BAB 21~Now

Fathia berjalan kearah katil biliknya.Penatnya!Terus dia merebahkan tubuh ke katil.Penat lah lepas habis kerja.

"Hei,Thia!"Panggilan seseorang mengejutkan Fathia.Lantas dia bangun.Terlihat kakaknya sedang tersengih memandangnya.

"Ehh,kenapa kakak ada kat sini?"Soal Fathia membeliakkan mata.Fazreen memcebik.

"Eh,kau ni Thia,kakak hempuk jugak kang.Kan tadi kakak cakap kakak tidur sini sementara Abang Fawwaz outstation! Lupalahtu!"Fazreen memarahi adiknya.

Fathia menepuk dahi.Ayoyo lupa pulak!

"Hehe,sorry kak,sorry.Ermm,Fatihah mana kak?"Fathia mencari kelibat anak saudaranya.

"Ada dalam bilik dengan Farha.Ni forget about Fatihah,kejap lagi boleh jumpa ni kakak nak tanya,macam mana Faqih ok tak?"Fazreen teruja menanti komen adiknya.

"Erghh,apalah kakak ni,macam tak ada soalan lain dia nak tanya!"Fathia mengeluh.Mati aku kalau aku jawab mamat tu handsome.Tak pasal-pasal kena gula dengan Fazreen naya aku!Fathia mengerutkan muka.

"Eishh,awak ni! Kakak tanya ni jawablah! Mesti handsome ni.Kan kakak dah kata."Fazreen menjawab bangga.

"Eleh banyak lah kakak.Oklah kalau bab muka tu bolehlah."Fathia menjawab acuh tak acuh sahaja.Fazreen tersenyum sinis.

"Eleh,tak mengaku padahal dalam hati tu dub dab,dub dab suka!"Fazreen mengenakan adiknya.Terkekek dia ketawa.

"Mana adalah!Kalau setakat muka hansome perangai zero buat apa!"Fathia mencebik.

"Eh,apa lah awak ni,dia baik tau,sopan santun,handsome kaya pulak tu."Fazreen terus memuji Faqih.

"Suka hati kakaklah.Thia penat ni!"Fathia kembali merebahkan badan.

"Eh,eh,dah solat magrib ke belum wahai adinda ku?"Fazreen bercekak pinggang memandang adiknya.

"Ehh,tak lagi.Hehe."Fathia tersengih,kemudian mengambil tuala lalu berjalan masuk ke dalam bilik air.

"Ada-ada jelah kau ni Thia."Bebel Fazreen perlahan.Kemudian dia keluar dari bilik adiknya dan masuk ke bilik Farha untuk melihat anaknya Fatihah.

~~~~~~~~~~~~~~
"Tihah,makan ye sayang.Rindunya dengan cucu nenek ni.Bila lah pulak nenek nak rasa dapat cucu dari mak saudara kamu tu?"Datin Fauzana berkata.

Fathia yang sedang makan bersama keluarganya itu terhenti.Ai,mama cucu-cucu pulak dah.Kahwin pun tak,ada hati cakap nak cucu.Kemaruk benar! Fathia memcebik.

Dijelingnya adik dan kakaknya.Fazreen tersengih sambil mengangkat kening kearahnya,manakala Farha ketawa mengekek.Uihh panas pulak aku rasa.Gerutu Fathia dalam hati.

"Bang kan best kalau anak Farah tu jadi menantu kita."Tersedak Fathia yang sedang minum apabila terdengar Datin Fauzana berkata.

Dato' Fazman Amreyn tersengih memandang anak keduanya itu.Hehe kena lagi dia ngan mama dia.Dato' Fazman Amreyn menahan tawa.

"Eh,kenapa mak ngah tersedak?Tak baca bismillah ehh?"Fatihah anak Fazreen yang berumur 5 tahun itu menyampuk dengan petah sekali.

"Eh,mana ada.Mak ngah tersedak sebab mungkij ada orang sebut nama mak ngah agaknya."Fathia menjawab.Tergelak Farha dan Fazreen.Dato' Fazman Amreyn tumpang sekaki.

"Hmm,Faqih lah yang sebut tu."Dato' Fazman Amreyn menjawab sambil mengerling anak keduanya itu.

"Eh,apa papa ni!"Marah Fathia.Terhambur sekali lagi tawa Dato' Fazman.Suka benar dia dapat menyakat anaknya itu.

"Ha,Thia awak ni bila nak kahwin umur dah 24 tak nak kahwin lagi ke?"Datin Fauzana bertanya.Membulat mata Fathia mendengar pertanyaan mamanya itu.

"Tak naklah.24 tu kira muda lagi ok?"Fathia membela diri.

"Eh,mak ngah nak kahwin dengan siapa?"Fatihah mencelah lagi.Ishh,Tihah ni,mak ngah tampor karang mulut celopar awak tu! Ni tak lain tak bukan Fazreen dengan Farha lah sifunya.

Mengekek mereka ketawa kecuali Fathia dan Fatihah yanh tidak faham apa yang lawak itu.Wajah comelnya di cubit oleh ibunya.

"Eh,tak ada siapa.Dahlah Tihah makan.Jangan nak mencelah nanti mak ngah tak beli sweet dah."Fathia berkata.

Fatihah segera membuat jari tanda ok apabila di ugut oleh mak ngahnya.Comel!

"Thia,tak apalah kalau kahwin umur 24.Fazreen kahwin umur 23 ok jer.Papa dengan mama kahwin umur 26.Muda lagi tu."Dato' Fazman Amreyn menyampuk.

"Hmm,tak ada calon lagilah pa."Fathia mencari alasan.Eh betul apa!

"Abang Faqih macam mana?"Farha mencelah.Mencerlung mata Fathia memandang adiknya itu.Eh,kau ni Farha!!!

"Ha,betul apa Farha cakap,Faqih tu ok je mama tengok.Handsome pulak tu."Datin Fauzana cuba memprovoksi anak kawannya itu.

"Ah,dah lah mengarut aja topik ni."Fathia memasamkan wajah.Fatihah kembali memcelah.

"Eh,mak ngah.Tak elok marah-marah nanti cepat tua."Fazreen ketawa mengekek.Rambut panjang anknya itu diusap sayang.

"Biarlah Tihah.Kalau cepat tua cepat sikit dia kahwin."Datin Fauzana menjawab keletah cucu sulungnya itu.

Fathia bangun melangkah ke arah dapur untuk membasuh tangannya.Huh,rosak mood nak makan.Ni semua pasal topik tulah.

"Farha,kejap lagi basuh pinggan.Tunggu sampai semua habis makan pastu basuh."Fathia mengeluarkan arahan kepada adik bongsunya.

"Eh,kakak ni asyik Farha aja."Farha memasamkan wajah.Kakaknya yang seorang itu suka sangat menyruhnya membasuh pinggan.

"Eh,awak tu muda,cubalah belajar basuh pinggan."Fathia menjawab.Farha mencebik.Fazreen yang duduk di tepi Farha menepuk lembut bahu adik bongsunya itu sambil tersengih.

Farha dah masam wajah dengan kakaknya yang tengah center tak betul tu.Mesti sebab pasal topik menantu itu.Nasib kau lah Thia.

Terus Fathia melangkah masuk ke dalam biliknya malas mendengar soal isu menantu.Ergh,lelaki semuanya sama.Ego tinggi!!!! Jerit Fathia.

Tiba-tiba deringan dari telefon bimbit milik Fathia berbunyi.Lantas dia mengangkat.

"Hey,Thia jom keluar ngan aku esok!"Hani mempelawa Fathia.

"Hmm,boleh jugak.Lagipun weekend ni aku tak ada buat apa-apa.So set!"Fathia bersetuju.

"Beres,nanti aku ambik kau 10.00 pagi kita dah ada kat Mid Valley!"Hani mengeluarkan arahan.

"Ishh,yelah.Bye!"Fathia mengeluh.

"Bye."Talian dimatikan.Ada jalah kau ni!