BAB 6

Sampai sahaja di bilik hotel, Adib terus merebahkan badannya di atas katil. Dia betul-betul letih ketika ini.

" Adib " panggil Anisha.

" Hmm " jawab Adib. Matanya sudah terpejam.

" Maafkan aku sebab dah susahkan kau " .

Adib membuka matanya. Dia memandang ke arah Anisha.

" Nisha kau tu kawan baik aku tau. Kalau kau sendiri tak sanggup kahwin dengan Faizal apatah lagi aku. Aku tak sanggup tengok hidup aku menderita kalau kau kahwin dengan Faizal. Aku ni kawan kau Nisha. Apa gunanya kawan kalau tak tolong kawan kan? " .

Anisha tersenyum nipis. Terharu mendengar kata-kata Adib. Adib memang sahabat yang baik.

" Terima kasih " ucapnya.

Adib mengangguk perlahan. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia mengeluh perlahan sebaik melihat nama pemanggil di skrin telefon.

" Hello makcik " .

" Hello Adib. Adib kat mana tu? Ya Allah bertuah punya budak dah lewat malam tapi tak balik-balik lagi. Adib pergi mana ha? " bertalu-talu soalan yang diajukan oleh Makcik Zarah.

Makcik Zarah ialah adik kandung arwah ibu Adib. Adib kehilangan kedua ibu bapanya ketika dia berumur lima tahun dan sejak itu dia tinggal dengan Makcik Zarah dan suaminya Pakcik Razak.

" Makcik, Adib ada hal sikit. Nanti Adib cerita ya " .

" Adib tak balik lah ni? Adib kat mana sebenarnya ni. Jangan buat makcik risau lah " .

" Adib okay makcik. Makcik tak perlu risau ya. Bila Adib dah balik nanti, Adib jelaskan " .

" Iyalah. Jaga diri. Jangan buat benda yang bukan-bukan. Assalamualaikum" .

" Waalaikumsalam " .

Panggilan terus ditamatkan.

" Makcik kau telefon? " soal Anisha.

" Ha'ah. Mak kau tak telefon? " soal Adib.

" Aku off telefon " .

" Ya Allah Nisha. Kalau ada hal penting macam mana? " .

" Insya Allah tak ada apa-apa " .

" Dah lewat ni. Aku nak tidur. Kau tidurlah atas katil ni. Biar aku tidur atas sofa tu " Adib sudah bangun daripada katil.

" Eh takpa. Kau tidur jer atas katil tu. Aku okay tidur atas sofa pun " .

" Kau tu perempuan Nisha. Aku lelaki, kena lah mengalah. Dah pergi tidur " Adib terus membaringkan badannya di atas sofa.

Beberapa minit kemudian kedengaran dengkuran halus daripada Adib. Letih benar agaknya. Anisha membaringkan badannya di atas katil.

" Maafkan Nisha mak, ayah. Nisha terpaksa buat semua ni " katanya sendiri.

Dia memandang sepi ke arah Adib. Kasihan lelaki itu. Kerananya Adib terpaksa menipu makcik Zarah.