BAB 22

"Eh,Thia kau ada nak beli apa-apa tak?" Hani bertanya apabila dia dan Fathia melangkah masuk ke dalam Mid Valley.

"Hmm,aku ingat nak beli baju aja.Sehelai pun jadilah."Fathia memberitahu.Hani mengangguk.

"Aku nak beli baju,kasut arh semualah sebab sepupu aku nak kahwin 2 minggu lagi.Tu yang mak aku suruh aku pergi beli baju siap-siap."Hani berkata sambil melangkah masuk ke dalam sebuah butik terkemuka.

Fathia hanya menurut.Dia mula melangkah kearah deretan baju yang tersangkut di besi palang yang panjang.

Dalam asyik memerhati pakaian yang tersangkut itu,tiba-tiba matanya tertancap kearah sehelai baju bewarna putih yang terdapat manik yang berkerlipan dan dilengan terdapat kain lace yang beropol.Cantik.

Terus Fathia mengambil dan mencubanya.
Pergh,baju ni memang cantik,setimpal dengan harga.Fathia tersenyum.

"Thia jomlah pergi kedai kasut.Aku dah beli baju ni.Wah,cantiklah baju kat tangan kau tu.Suit you well.Belilah."Hani tersenyum.

"Hmm,oklah.Aku ambik cantik pulak."Fathia tersengih.Tak pe,bukan selalu guna duit gaji.Hehe.

Fathia melangkah ke kaunter pembayaran.Selepas membuat bayaran dia dan Hani melangkah ke sebuah kedai kasut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Assalamualaikum."Fathia memberi salam sewaktu melangkah masuk ke dlam rumah setelah membeli belah dengan Hani.

"Waalaikummussalam."Jawab beberapa suara.Fathia tercengang mendengar suara itu.Terus dia berjalan ke arah ruang tamu.

"Eh,Aunty Fara,Uncle Faqif!"Fathia menyalam tangan Datin Farah iaitu ibu kepada lelaki yang bernama Tengku Faqih Aiman.

"Ha,Thia.Lama tak jumpa."Datin Farah memberikan senyuman kepada anak kawan baiknya itu.

Fathia membalas.

"Thia duduk sini dulu."Datin Fauzana berkata sambil memandang anak gadisnya itu.Fathia menggeleng.

"Tak apalah ma.Thia nak solat zohor dulu.Dah lewat ni."Fathia menolak ringkas sambil berdiri.

"Ha,oklah,Cepat sikit pergi solat tu."Dato' Fazman Amreyn berkata pula.Fathia mengangguk sambil tersenyum.

"Oklah aunty,uncle,Thia solat dulu."Ucap Fathia sambil berjalan ke tingkat atas.Dia melangkah ke arah bilik adiknya.

Kelihatan Fazreen dan Farha sedang berbual manakala Fatihah sudah tertidur di pangkuan ibunya itu.

"Kak..."Fathia memanggil Fazreen.Terus terhenti perbualan Fazreen dan Farha.Mereka seakan terkejut.

"Ha,kenapa Thia?Amboi,balik-balik dah ada baju branded sehelai.Nampak jenama pun kakak dah tahu berapa ratus ringgit baju tu."Fazreen mencebik.

Fathia tersengih.Hehe,kan dah kata mesti balik ni ada orang perli!

"Alah kak,Thia beli baju ni sebab cantik lah.Pasal harga tu nanti Thia claim balik ngan papa hehehehe."Fathia tergelak.

"Ewah-ewah,suka hati awak aja.Dah beli guna duit sendiri.Dah lah,ni awak tu dah solat ke belum?"Fazreen memandang adiknya itu yang sedang mencium pipi Fatihah.

"Hehe,belum lagi."Fathia menjawab.Farha yang memerhati tersengih.Masaklah kau kak!Farha berkata dalam hati.Dia cukup masak.dengan perangai kakak sulungnya itu.

Hal agama number one! Solat tak boleh lewat kalau tak,kene bebel sampai ke pagi.Sebab itulah dari kecil lagi Farha dan Fathia tidak.pernah solat lewat.

"Hey,pergi sekarang.Dah nak asar ni!"Fazreen menjegilkan mata.Terus Fathia keluar dari bilik adiknya dan melangkah ke arah bilik tidurnya.
~~~~~~~~~~~~~
"Ha,Thia come sit here.Mama dan papa ada huge news nak bagi tahu ni."Datin Fauzana memanggil anak gadisnya dengan riak serius.

Kesemua ahli keluarga berkumpul di ruang tamu selepas selesai makan malam bersama.Fathia hanya menurut.

"Tihah,jom ikut ibu pergi tidur.Ma,Reen tidurkan Fatihah dululah.Takut mengganggu pulak."Fazreen memimpin anaknya itu.Datin Fauzana mengangguk.

Fathia hanya memerhati kakaknya yang naik ke tingkat atas untuk menidurkan anak saudaranya itu.Farha yang duduk disebelahnya hanya mendiamkan diri.

"Thia,tdi Aunty Farah dengan Uncle Faqif datang sebab..."Dato' Fazman Amreyn tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila isterinya itu mencelah.

"Diorang merisik Thia.Mama dah terima pun."Datin Fauzana berkata selamba sambil tersenyum.

Terjegil mata Fathia mendengar perkataan merisik dari mulut mamanya itu.Tak! Tak mungkin!

"Mereka nak kahwinkan Thia dengan Faqih.Thia ok kan?"Dato' Fazman Amreyn berkata perlahan.Pada mulanya dia tidak bersetuju dengan isterinya kerana membuat keputusan melulu.Patutnya tanya si empu badan.

"What?! Ma,kenapa mama terima?Thia tak minat pun kat dia!Ma how could you do this to.me?!"Fathia mengetap gigi menahan air mata dari jatuh.

Farha disebelah hanya diam sambil mengusap.lembut lengan kakaknya itu.Pada Fathia mama patutnya tanya dia dahulu sebelum membuat keputusan.

"Ya Allah Thia! Mama tengok Faqih tu ok aja.Lagipun kalau tak.minat tak apa.Lama-lama nanti minatlah.Thia jangan lah macam ni,mama nak sangat Faqih tu jadi menantu mama."Datin Fauzana berkata.Tenang dan selamba sekali.

"Ma,yang nak kahwin nya Thia.Mama,Thia tak naklah."Setitis air mata gugur jua di pipi putih kemerah-merahan Fathia.Sungguh dia kecewa dengan tindakan mamanya yang langsung tidak memikirkan perasaannya.

"Ah,dahlah Thia.Jangan risau,mama yakin Faqih boleh jaga anak mama ni dengan baik.Dahlah tu,Faqih tu elok.Ye sayang,dengar cakap mama!"Datin Fauzana masih selamba.

"Ni bukan soal elok tak elok,boleh jaga atau tak boleh jaga.Ni soal hati dan perasaan Thia ma!"Fathia masih tidak mahu mengalah.

Apa guna prinsipnya suatu ketika dahulu jika pengakhirannya begini?! Dia sedaya upaya mempertahankan prinsip.hidupnya sehingga dia berjaya sampai ke tahap ini.Tapi mamanya dengan sepantas kilat menghancurkan nya.

"Alah,Thia nanti Thia akan sayang dia jugak.Dahlah mama nak.tidur.Bulan depan Thia nikah dengan Faqih.Don't do something silly that would make me feel embrassed."Datin Fauzana melangkah kerarah bilik tidurnya.

Fathia menangis.Meratapi nasib dirinya.Seorang ibu yang sanggup menghancurkan kebahagian anak demi kebahagian sendiri!

"Papa minta maaf Thia.Papa tak boleh buat apa.Thia kenal perangai mamakan.Sekali dia cakap memang tak boleh disangkal.Papa dah try nasihat dia,tapi dia cakap Tak apa!"Dato' Fazman Amreyn beralih tempat duduk di sebelah anak keduanya itu.

"Kak,janganlah macam ni.Tak apa kak.Terima dugaan ni dengan redha ye."Farha memujuk kakaknya.Memeluk erat bahu kakak kesayangannya itu.