BAB 12

" Dib, dah lama ke kau kahwin dengan Nisha? " soal Imran.

Ketika itu mereka sedang makan tengahari di sebuah restoran.

" Er..er..macam mana nak cakap ea" dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Dia yakin Imran pasti terkejut jika soal pernikahan dia dan Anisha semuanya adalah kerana mereka ditangkap khalwat dan bukannya kerana cinta.

" Aikk takkan lah kau tak tahu dan berapa lama korang nikah? " soal Imran pelik.

" Sebenarnya kitaorang bukan nikah sebab cinta. Baru 3 hari lepas kitorang nikah " .

Terlopong luas mulut Imran.

" Haa? Baru tiga hari lepas? " .

Adib mengangguk perlahan.

" Sebenarnya aku teman Nisha datang KL. Dia lari waktu hari pernikahan dia dengan bakal suami pilihan ayah dia. Malam tu aku tak cukup duit nak tempah dua buah bilik hotel. Jadi kitaorang buat keputusan untuk kongsi bilik hotel. Entah macam mana tiba-tiba jabatan agama islam datang tangkap kitaorang. Kitaorang terpaksa dinikahkan malam tu jugak " cerita Adib panjang lebar.

" Macam tu rupanya..aku ingat kau orang memang betul-betul kahwin sebab cinta. Habis tu macam mana? Sampai bila korang nak stay KL? " .

Adib mengangkat bahu tanda tidak tahu.

" Entahlah Imran. Aku sendiri tak fikir lagi. Aku tak tahu apa reaksi keluarga Nisha, keluarga aku dan Maira bila dapat tahu aku dengan Nisha dah sah nikah " .

" Kau sayang tak pernikahan ni? Kau sayang Nisha? " soal Imran tiba-tiba.

Adib terdiam seketika.

" Aku kalau boleh tak nak ada perkahwinan yang kedua, ketiga. Kalau boleh aku nak pernikahan ni kekal sampai bila-bila. Tapi aku cuma anggap Nisha macam kawan aku. Tak boleh lebih daripada tu. Lagipun kau tahu kan aku dengan Maira dah lama bercinta. Aku sayang sangat dekat dia" .

Imran mengangguk perlahan.

" Buatlah keputusan yang terbaik Dib" bahu Adib ditepuk perlahan.

" Terima kasih Imran " .

Anisha termenung sendiri. Dia mengambil keputusan untuk menghidupkan semula telefon bimbitnya. Sudah hampir empat hari dia tidak menghidupkan telefon bimbitnya kerana tidak mahu mak dan ayahnya menghubunginya.

58 missed call daripada mak tertera di skrin telefonnya. Anisha mengeluh lemah. Bukan niatnya untuk membuat mak dan ayahnya risau dan malu tetapi dia tidak sanggup untuk mengahwini Faizal. Dia lebih rela dibuang keluarga. Asalkan dia tidak hidup menderita apabila berkahwin dengan Faizal.

" Maafkan Nisha mak, ayah. Nisha janji Nisha akan balik jumpa mak dan ayah bila Nisha dah bersedia " .