BAB 26

Dililitnya selendang hitam dikepala.Setelah memperbetulkan tudungnya Fathia melihat penampilannya dicermin meja solek itu.

"Hmm,baju putih,seluar hitam tudung hitam, beg hitam,jam pun hitam.Hey black betul aku hari ni."Fathia tertawa sendiri.

Disarungnya kasut bertumit rendah bewarna hitam.Fathia melangkah kearah Dato' Fazman Amreyn yang sedang memanaskan enjin kereta mewah BMW nya.

"Pa.."Sapa Fathia lembut.Dato' Fazman Amreyn tersenyum melihat anak gadisnya itu.Dia mengaku anak gadisnya itu sangat cantik.Berupa orangnya dan pandai bergaya.

Anak-anaknya memang seorang yang mempunyai rupa paras yang menawan mewarisi genetik siratan isterinya iaitu bekas model terkemuka suatu ketika dahulu.

"Ha,Thia.Cantik anak papa hari ni."Dato' Fazman Amreyn memuji Fathia.Tersengih seketika gadis yang dipuji itu.

"Eleh,kakak cantik sebab guna khidmat mak andam macam Farha ni."Farha menyampuk sambil memeluk lengan Dato' Fazman Amreyn.

"Eleh,kakak ni memang asal cantik.Khidmat awak tu takkan jadi jugak kalau muka kakak ni hodoh.Technically,muka kakak cantik sebab memang asal macamni."Fathia habis-habisan memuji diri sendiri.

Farha mencebik.Dato' Fazman Amreyn tergelak melihat perangai anak-anaknya itu.

"Eh,mama mana pa?"Farha menyoal tiba-tiba.Patah mood Fathia yang sedang baik itu.Masih tidak boleh menerima hakikat bahawa mamanya sanggup membuat dia begini.

"Hmm,mama kamu tu sedang busy siapkan pasal.wedding kakak kamu ni.Itu yang tak pernah lekat kat rumah."Dato' Fazman mengerling Fathia.

Dia hanya diam sambil memandang kearah pintu pagar.Dia tahu mamanya itu telah membuat persiapan perkahwinannya itu.

Bukan tidak diajak oleh mamanya untuk menolong tapi Fathia tiada mood untuk menyiapkan majlisnya itu.Cukuplah dia hanya mengikut dan mengiakan sahaja pilihan mamanya itu.

Faqih pun tak pernah nampak batang hidung apabila Fathia,Datin Fauzana dan Datin Farah berbincang di rumah Datin Farah berkenaan majlis perkahwinan mereka.

Dia tidak terasa pun sebenarnya.Lagi elok jika Faqih tidak ada bersama.Nanti kekok pula hendak berbincang.Entah apa tanggapan Faqih apabila diberitahu oleh mummynya tentang perkahwinan mereka.

"Ohh,lupa pulak.Hari ni mama pergi kat catering kan.Hmm,pa jomlah gerak.Farha dah lambat ni."Farha berkata sambil masuk ke dalam kereta mewah itu.

"Ah,jomlah.Thia jom!"Dato' Fazman Amreyn menegur anak gadisnya itu.Fathia menurut.
~~~~~~~~~~~~~~~
Seorang lelaki kacak berjalan masuk ke dalam FA Compony and Properties dengan memakai cermin mata hitamnya itu.

Kesemua gadis yang masib bujang mahupun yang sudah berpunya memerhati langkah si jejaka itu.

"Waah,Siapa tu? Handsome weyh!"Terdengar bunyi desas desus dari pekerja wanita syarikat terkemuka itu.

Jejaka itu tersenyum manis sambil menanggalkan cermin mata hitamnya.Makin kuat bunyi desas-desus itu

"Assalamualaikum,cik.Saya ada temu janji dengan Tengku Faqih Aiman.Cakap.kat dia.Best friend dia ni.dah datang."Haiqal berkata.

Haswani dan Anita yang sedang tekun memandang jejaka tampan berkemeja biru gelap berjalur ungu itu tersentak.

"Ah,encik ni,Tengku Haiqal kan?Tengku ada bagitahu saya.Before that,Encik Tengku Haiqal duduk lah dulu di sofa itu ya.Tengku ada meeting sekarang ni.Nanti saya panggil."Anita menjawab sopan sambil tersenyum manja.Haih macam kucing siam pun ada.

"Oh,really?Oklah.Saya tunggu.Hish kau ni Faqih memang aku tumbuk jugak muka kau.Hari tu bukan main suruh aku datang awal,sekarang dia pulak ada meeting."Haiqal.mengomel perlahan sambil melangkah kerah sofa hitam itu.

Anita dan Haswani memerhati gerak geri jejaka tampan itu.

"Weyh handsomenya.Sama handsome dengan Tengku Faqih.Patutlah jadi best friend pun."Haswani tersengih sambil mata tertancap kearah wajah jejaka itu yang sedang ralit sengan telefon bimbitnya itu.

"Hish,aku rasa Tengku Faqih lagi handsome.Aduh,Encik Haiqal ni.Kacak ya ampun.Cair iman aku!"Anita tersenyum manja.

Haswani menggeleng.Dia menyiku lengan temannya yang asyik memandang jejaka itu.

"Heii,tak payah nak berangan lebih-lebih eh.Dah sambung buat kerja."Haswani kembali menyambung kerjanya yang tertangguh itu.

Anita mencebik sebelum kembali meneruskan kerjanya itu.Sekali-sekala matanya menjeling melihat Haiqal yang masih dengan telefonnya itu.

"Kak Nita..."Suara Hani kedengaran.Haiqal yang sedang ralit dengan telefonnya berpaling ke arah Hani.Terpaku dia seketika melihat gadis itu.

"Who is she?"Hati Haiqal bertanya perlahan.Ishh,takkan aku dah suka kat dia kut!Haiqal berkata perlahan.

Tapi baginya,Hani nampak manis dan baik.Tidak seperti semua gadis lain.Dia nampak cantik dan comel.Argh,Haiqal stop lah!

"Ya,Tengku Farra Hani.Nak apa?"Haiqal terdengar Anita bertanya.Oh,nama dia Farra Hani rupanya.Haha,tak sangka ada Tengku jugak.

Haiqal tersenyum kecil memandang Hani.Anita perasan lalu tersengih.Disikunya lengan Hani.Terjerit kecil Hani dibuatnya.

"Apa Kak Nita ni!"Hani berkata sambil mencebikkan bibir.Haiqal yang memerhati tersenyum lagi.Eiii,comel betul budak ni!Haiqal mengomel dalam hati.

"Pst,tu jejaka tampan tu asyik tersenyum-senyum je pandang awak.Syok kat awak kut Hani."Anita memandang sekilas Haiqal.

Hani yang mendengar terkejut.Lantas dia berpaling.Ergh,sejak bila mamat ni duk tenung aku cam tu?!Hani tak tentu arah.

Pandangan Hani dan Haiqal bersatu.Lekas Hani mengalihkan pandangan.Haiqal tersenyum.Ya betul apa yang dia kata.Hani tidak seperti gadis lain.

"Weyh.Sorry lama kau tunggu?"Suara Faqih tiba-tiba mencelah.Terus mati senyuman dibibir Haiqal.

"Lama jugak."Haiqal menjawab sambil matanya sesekali menjeling kearah Hani.Faqih mengangkat kening.Pahal pulak.mamat ni.

Faqih memandang kearah mata Haiqal tertumpu.Makin berkerut mukanya apabila terpandangkan Hani.

"Err,bro jomlah masuk!"Faqih mengheret rakannya pergi ke lif.Haiqal menurut.Sempat dihadiahkan senyuman manis kepada gadis itu.

Sebaik mereka melangkah masuk ke dalam lif, Faqih terus bertanya.

"Kau kenapa,pandang Hani macam.tu?" Haiqal terkejut dengan soalan temannya itu.

"Hah,err tak ada apa-apa."Gugup dia menjawab
Makin curiga Faqih mendengar.

"Kau minat kat dia ke?"Teka Faqih bersama senyuman.Haiqal terkejut.Segera dia mengawal reaksinya.

"Err,mana ada! Memandai aja kau ni."Haiqal menafikan.Faqih tersengih.

"Weyh bro.Aku pun lelaki.I know! Cara kau pandang dia pun aku dah tahu!"Faqih tersenyum sinis.Haiqal mengeluh.

"I think she is so different than other women.She is so...sweet."Haiqal berkata perlahan.Faqih yang mendengar tergelak.

"Hahahaha.Ni first time aku dengar kau cakap macm tu tau.Sebelum ni,ramai aja perempuan yang lagi cantik pada Hani try kau.Tapi ada kau layan?Ni tetiba terbukak luas pintu hati kau.Pelik-pelik."Faqih menggeleng.

"Err,jomlah discuss pasal tender tu."Haiqal menukar topik.