BAB 2

Anisha melihat dirinya di dalam cermin. Dia sudah disiapkan oleh mak andam. Baju kurung moden berwarna putih tersarung cantik di tubuhnya. Ditambah pula dengan solekan. Anisha kelihatan begitu cantik pada hari ini.

Otaknya ligat berfikir untuk lari daripada rumah ketika ini. Dia nekad. Dia tidak sanggup untuk berkahwin dengan Faizal. Soal Pak Samad sudah tidak dipedulikan lagi. Yang penting dia dan Faizal tidak jadi bernikah.

Tiba-tiba dia mendapat idea. Nama Adib terlintas di fikirannya. Ya Adib. Dia yakin hanya Adib yang dapat membantunya saat ini. Telefon bimbitnya pantas mendail nombor kawan baiknya itu.

Tidak sampai beberapa saat panggilnya sudah dijawab oleh Adib.

" Hello Adib. Kau kat mana? " soal Anisha tidak sabar.

" Kat rumah lah. Kenapa? " soal Adib pelik.

" Adib kau kena tolong aku Adib. Aku tak nak kahwin dengan Faizal. Kau tahu kan perangai dia macam mana, tolong aku Adib " rayu Anisha.

" Kau nikah hari ni ke dengan dia? " soal Adib.

" Iya! Cepat lah Dib. Kau kena tolong aku " .

" Kau nak aku tolong apa? Jangan buat hal Nisha. Nanti teruk aku kena dengan Pak Samad " .

" Adib kau jer yang boleh tolong aku. Kau sanggup ke tengok hidup aku menderita bila kahwin dengan Faizal tu nanti? Sanggup? " .

" Kau nak aku buat apa? " .

" Datang rumah aku. Bawak aku lari daripada sini " .

" Ha? Kau jangan buat hal Nisha. Nanti tak pasal-pasal aku kena belasah dengan orang kampung sebab bawak kau lari. Hishh tak nak lah aku" seriau rasanya apabila membayangkan apa yang akan terjadi jika dia membawa Anisha lari di hari 'bahagia' gadis itu.

" Tolonglah Dib. Aku tunggu kau ni. Cepat tau " Anisha terus menamatkan panggilan. Dia harus cepat sebelum majlis pernikahannya bermula.

Anisha mengambil beg pakaian di dalam almari. Dia mengisi pakaian yang penting.

" Maafkan Nisha ayah, mak. Nisha tak sanggup nak teruskan pernikahan ni" katanya sendiri.

Tanpa berlengah lagi, Anisha terus terjun daripada tingkap biliknya. Mujur sahaja tiada orang di situ.

" Hei Nisha " tegur Adib yang baru tiba.

" Hah Adib. Jom kita lari " Anisha menarik tangan Adib.

" Weh kau betul-betul nak lari ke? " soal Adib seakan tidak percaya. Gila betul perempuan ni.

" Iyalah. Aku tak ada masa lah nak bergurau Adib " .

" Pengantin lari! " jerit beberapa orang kampung yang melihat Anisha dan Adib.

Tanpa menunggu lama Anisha terus menarik tangan Adib dan lari sepantas mungkin.