BAB 9

Tepat pukul 1:50 petang Faqih berjalan masuk ke dalam pejabat.Dia ditegur dan diberikan senyuman oleh semua pekerja.Dia hanya mengangguk dan tersenyum.

Hatinya sedikit terusik dengan pelawaan Mummynya Datin Tengku Fauzana Amna binti Tengku Fadhaq Abriq untuk membawa Fathia kerumahnya untuk makan malam bersama.

"Aduh,takkan tetiba aku nak ajak.Mummy pun satu dia ingat aku rapat sangat ke dengan budak 'direct' tu.Herh!"Faqih merengus sambil melangkah ke arah kerusi empuk di dalam biliknya.

Perbualan telefon bersama Datin Fauzana terimbau kembali.

"Hello."Faqih bersuara.

"Faqih ni mummy nanti ajak Fathia ye datang rumah.Mummy nak ajak dia dinner dengan kita.Mummy tak pernah lagi jumpa dia.Masa Aunty Farah telefon cakap si Thia tu setuju,mummy happy sangat.Tak adalah kamu stress memanjang."Datin Fauzana tersenyum.

"Eh kenapa pulak Faqih kena ajak dia?Mummy lah jemput takkan tak ada number phone?"Faqih berkata kurang senang.

"Haish,Faqih,tak salah Faqih jemput dia.Satu office lagi.Lagipun bilik dia tepi bilik Faqih sahajakan.Tak salah beramah mesra dengan orang yang tolong kita."Datin Fauzana menegur.

"Hmm,baiklah mummy.Tapi dalam pukul 7 macam tu baru Faqih balik.Nanti ada meeting pulak."Faqih berkata mendatar.

"Laah,boleh pulak ada meeting.Batalkan sekejap boleh.Bawak Thia datang sini."Agak tegas sedikit nada suara Datin Fauzana.

"Mummy,tak bolehlah.Meeting ni penting.Takpelah nanti Faqih hantar dia rumah mummy.Hah,mummy borak lah dengan dia sampai pagi esok."Faqih bersuara sinis.

"Hmm,yelah.Bawak ye Faqih mummy tunggu."Datin Fauzana akhirnya mengalah.

Ketukan dipintu biliknya menyentakkan lamunannya.Dengan suara yang agak kasar dia berkata.

"Masuk!"Fathia menelan air luir.Berkali-kali dia beristigfar di dalam hati,cuba menenangkan hati yang sedia untuk mengeluarkan kata-kata kesat.

"Err,Tengku sibuk ke?"Fathia bertanya dengan suara yang agak kuat.Sedia maklum dengan lelaki yang kononnya tidak suka masanya di bazirkan.

"Hmm,tak adalah sangat.Why?"Suaranya Faqih mula mengendur.Fathia menarik nafas sebelum melemparkan senyuman.

"Boleh saya tanya sikit tak?"Dia berkata dengan senyuman yang tidak lekang dibibir merah yang disapu lipstick merah jambu itu.

"Sure.So..."Faqih memandang tepat ke arah gadis manis bertudung itu dengan pandangan yang sukat ditafsirkan.

"Hmm,bilik yang saya duduk tu bilik Tengku Emylia ke?"Fathia bersuara gelisah.Mengetahui info tentang perkara itu dari Anita dan Haswani sewaktu dia,Hani,Anita dan Haswani menjamu selera di kedai makan.

Perbualan bersama mereka terimbau kembali.

"Hah,Thia so how first day?"Beria-ia Anita bertanya.Fathia mengeluh sambil memberikan senyuman hambar.

"Not so good.Memang suka sangat mengarah.Panas baran!"Wajah Fathia sudah bertukar kelat.

Tergelak Anita,Haswani dan Hani tatkala melihat mimik muka kawannya itu.

"Biasalah tu Thia.Bos tu kalau dia tak mengarah dalam satu hari tak normal tu.Relaks.Nanti biasalah tu."Haswani memujuk lembut.

"Eh,Thia aku pelik sekarang ni.Tempat kau kat mana?Aku check kat tingkat 10 tak ada pulak kau.Kau pergi mana?"Hani bertanya tiba-tiba.

"Laah,kat mana lagi.Sebelah bilik Tengku Faqih lah.Dia bagi aku bilik tu.Cantik.Tak macam bilik PA tapi kenapa dengan tingkat 10?"Dia bertanya aneh.

Terkesima Haswani,Anita dan Hani tatkala mendengar ayat yang terucap.dibibir gadis yang manis bertudung itu.

"Sebelah bilik bos?Kau serius?!"Hani sedikit menjerit.Aiwah minah ni.Kenapa terkejut sampai macam tu sekali?

"Ye kenapa?"Fathia bertanya dengan muka bingung.Haswani dan Anita masih diam.
Suasana bertukar sepi seketika.

"Thia,tahu tak,bilik yang Thia duduk tu bilik Tengku Emylia.Gadis yang obses dengan lelaki bernama Tengku Faqih Aiman!"Anita sedikit menjerit.