BAB 4

"Ok,jomlah masuk.Kang tak pasal-pasal aku kena buang kerja sebab masuk office lewat.Hmm kau kata hari ni first day kau kan.Nanti Kak Wani bawak kau jumpa bos.Kak Wani tu macam assistance bos kau dan merangkap penyambut tetamu."Hani menerangkan.

"Segan betul aku.Nanti lunch kau tunggu aku eh?"Fathia meminta.Hani tersenyum sebelum mengangguk.

Fathia dan Hani melangkah masuk ke dalam bangunan di hadapan kami.Cantik sekali.Di sebelah kanan ada meja bersaiz besar dan terdapat dua buah komputer.

"Assalamualaikum Kak Nita.Ni pekerja baru FA Compony and Properties.Tengku Fathia Aleesya binti Dato' Tengku Fazman Amreyn."Hani memperkenalkan Fathia kepada wanita yang dipanggil Kak Nita itu.

"Waalaikummussalam.Laah Hani kakak ingatkan sapa.Oh,jadi awak lah ye bakal menjadi PA Tengku Faqih CEO compony ni?Cantik.Nama kakak Nur Anita binti Zulkifli.Boleh panggil Kak Nita." Kak Nita memperkenalkan diri sambil memberi senyuman manis.

Wah,friendly lah kakak ni.Cayalah!Fikir Fathia.Dia membalas senyuman.

"Hai Kak Nita.Boleh panggil saya Thia aja.Kawan Hani.Saya sebenarnya segan sebab ni kali pertama saya datang ke sini.Bilik bos pun tak tahu kat mana."Fathia menyuarakan kebimbangan hati.

Kak Nita dan Hani tergelak kecil.What so funny hah?

"Tak apa Thia.Nanti Kak Nita panggil Kak Wani suruh bawa Thia jumpa bos.Tunggu kejap ye."Kak Nita menelefon wanita yang dipanggil Kak Wani.
Usai bercakap di telefon wanita itu meminta Fathia duduk dahulu di sofa hitam di sebelah mejanya.Fathia akur.

"Oklah babe.Nanti aku jumpa kau.Aku masuk kerja dulu.Tempat aku kat tingkat 8.Nanti kau pergi lah.Ok chau dulu!"Hani melangkah pergi.Fathia hanya tersenyum memandang sahabatnya.

"Ermm,Kak Nita.Siapa PA bos?"Fathia bertanya kepada Kak Nita.Tiba-tiba terlintas pertanyaan itu di benak fikiran.

Kak Nita berpaling.

"Nama dia Tengku Emylia Binti Dato' Tengku Eirman.Sebenarnya,Tengku Emylia ni anak dato' tapi sebab dia obses dengan Tengku Faqih,CEO compony ni dia sanggup kerja sebagai PA.Satu office dh tahu.Tapi actually Tengku Faqih ada 2 PA.Sebab kenapa Tengku Faqih ada 2 PA tu sebab dia tak suka dengan perangai Tengku Emylia yang mengada-ada.PA dia sorang lagi tu cuti sebab mak dia sakit.Tengku Emylia pulak ada urusan keluarga jadi dia cuti tak silap 1 bulan.Jadi sekarang tak ada sapa sudi jadi PA Tengku Faqih sebab lelaki tu memang cerewet.Jadi tahniah lah sebab dah berjaya jadi PA Tengku Faqih."Terang Kak Nita panjang lebar.

"Tapi kalau tak suka kenapa dia tak pecat aja Tengku Emylia tu?.Dah tak suka simpan lagi."Fathia mencebik.

"Tak boleh Thia.Papa Tengku Faqih suruh Tengku
Emylia jadi PA sebab Emylia tu anak kawan papa Tengku Faqih.Papa Tengku Emylia mintak biar Emylia jadi PA Tengku Faqih.Sebab kawan kan..dia pun setuju."Kak Nita menyambung.

"Kak Nita.Bos tu macam mana dia ehh?"Fathia bertanya perlahan.Soalan yang dari hari dia dipaksa menjadi PA Tengku Faqih berlegar-legar di kotak fikirannya.

"Hmm,bos tu memang serius sikit.Ego tinggi tapi biasalah lelaki.Panas baran lah jugak.Kuat mengarah,kalau dia kata hari ni mesti siap maknanya everything kena siap no matter what.Tapi kalau bab muka tu,kalau dia lamar Kak Nita memang kakak tak tolak Thia.Huh mengancam kalbu,pencairan iman dan hati.Sangat kacak dengan raut tampannya.Ohh,memang sempurna ciptaan Allah yang 1 ni." Eh,eh aku tanya sikit je,sampai mengancam kalbu lah apelah ni dah kenapa?Gerutu Fathia dalam hati.

Fathia tersengih melihat riak muka Kak Nita yang macam gila bayang tu.HAHAHAHA!

"Hoi Nita yang kau tersengih-sengih dari tadi ni kenapa?!"Satu sergahan mengejutkan Kak Nita dan Fathia.

"Ish,kau ni Wani terkejut aku.Tengah membayangkan bakal suami aku lah.Sibuk aje!"Kak Nita menjeling sekilas pada wanita yang menyergahnya tadi.Tersengih-sengih wanita itu.

"Ha,Thia ni nama dia Nurul Haswani binti Afendi.Call her Kak Wani,assistance dan merangkap penyambut tetamu di sini.Samalah macam Kak Nita.Wani ni lah bakal PA bos.Cantik kan."Kak Nita memuji.

Fathia tersenyum malu.Cantik ke dia hari ni?Fathia hanya memakai baju kurung moden bewarna maroon dengan kasut tanpa tumit dan tudung bewarna sama dengan bajunya.Muka dioles sedikit bedak dan lipstick bewarna merah jambu.

Fathia memang gadis yang mempunyai rupa paras yang cantik dan menawan.Mukanya yang putih kemerah-merahan dengan ayu bertudung membuatkan semua jejaka tertarik kepadanya.Manis dan comel.

"Assalamualikum Kak Wani.Nama saya Tengku Fathia Aleesya.Panggil je Thia."Fathia memperkenalkan diri bersama senyuman.

"Waalaikummussalam.Ok Thia sorry tau Kak Wani lambat ada hal sikit.So jom kita pergi bilik bos.Nama bos tu Tengku Faqih Aiman bin Dato' Faqif Azman.Jom ikut Kak Wani.Aku pergi dulu ehh Nita."Kak Wani meminta diri.Fathia turut bangun dan sempat melemparkan senyuman sebelum menuruti langkah Haswani.