BAB 1

"TAK NAK!" Habis-habisan Tengku Fathia Aleesya menolak permohonan mamanya,Datin Tengku Fauzana Afiqa.

"Thia please.3 bulan je Thia.Kesian dekat Aunty Farah.Mama nak tolong dia.Sementara PA anak dia cuti 3 bulan sebab jaga maknya yang sakit Thia lah jadi PA dia ya sayang." Datin Fauzana cuba memujuk anak daranya yang sorang itu.

"Ma,Thia belajar dekat US for 6 years sebab nak jadi engineer but Thia kena jadi PA orang pulak.Mama tak kesian ke dekat Thia."Fathia buat muka kesian.

"Wei,Thia mama suruh awak jadi PA dia je.Yang awak terlebih drama ni kenapa?Bukannya mama mintak awak kahwin dengan dia."Tengku Fazreena Aleesa,kakak Fathia mula berhujah.

Mencerlung mata Fathia memandang kakaknya.Aiwah,dia ni bukan nak tolong adik!
Tengku Farha Aleeya tersengih memandang kakak-kakaknya berperang mulut.

"Tahu,tapi tak nak lah Thia jadi PA.Kalau jadi CEO ke boleh jugak Thia pergi.Ni setakat jadi PA baik Thia kerja ngan papa aje." Fathia menjeling kakaknya.

"Thia,why not Thia ambik peluang ni untuk rasa pengalaman bekerja.So bila Thia dah quit jadi PA dia,nak kerja dengan papa,Thia tak rasa kekok." Dato' Fazman Amreyn menyampuk.

"Ha'ah kak.Nanti senang lah Kakak nak kerja.Mane tahu nanti kakak jadi PA bos tu akak tersangkut.Untung kak!" Farha tersengih memandang kakaknya.

"Sibuklah awak ni.Dengar ape orang tua cakap,dah jangan menyampuk kang kakak cubit mulut tu baru tahu."Fathia menjegilkan mata memandang adiknya.

"Farha dah besar lah kak.I'm 20 now."Farha mencebik sambil melangkah ke biliknya.Fazreen terkekek ketawa melihat adik bongsunya itu merajuk dengan kakaknya yang tak betul 'center' tu.