BAB 3

Hari ini bermula lah tugas Fathia di FA Compony and Properties.Hmm besar jugak Compony nih.Oklah,,besar bapak dia!

"Hoi Thia!"Panggilan seseorang mengejutkan Fathia.Terus dia menoleh.Ceh,minah ni rupanya!Gerutu Fathia.

"Hei,kalau aku ada lemah jantung tak ke haru.Nanti kau makan nasi minyak aku dah wassalam."Fathia berkata geram.

Tengku Farra Hani ketawa mengekek.Kelakar tengok muka kawan dia yang sorang ni.Haish!Lawak gila!

"Eleh,sejak bila pulak kau warak ni.Haish selisih 44 malaikat."Hani sudah membuat muka menyampah.

"Ceh,aku 24 jam warak keyh!Kau je yang 'slow'."Fathia tersenyum sinis.Menjuling ke atas mata Hani.

"Kau buat apa kat sini?"Fathia bertanya pelik.Selalunya dia ni tak lalu kat kawasan macam ni.

"Laah, aku kerja kat sini lah.Sementara dulu sebab papa aku nak aku timba pengalaman dulu.Jadi aku akan kerja kat sini dalam setahun lah."

Fathia tersenyum hingga ke telinga.Ni dah bagus.Ada kawan kerja kat tempat yang sama.Cayalah!

"Hah,kau tu buat ape kat sini.Takkan kerja kat sini kut?"Hani ketawa.Cuba bayangkan kalau dia tahu lawak dia tu memang betul.Fathia tersenyum sinis.

"Ha'ah.Aku kerja kat sini.Jadi PA bos kau lagi.Hari ni first day aku lah kiranya.No interview!"Fathia berkata lagak.Terus terhenti ketawa Hani.

"Se..serius ke?!"Hani terkejut.Fathia tergelak melihat mimik muka kawannya itu.K an dah kata!

"Ue,serius
Buat apa aku nak tipu.Tapi untuk sementara jugaklah sebab bos kau ni anak kawan mama aku.Kan PA dia cuti 3 bulan.So mama dia nak aku jadi PA.Ada faham?"Hani mengangguk tanda faham.