BAB 15

Tepat pukul 7.15 minit pagi,Fathia masuk ke dalam pejabat.Hari ini dia hanya memakai seluar slek hitam dan blaus bewarna 'baby blue' dan tudung bewarna hitam.

Anggun sekali gayanya.Ya,Fathia seorang gadis yang cantik.Bibirnya merah bak delima merekah,pipinya yang putih kemerah-merahan tanpa pemerah pipi sangat memukau pandangn.Orang kata natural beauty!

Dia hanya menyapu sedikit lip gloss dan sedikit bedak.Bulu matanya yang sedia lentik hanya diletakkan maskara.Siap!

"Hoi,Thia!"Hani memanggil.Fathia menoleh.Ergh minah ni!

"Ha,ye apa?Yang kau terjerit-jerit macam tarzan masuk hutan ni kenapa?"Fathia menjeling sekilas.

"Kau tak payah lah pagi-pagi nak berloyar buruk dengan aku.Ni apa cerita semalam?"Hani menarik tangan Fathia.Mereka duduk di sofa yang terletak di satu sudut.

Ceh,mentang-mentang aku kata nak cerita makin menjadi-jadi.Panggil-panggil aku tadi tu sebab nak tuntut cerita je pun!

"Ha,nanti dulu,kami pun nak dengar!"Anita menjerit.Haswani hanya menggeleng melihat perilaku kawannya itu.

"Eh,datang ikut lubang mana pulak ni?"Fathia bertanya dengan muka meluat.Anita tersengih-sengih.

"Tuntut cerita!"Jawab Haswani tersenyum lebr.Tak da benda lain ke diorang ni?!

"Hmm,macam ni.."Fathia bercerita.Mereka mendengr dengn khusyuk sekali.Selesai bercerita Fathia menyandarkan kepala di sofa.

Haswani,Anita dan Hani masih terpegun.Aikkk,aku yg kna diorang yang over!Cebik Fathia dalam hti.

"Weyh,seriuslah.Tengku kenyit mata kat kau?!"Hani bertnya.Macam tak percaya.Selama ni Tengku Faqih tu senyum pun susah ni kenyit-kenyit mata bagai!

"Ah,kalau dia kenyit mata mesti handsome.Memang 4 hri 4 mlm Kak Nita tak tidur.Untungnya Thia!"Anita mengeluh kecewa.

Haish macam orang gian je aku tngok!Muahahahaa.Fathia tergelak jahat!Haswani turut tergelak.

"Herh,tapi Thia tak minat okay!Kerja pun macam krik-krik je sekarang,ada hati nak couple-couple bagai.Selesih malaikat 44!"Fathia berkata selamba.

"Eleh kau ni! Tapi aku rsa macm Tengku suka kaulah."Hani membuat andaian sendiri.Haswani dan Anita mengangguk setuju.

"Merepeklah kau ni!Kenal baru 1 hri takkan dia boleh jatuh hati.Cakap tu biar logik akal fikiran!"Fathia membuat muka mluat.

"Tapi Kak Wani setuju dengan Hani.Tengku bukannya orang yang nak kenyit-kenyit mata bagai,senyum pun kat orang tertentu.Tak pelik ke?"Haswani mengangkat kening sambil tersenyum lebar.

Hani dan Anita mengangguk setuju.Fathia membisu.

"Ah,merepek,tak apalah Thia masuk kerja dulu.Tengku Faqih dah naik tu."Fathia menunjukkan ke arah lif yang sedang dinaiki oleh Faqih.

"Hmm,oklah.Hmm lunch ni Hani.tak de tau.Keluar site."Hani memberitahu.Mereka hanya mengangguk sebelum berlalu ke tempat masing-masing.

Fathia masuk ke dalam biliknya.Tiba-tiba Faqih memanggilnya masuk ke dalam biliknya.Berdebar-debar.

Dengan hati yang tidak tenteram,Fathia mengetuk pintu lalu masuk ke dalam.

"Ye, Tengku?"Fathia bertanya.Faqih tersenyum memandang ke arahnya.Fathia menahan hati.Waduh,weyh kau boleh tak jangan senyum cam tu.Nak sangat aku kena heart attack!Fathia mengomel perlahan.

"Fathia,tolong siapkan dokumen untuk jumpa client after lunch.Saya nak awak ikut sekali."Faqih berkata sambil menyerahkan dokumen.Fathia menyambut.

Sementara di tingkat bawah...

Seorang wanita yang cantik berjalan masuk ke dalam FH Compony and Properties.Dia berjalan ala-ala model yang sedang bercatwalk.

Anita yang sedang mengemaskan fail untuk di buat salinan terhenti apabila melihat wanita itu.Terkejut Anita.

"Hey,Nita!Lama I tak jumpa you.Laah,masih tak berubah fashion you ye?Kolot!"Cemuh wanita itu sambil tersenyum sinis.

Anita mengetap gigi.Ceh,kau kata gaya aku kolot?Hoi perempuan kau ingat dengan baju 'terlebih' kain kau tu fashionable sangat ke?!Anita menahan hati.

"Ah,Tengku Emylia.Saya ingatkan siapa tadi.Patutlah saya ada bau perfume kuat sangat rupanya Tengku Emylia.Eh,masa on the way datang sini accident dengan kontena minyak wangi ke?Ergh sakit pulak hidung saya bau perfume kuat sangat."Anita membalas sarkastik sambil memicit hidung.

Mencerun mata Tengku Emylia memandang Anita.

"Hoi,tak payah nak hina I lah.Tahulah you tu dah habis perfume,tu yang dengki dengan I.Poor you!"Cemuhnya sambil berlalu pergi.

"Hek eleh pompuan,ingat aku nak dengki sangat ke dengan perfume cap kapak tu?Huh,menyampah!"Anita berkata geram.