BAB 1

“Adik! Bangun! “ jerit Kazim sambil menepuk lengan Syasya.

Syasya Haslina bermalasan di atas katil. Anak dara yag malas. Sungguh liat apabila bangun pagi. Kazim hanya bersabar dengan karenah adik bongsu kesayangannya. Syasya lah satu-satuya adik yg Kazim ada. Menemaninya dimana-mana. Nak diharapkan dengan mummy dan daddy ? terima kasih sajela. Walaupun mereka dilahirkan dalam keluarga orang berada tetapi kebahagiaan tiada. Ibu bapa mereka hanya sibuk dengan bisnes sana sini. Ke luar negara setiap minggu sampai anak dipinggirkan. Kazim dan Syasya tidak menyukai sikap orang tuanya. Mereka dibesarkan dengan orang gajinya sahaja. Kurang kasih sayang orang tua. Setelah Kazim ditawarkan menjadi doktor, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah sendiri bersama adikya, Syasya. Seperti yg dijangka, mummy dan daddy tidak menghalang sama sekali.

“Along, jangan kacaulah. Orang nak tidur ni.” Balas Syasya dalam keadaan mamai. Di capainya bantal lalu menutupi mukanya.

“Adik! Bangulah! Adik dah lewat lah! Dah pukul 7:30 pagi ni, kelas start pukul berapa? Along dh nak pergi kerja ni.” Kazim mengalih bantal trsebut lalu menampar lembut pipi adiknya berkali-kali.

“Along! Sakitlah! “ Syasya menjerit lalu bangun smbil matanya masih tertutup rapat.

Apalah Along ni, dia ingat pipi aku ni apa? Sakit tau! Kalau merah, aku saman nanti. Syasya membuka matanya yg masih dalam keadaan mamai. Dijeling abangnya yg tersengih macam kerang busuk.

“Erghx!” Syasya mengeluh lalu bangkit dari katil menuju ke bilik air. Kazim pun beredar keluar dari bilik adiknya sambil trsenyum.

“Along! Cepatlah. Adik dah lambat ni. Trhegeh-hegeh macam budak perempuan!” jerit Syasya kepada abangnya dari luar. Kelam kabut mencari kasutnya sana sini.

“Along! Kasut adik kat mana? Takde pun!” jerit Syasya sekali lagi.

“Along! Dengar tak?” jeritya untuk kali kedua. Abangnya tetap juga tidak keluar.

“haa, tulah. Along dah kejutkan awal-awal tadi, tak nak bangun. Sekarang dah kelam kabut macam lipas kena spray.” Kazim muncul dari dalam rumah sambil memegang beg bimbitnya lalu mengunci pintu rumahnya.

“Along! Mana kasut adik?” ditanya buat kali kedua soalannya tadi. Berlari sana sini Syasya mencari kasut nya. Habis digeledah rak kasut yg tersusun rapi selama ini.

“kasut adik ada kat dalam kereta Along. Ya Allah, habis disepahkan segala barang kat situ. Balik nanti, adik kemas balik.” Jawab Kazim yg menggeleng kepala melihat telatah adiknya. Habis semua perkara diuruskan oleh abangnya. Syasya memang manja bersama abangnya sejak kecil lagi. Syasya menepuk dahinya.

“apesal tak cakap awal-awal.” Jawab Syasya lalu menaiki kereta abangnya. Seperti biasa, Kazim akan menghantar adiknya ke Kolej terlebih dahulu sebelum ke Hospital. Kazim tidak membenarkan adiknya memandu kereta sendiri walaupun lesen telah di ambil. Sama sekali tidak percaya. Syasya suka memandu kereta dengan laju. Berkali-kali diberi nasihat, masih juga tidak diendahkan.

“Along, bawak laju sikit. Dh lambat ni.” Kegelisahan jelas terpancar di wajah Syasya. Pagi ini dia ada kelas bersama Madam Nora yg garang macam singa. Kalau seminit lewat, disuruhnya siapkan surat minta maaf sepanjang dua muka surat! Gila!

Setelah sampai di pintu Kolej, Syasya kelam kabut membuka pintu kereta lalu berlari menuju ke dewan kuliah sehingga lupa melakukan kerja runtin hariannya iaitu bersalam dengan Kazim. Kazim hanya tersenyum melihat telatah adiknya itu. Macam-macam lah adik aku ni.

Syasya berlari ke dewan kuliah secepat yang mungkin. Habis semua pelajar dilanggarnya. Hanya perkataan maaf yg sempat diucap tanpa henti lalu berlari lagi ke dewan kuliah. Ahh, lantak lah kau nak marah pun, aku dah lambat ni. Macam peserta marathon lagaknya. Apabila tiba di hadapan dewan kuliah, di hembuskan nafas lega. Dewan kuliah masih bising dengan gelagak mahasiswa yang bercakap itu ini. Ini bermakna Madam Nora belum tiba. Tercungap-cungap Syasya memasuki dewan kuliah lalu duduk di tempat biasanya bersebelahan Fizzul Taufik, sahabat rapatnya sejak sekolah menengah. Tak di sangka dapat satu course bersama Taufik lagi. Taufik hanya menjeling Syasya disebelahnya yang tercungap-cungap bernafas.

“Bila nak ubah perangai? Nasib baik Madam Nora lambat masuk. Penat aku nak cover kau nanti” marah Taufik.

“Ala, relax la weh. Aku bukan sengaje. Aku penat. Semalam ak takleh tidur.” Cover Syasya.

“takleh tidur atau memang sengaje tak nak tidur.” Peril Taufik. Syasya hanya tersengih menampakkan giginya yang putih. Jangan nak dikelentong lah dekat Taufik ni, semua perkara dia tahu pasal aku. Alasan tak munasabah langsung.

“weh, bijak lah kau ni Fik! Pandai teka. semalam aku bertwiter dengan fans la. Hot topic banyak keluar semalam. Ala, kau! Macam lah tak kenal aku.” Dalih Syasya.

“kenal sangat dah” jawab Taufik. Pembelajaran bermula seperti biasa apabila Madam Nora masuk. Mereka harus belajar lebih tekun bermula sekarang sebab tahun ni adalah semester terakhir mereka sebelum graduate menjadi Enngineer.

“jom pergi makan!” ajak Taufik setelah pembelajarannya selesai.

Syasya dana Taufik memang terkenal dengan sahabat rapat. Kemana dia pergi, disitulah ada Taufik. Pada hujung minggu, ada sahaja rencangan mereka. Memang bagai isi dengan kuku. Bukannya Sydhira tidak mahu berkawan dengan perempuan tapi belum jumpa lagi. Buat masa sekarang, hanya Taufik yg satu kepala dengan dia. Along pun bukannya sewenang-wenangnya bagi berkawan dengan orang lain. Takut aku terpengaruh dengan mereka semua. Maklumlah, kawan sehidup semati susah nak cari sekarang. Fake friends banyak.

“dah, pergi order makanan untuk aku. Macam biasa! Kau bayar!” arah Syasya sewaktu berada di dewan makan. Tanpa banyak soal, Taufik ke kaunter makanan lalu Syasya pergi mencari tempat duduk. Setelah 5 minit, Taufik sampai bersama makanan bersamanya. Syasya memang menggemari nasi goreng sejak dulu. Kalau kemana dia pergi, asyik order menu sama je.