BAB 14

Fathia terus melangkah ke dalam rumahnya itu.Hatinya masih berdebar-debar dengan tindakan berani Tengku Faqih Aiman itu!

"Ha,Thia.Tadi Aunty Farah telefon mama,dia cakap Faqih hantar Thia balik.So how first day sayang?"Datin Fauzana bertanya.

Fathia hanya mengeluh seketika.Dia tidak menjawab hanya berlalu ke bilik.Terus dia merebahkan badan ke atas katil bersaiz Queen itu.Ahh,leganya!

"Kakak..."Farha memanggil Fathia di muka pintu.Fathia menoleh.Apa pulak adiknya mahu?

"Kenapa Farha?Kamu nak cakap apa?"Fathia bertanya sambil mata terpejam.Letih seharian tidak berehat.

Farha melangkah masuk ke dalam bilik kakaknya bersama sengihan melebar.Fathia berasa aneh melihat kelakuan adiknya itu.

"Kak,abang Faqih buat apa kat kakak tadi?"Farha bertanya sambil tersengih.Fathia tersentak lantas bangun dari pembaringan.

"Jangan nak mengarut ehh.Tak ada apa-apa!"Fathia menidakkan.Makin melebar senyuman Farha melihat kakaknya.

"Eleh,Farha nampaklah apa yang abang Faqih buat.Dia buat..."Belum sempat Farha menghabiskan ayat,suara Datin Fauzana kedengaran.

"Buat apa?"Datin Fauzana melangkah masuk ke dalam bilik Fathia.

"Oh,Abang Faqih dia...."Lekas Fathia menutup mulut adiknya itu.Haish budak ni!Aku sumbat cili dalam mulut baru tahu!Fathia berkata geram.

Aneh Datin Fauzana melihat kelakuan anak-anaknya itu.Apa saja budak-budak ni!Datin Fauzana bermonolog dalam hati.

"Kakak,Farha lemas lah!"Farha menepis tangan kakaknya.Wajah bertukar kelat dan masam.Ergh,kakak ni memang nak kena!Farha menggumam dalam hati.

"Tak ada apa ma.Farha nampak Faqih hantar Thia tadi."Fathia berkta bersungguh-sungguh.Farha tersenyum sinis.Fathia menjeling tajam ke arah adiknya.

"Oh,dah lah Farha,pergi tidur,esok ada kuliah.Tak payah kacau kakak esok dia kerja.Mama keluar dulu."Datin Fauzana melangkah keluar.

"Hehe,,abang Faqih kenyit mata kat kakak tadi kan.Hahahha."Farha ketawa terbahak-bahak.Muka Fathia berubah merah.

"Yah,michin yeoja!Dah lah kakak nak tidur.Jangan ganggu!"Fathia menjerit.Farha bangun dengan ketawa yang masih bersisa.

"Mimpikan elok-elok kenyitan mata Abang Faqih tu."Farha masih mengusik kakaknya.Mengekek dia ketawa.

"Arhh,Farha!"Fathia menjerit kembali.Farha keluar dari bilik.

"Erghh,Faqih tunggu lah nanti!"Fathia terjerit kecil.

~~~~~~~~~~~~~~~
Selesai mandi,Faqih berbaring di atas katil bersaiz king bewarna putihnya.Tersenyum sendirian tatkala teringatkan peristiwa di rumah Fathia.

"Haha,lawak sial muka dia!"Faqih ketawa kecil.Haish comel.Geram je!Faqih menggumam dalam hati.

"Ah,dahlah Faqih jangan nak lebih-lebih.Tidurah esok nak kerja."Faqih bermonolog.Terus dia memejamkan mata.