamnya dalam hati.

"Ha,ye.Fathia ikut.Lagipun Thia dah ada dalam kereta anak kawan mama ni.Dah nak sampai pun."Fathia berkata sebal.

'Respect your parents first.Even they had make you sad,parents will always your first priority after your husband (if married)'.Kata-kata Fathia berlegar-legar di kepalanya.

"Oh,really.Okay.See you sayang.Nanti Thia nak balik call mama.Mama ambik.Ok Thia mama letak dulu.Assalamualaikum."Talian terus diputuskan.

"Waalaikummussalam."Fathia menjawab sebelum mengeluh.

"Your mom?"Faqih bertanya sambil mata terarah ke jalan raya.Fathia menjeling.

Hai,tak dengar ke aku panggil tadi ma?Apa tak korek telinga ehh Encik Faqih?!.Fathia merengus dalam hati.

"Hah ye.Mama saya.Hmm kita dah nak sampai ke?"Fathia sekadar berbasi-basi dengan bosnya itu.

"Almost."Faqih menjawab sepatah.Fathia mengerutkan kening.Lamanya!

Kemudian Faqih memasuki pagar sebuah rumah banglo dua tingkat bewarna putih itu.Fathia berasa berdebar.Haish,pahal aku ni?Kalah orang nak jumpa bakal mak mentua!Eh,apa aku merapu ni?!Fathia menjerit dalam hati.

"So young lady.We already arrived.Tu mummy saya dah tunggu.So boleh lah keluar.Saya nak cepat.Tak ada masa nak tolong bukakan pintu untuk awak."Faqih berkata sarkastik.

Fathia mengetap gigi.Sakit hati datang kembali.Hey,aku pun tak naklah kau bukakkan pintu.Menyampah!Fathia mencebik.

"Hmm,terima kasih Tengku.Drive safely.Jadi saya keluar dulu."Lekas Fathia membuka pintu kereta mewah itu.Tidak kuasa berlama-lama dalam situ.

"Most welcome."Jawabnya sambil tersenyum sinis.Fathia hanya mengerling sebelum melangkah mendekati wanita yang tersenyum memandang ke arahnya.Sehabis daya Fathia membalas senyuman wanita itu.

Sakit hati cuba dilupakan seketika.Tangan wanita separuh umur itu segera disambar dan dikucup lembut.Wanita itu tersenyum manis.

"Assalamualaikum Thia.Maaf aunty ajak.makan secara mengejut.Tidak dirancang pun sebenarnya.Aunty dah mintak izin mama kamu dan dia izinkan.Harap kamu tidak keberatan makan malam kat sini ye."Datin Tengku Farah berkata lembut.

Fathia tersenyum."Tak aunty.Thia tak kesah.Terima kasih sebab sudi ajak Thia datang makan malam dengan aunty."Fathia berkata.

Hai hipokritnya aku ni.Tak apelah.Tak ada siapa tahu.Hehe.Fathia tersenyum senget.

"Hah,jomlah masuk.Aunty dah siapkan makanan.Tunggu di jamah sahaja.Jangan segan-segan ya Fathia."Datin Farah menarik tangan anak kawan baiknya itu.

Fathia menurut.Lagipun memang dia sedang lapar.Bau makanan yang lazat betul-betul membuka seleranya.

Mereka tiba di ruang makan yang berhampiran dapur.Sebaik sahaja terpandang daging masak merah di hadapnnya.Fathia tidak dapat menahan nafsunya lagi.Waah favourite aku tu!Jerit Fathia.

Datin Farah tersenyum memandang Fathia yang tidak berkelip memandang daging masak merah itu.

"Mama Thia cakap,Thia suka sangat daging masak merah tu.Jadi aunty masakkan.Harap Thia suka."Datin Farah berkata.

"Oh,terima kasih aunty.Err..aunty masak semua ni sendiri ke?"Fathia bertanya.Terkejut dengan lauk-pauk yang terhidang di atas meja.

"Ye,aunty yang buat.Tapi adalah sikit Mak Yah tolong-tolong."Datin Fara tertawa kecil.Fathia hanya mengangguk.

"Laah,dah sampai pun Fathia.Ingatkan lambat lagi.Eh jemputlah duduk.Farah kenapa tak sendukkan nasi tu lagi?Saya dah lapar tengok awak masak ni."Suara Dato' Tengku Faqif Azman mengejutkan Fathia.

"Yelah bang.Farah nak buat lah ni.Terkejut abang datang tu yang tertangguh."Datin Farah hanya tersenyum memandang suaminya.

"Assalamualaikum uncle."Fathia memberikan salam kepada lelaki dihadapannya.

"Waalaikummussalam.Ha,Thia.Duduklah jangan malu-malu."Ramah Dato' Faqif menjemput tetamu merangkap setiausaha peribadi anaknya itu.Fathia tersenyum.

"Jemput makan Thia.Tambah-tambah sekali banyak aunty masak ni."Datin Farah mempelawa sambil mengambil tempat duduk dihadapan suaminya.

Mereka makan dengan berselera sekali sambil berbual-bual.Fathia cukup senang dengan keramahan keluarga bosnya itu.