BAB 24

Hani melangkah ke arah bilik sahabat baiknya itu.Dia memgetuk pintu tapi tiada sahutan.Dia memulas tombol pintu kemudiannya.Aik,tak kunci!

"Thia.."Panggil Hani apabila ternampak Fathia yang berbaring diatas katil dengan beberapa air mata jatuh dipipi.

"Eh,kau kenapa Thia?"Lekas Hani menghampiri gadis itu.Risau wajahnya.Fathia.menoleh memandang sahabatnya itu.

"Mama aku jahat Hani!"Fathia menangis.Makin gelabah Hani dibuatnya.

"Apa kau cakap ni Thia?Dahlah tu,kenapa? Cuba kau cerita kat aku."Hani mengelap air mata sahabatnya itu.Fathia bangun.

"Dia...dia terima pinangan ibu dan ayah Tengku Faqih!Aku tak nak! Aku tak suka dia! Kenapa mama aku sanggup buat macamni?!"Fathia menangis teresak-esak.

Hani.memeluk sahabatnya itu.Pelik juga dia,setahu dia,Datin Fauzana seorang ibu yang baik.Kebahagian anak nombor satu.

"Thia...Jangan macam ni!Kalau kau terus macam ni,nanti kau sakit.Kau cuba terima dengan redha.Mesti ada hikmah disebalik semua ini."Hani memujuk rakannya itu.

"Tapi..."Belum sempat Fathia menghabiskan ayat Hani mencelah.

"Dahlah.Dengar aku cakap.Kau ni aku peliklah dapat yang handsome tolak!Ishh apalah."Hani menggeleng kepala.Fathia menjeling.

"Kalau handsome perangai zero buat apa?!"Jerit Fathia.Hani tersengih.

"Weii,maknanya kau tak suka dia sebab perangai dia ke?Itu aja?Apalah kau ni,aku nampak cara dia pandang kau,macam dia minat kau!Mana tahu nanti kau kahwin dengan dia,dia tu caring,loving!"Hani memprovoksi.

"Ah,cakap dengan kau makin serabut kepala aku!Aku tak minat dia.Forever!!Titik."Fathia masih berpegang pda prinsipnya itu.

"Nanti dah tersuka kat dia baru tahu.Ye bagi aku Faqih tu handsome Thia.Lagipun makin hari aku tengok kau dengan dia rapat aja.Cuma kdang-kdng tu dia marah sebab kau buat kerja lambat."Hani memegang bahu Fathia.

"Ya,aku suka dia.Sebagai kawan.Aku mengaku dia handsome,suka usik aku tapi kau tahukan ego lelaki.Kau sendiri tahu prinsip aku apa."Fathia meluahkan isi hati

"In sya Allah Thia.Aku rasa Faqih boleh jaga kau!"Hani memberi kata semangat.

"Tak apalah.Aku tetap rasa aku tak nak kat dia.Mama aku dah tentukan.Sudahlah.Bila mama aku cakap aku kena kahwin dengan Faqih hati aku untuk lelaki tak ada.Termasuk Faqih sendiri."Fathia berkata tegas.

Hani mengeluh.Tiada apa lagi yang boleh dilakukan.Fathia sudah tetap dengan pendiriannya.
~~~~~~~~~~~~~~~
Di pejabat Faqih tekun menaip sesuatu di skrin komputer.Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.Faqih menjeling sekilas sbelum menyuruh masuk.

"Sayang...."Suara gedik dan manja seseorang membuatkan perhatian Faqih hilang.

"Emylia,apa you nak? i dah kata jangan panggil i sayang apa you tak faham bahasa ke?!"Faqih menjerkah.Tengku Emylia hanya tersenyum.

"Alah you ni garang sangatlah.Tapi hot orang kata.Faqih you tu handsome,i pulak cantik.We're completed each other.We are just like a soul.destiny!"Ujar Tengku Emylia gembira.

Meluat Faqih yang mendengar.Apa kes,perempuan ni?!

"You tak.payah lah nak.cakap mcm tu.I rasa baik you pergi siapkan kerja you! Masa i dah banyak terbazir sebab layan you!"Faqih menunjukkan keluar.

Tengku Emylia mengetap gigi.Dengan muka merah membahang dia keluar dari bilik dan menghempas kuat pintu.

Ketukan di pintu berbunyi lagi.Faqih mengeluh.Siapa lagi ni?!!

"Come in."Suaranya cuba di kawal.Fathia melangkah masuk.Terkejut Faqih dibuatnya.

"Kenapa Emylia tu?Mcam tak cukup zat je saya tengok."Fathia berkata selamba.Nak tergelak Faqih yang mendengar.

"Hmm,tak ada apa-apalah.Kenapa awak datang ni?"Faqih bertanya.Fathia berlagak tenang seperti tiada apa berlaku antara dia dan Faqih.

"Nah proposal yang Tengku nak."Fathia meletakkan proposal itu diatas meja Faqih.Faqih mengambil lalu melihatnya.

"Hmm,ok."Faqih menjawab ringkas.Fathia keluar dari bilik kemudian.Tiada usik-mengusik seperti biasa.Faqih mengeluh.

Betul kata Haiqal.Mana mungkin Fathia boleh menerimanya begitu sahaja.Kau kena kawal perasaan kau Faqih.Just don't let her know!Faqih bermonolog dalam hati.

"Hmm,who is that girl?.."Tengku Emylia mengurut dagu.
~~~~~~~~~~~~~
"Assalamualaikum."Fathia memberi salam selepas membuka pintu.Jam tangan bewarn a putih bertatahkan berlian dipandang.
7.15 malam.

"Waalaikummussalam."Suara seorang lelaki terdengar menjawab salam Fathia.Terkejut dia seketika melihat gerangan dihadapannya.

"Faris!"Jerit Fathia.Lelaki bernama Faris itu tersenyum memandang sepupunya itu.

Tengku Faris Arnan bin Dato' Tengku Fauzan Anaf.Sepupu tunggal Fathia.Hampir 5 tahun mereka tidak bertemu setelah Faris bekerja di England.

"Hai Thia.Long time no see."Faris menegur sepupunya yang manis bertudung ungu itu.Cantik! Fathia tergelak.

Rasanya inilah kali pertama dia ketawa selepas mamanya membuat keputusan untuk mengahwininya dengan Faqih.

"Agak-agaklah speaking pun.Kalah mat salleh."Fathia menaikkan kening.Giliran Faris pula ketawa.

"Nak buat mcm mana? Dah saya kerja kat sana lebih 4 tahun so bunyi dia ala-ala ratu England lah sikit."Faris menayang muka perasan.

Fathia mencebik kemudian tergelak bersama Faris.Farha dan Fazreen datang dari dapur menuju ke arah mereka.

"Ewah-ewah,gelak kalah pontianak nak pergi karoake."Sindir Fazreen.Farha tersengih melihat sepupunya itu.

"Hehe,bukan selalu Kak Reen dapat gelak dengan minah ni!"Faris menjeling kearah Fathia.

"Hmm,Abang Ris jomlah makan.Dah hidang dah tu.Mama dengan papa ada dinner.So just four of us sahaja."Farha berkata.

"Ha,yelah.Jom makan Faris.Thia awak dah solat magrib belum?"Fazreen bertanya dengan mata dijegilkan.

"Eh,Thia cuti hari ni!"Fathia menjeling kakaknya itu.Tergelak Faris yang mendengar.

"Laah,pahal pulak awak gelak?Sumbat nasi karang dalam mulut baru tahu."Fathia menjegilkan mata.

"Hehe,tak ada apa-apa.Jomlah makan."Faris mengajak.Baru sahaja mereka hendak bergerak ke dapur,bunyi tangisan dari bilik Fazreen kedengaran.

"Adoyai,Fatihah dah bangun pulak.Farha tolong bancuh susu dia kejap.Kakak lupa tadi."Fazreen menyuruh adik bongsunya sambil melangkah kearah bilik tidur.