BAB 11

Tepat jam 5.15 petang,Fathia keluar dari billiknya.Dia menjenguk seketika ke bilik Faqih yang terletak bersebelahan dengan biliknya.

Uihhh,khusyuk ermm!Tapi handsome.Fathia mengeluh.Lelaki! I hate them!Jerit Fathia dalam hati.Tidak,dia tidak akan sesama sekali jatuh hati kepada lelaki seperti Faqih.Full stop!

Dengan keluhan kecil dia melangkah ke arah lif.Pekerja yang terdapat ditingkat itu hanya tersenyum memandangnya.Fathia membalas walaupun dia tahu senyumannya hambar akibat keletihan.

Pintu lif terbuka.Dia masuk ke dalam dengan beberapa orang pekerja syarikat itu.Seorang wanita yang dalam lingkungan 30-an itu menekan butang 'G'.Suasana di dalam lif sunyi dan sepi.

Setibanya di tingkat bawah,Fathia melihat Haswani,Anita dan Hani sedang merenung ke arahnya.

"Heii,kenapa pandang macam tu?"Fathia bertanya sebal.Tidak selesa dipandang sebegitu.Apa yang mereka tengok?!

"Apa kau buat kat atas tu?Lama gila kitorang tunggu.Kau ingat kaki Kaki kitorang ni besi?"Hani berkata sambil matanya terjegil ke arah sahabat baiknya.

Terus Fathia memandang jam tangan Swarovski bertatah berlian bewarna hitam itu.Ek eleh,baru tunggu 20 minit dah bising!Gumam Fathia perlahan.

"Lama weyh 20 minit tu!"Hani menyiku lengan Fathia geram.Apa kau ingat aku tak dengar ke kau membebel tadi?!Hani mencebik.

Ehh,dengar pulak dah minah ni!Boleh tahan telinga kau.Fathia tersenyum sinis.Anita dan Haswani hanya tersengih memandang gelagat kedua-duanya.

"Buat apa lagi,mestilah aku buat kerja."Fathia menjeling.

"Hmm lama betul buat kerja.Kalah bos!"Hani menyindir.Uihh,panas,panas,panas hati aku ni!Jerit Fathia dalam hati.

"Memang pon!Kalau tak ada aku alamat tertangguh lah kerja bos kau tu!"Fathia turut bersuara sinis.Hani mencebik.

"Kerja apa tertangguh?"Suara garau seseorang mengejutkan mereka.Paling terkejut sudah tentulah Fathia.Haish dia dengar ke?Masak aku!Gumamnya perlahan.

"Hah?...Errr,nothing-nothing."Laju Fathia menggeleng.Tersengih Haswani dan Anita melihat perilaku Fathia yang agak kelam kabut.

Hani tergelak perlahan.Ha,tulah cakap tu pandang-pandang sikit Fathia Aleesya oii! sempat Hani.mengata dalam hati.

"Hmm,jomlah.Dah lewat kejap lagi saya ada meeting.Kami.minta diri."Faqih berkata sambil terus berjalan.

Terkebil-kebil mata Fathia.Aish,mamat ni.Sabarlah dulu.kot ye pun.Hani,Anita dan Haswani memandang kearahnya dengan muka pelik.

"Thia cerita nanti."Fathia berkata sambil melangkah mendekati Faqih yang sudah memakai kaca mata hitamnya itu.Pergh handsome!Tapi perangai harap ampun lah.

Mereka berjalan keluar dan menuju ke kereta Audi bewarna 'silver metalik itu.Dengan perasaan bercampur baur dia masuk kedalam kereta mewah itu.