BAB 7

"Erm Tengku..."Fathia memanggil dengan suara yang perlahan.Faqih mengangkat wajah memandang Fathia yang bersuara antara dengar tak dengar.

"So what do you want?! I hate someone wasting my time.Just tell me what you want.Saya ada banyak kerja lagi perlu buat.Jadi tolong cakap tu cepat sikit!"Faqih merenung tajam ke arah Fathia yang menunduk.

Ahh,mamat ni!Aku cakap sikit je.Itupun nak tengking ke.Huh,ego lelaki memang buat aku menyampah!Panas baran tak bertempat!Fathia mengherdik dalam hati.

"I'll not waste your time.Saya nak tanya mana bilik untuk fotostat.Tengku suruh saya buat salinan untuk kertas kerja.Tapi saya tak tahu kat mana."Fathia mengetap gigi.Sakit hati dengan Tengku Faqih menjadi-jadi.

"Mari sini saya tunjuk.Tak payah tayang muka zuhud tu depan saya.Tak adanya saya nak kesian."Faqih menjawab seraya berlalu ke pintu.

Ini ke yang Kak Reen cakap baik,sopan...Kalau macam ni baik aku tak payah ada boyfriend langsung!Ego!Fathia menjerit dalam hati.

"Heii ce.."Belum sempat Faqih menghabiskan bicara Fathia melangkah ke hadapan.Malas bertekak dengan bosnya itu.Buat sakit hati aja!

Faqih tersenyum sinis.Heii budak kecil,memang penakut.Mummy pun 1,suka hati dia aja nak suruh budak tu jadi PA aku.Dah jadi cam ni!Nasib kaulah Fathia!

"Ermm,cepatlah Tengku.Tinggal beberapa minit je lagi before lunch."Fathia memanggil dengan suara yang ditahan.Risau jika mulutnya mengeluarkan ayat sarkastik.

Faqih mengangkat kening.Aiwah,budak ni.Tadi dia yang lambat sekarang aku pulak yang kena.Haish budak ni!Faqih mencebik dalam hati.

Dia berjalan mendahului Fathia menuju ke lif.Mereka menaiki lif untuk ke tingkat 6.Mak aihh,jauhnya bilik!Patutnya sediakan satu biik tu setiap 3 aras.Baru elok.Erghh menyusahkan aku lah ni!

Sesampai sahaja di tingkat tersebut.Fathia melihat semuanya tekun bekerja.Nampak sangat sibuk dengan urusan masing-masing.Mereka sesekali menjeling ke arah Fathia dan Faqih.Fathi berasa tidak selesa di jeling begitu.

Dengan riak selamba,Faqih berjalan menuju ke sebuah bilik yang kecil terletak di suatu sudut bersebelahan bilik yang tertulis 'Store'.

Mereka memasuki bilik salinan yang terdapat sebuah mesin fotostat yang canggih,mesen faks dan 2 buah komputer yang terletak di atas meja yang besar.

"Ni bilik fotostat.Everything kat sini.So kalau awak nak fotostat ke just go here."Faqih bersuara menjeling Fathia.Fathia hanya mengangguk.

"Eh,Tengku!"Suara gadis yang sangat Fathia kenali kedengaran.Tu bukan suara...Mereka menoleh serentak.

"Hani!"Fathia memanggil sahabatnya itu dengan senyuman.Faqih mengerutkan dahi memandang Fathia dan Hani silih berganti.

"Both of you know each other?'" Faqih bertanya.Hani mengangguk.Dia masih terkejut dengan kehadiran Faqih dan Fathia dibilik itu.

Eh,setahu aku,Tengku Faqih ni jarang 'mencemar duli' datang ke bilik ni.Apa dia buat kat sini?'Hani berfikir.

"Oklah,awak dah tahukan bilik ni kat mana.So buat salinan tu.Nanti hantarkan kat bilik saya.Saya nak before saya balik lunch semua dah ada atas meja.So..."Faqih meminta diri sambil melemparkan senyuman kepada Hani.

Terkedu seketika Hani dan Fathia.Pada Fathia itulah kali pertama dia melihat lelaki itu tersenyum.Selalunya serius sahaja.Pada Hani,itu senyuman yang dia impikan.Bosnya itu kacak.Sekali dia bagi 'killer smile' dia tu,memang cair hati dia.