BAB 4

" Ni aku dah beli tiket bas " Adib menunjukkan dua keping tiket yang berada di tangannya.

Lebar senyuman Anisha.

" Yeayy thank you Adib. Ni yang buat aku sayang kau " Anisha sudah berkira-kira untuk memeluk Adib kerana terlalu teruja.

" Eh eh. Jangan buat hal nak peluk aku pulak. Cukup lah orang pandang pelik dekat kau sebab pakai baju ni" Adib menjuihkan bibirnya pada baju yang dipakai oleh Anisha.

Sejak daripada tadi Anisha menjadi tumpuan mata-mata di situ. Mungkin mereka pelik melihat pakaian Anisha.

" Alaa peduli lah dekat orang tu. Adib, thanks tau sebab sudi teman aku pergi KL. Aku janji kali ni jer aku menyusahkan kau. Lepas ni aku janji takkan susahkan kau lagi " .

" Yelah tu. Janji, janji tapi buat jugak" rungut Adib.

Pada awalnya dia memang tidak mahu mengikut Anisha ke Kuala Lumpur tapi bila difikirkan tentang keselamatan Anisha, dia mengubah fikirannya. Di Kuala Lumpur macam-macam yang boleh terjadi. Dia risau akan keselamatan gadis itu.

" Ishh membebel jer lah kau ni. Jom lah. Aku rasa tu bas kita " .

Mereka beriringan menuju ke arah sebuah bas.

" Nisha " panggil Adib.

Ketika itu mereka sudah berada di dalam bas dan dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

" Hmm " jawab Anisha. Dia menoleh ke arah Adib.

" Kau tak takut? " soal Adib.

Anisha tergelak kecil.

" Takut? Takut apa? " .

" Yelah. Hidup kat KL ni tak sama macam dekat kampung. Lagipun aku tak janji yang aku boleh temankan kau lama-lama kat sana. Nanti makcik aku risaukan aku. Kau dah fikir ke macam mana nak lalui hidup kat sana? " .

Anisha diam seketika. Sejujurnya dia membuat keputusan untuk lari ke Kuala Lumpur pun di saat akhir. Dia langsung tidak merancang semua tu.

" Aku tak tahu lah Dib. Aku tak fikirkan apa-apa lagi " .

" Eh kau biar betul Nisha? " .

Anisha mengangguk perlahan.

" Tapi takpa aku yakin ada jalannya nanti. Nanti kalau kau nak balik kampung, balik lah dulu. Aku okay " .

" Kau ada kenal sesiapa ke kat KL tu?" .

Anisha menggeleng lemah. Terdengar keluhan berat daripada bibir Adib.

" Aku minta maaf sebab dah susahkan kau " .

Adib tersenyum hambar.

" Tak apalah. Tapi sampai bila kau nak duduk kat KL tu? " .

" Sampai aku betul-betul dah bersedia untuk balik kampung jumpa mak ayah aku " .