BAB 8

Pagi itu selepas check out hotel, Adib mengajak Anisha bersarapan terlebih dahulu. Riak wajah Adib seperti tiada apa yang berlaku semalam.

" Adib " panggil Anisha.

Adib tidak menjawab. Dia hanya memandang ke arah Anisha.

" Adib, aku minta maaf. Kalau tak disebabkan aku semua ni tak akan jadi. Kita takkan kena tangkap khalwat dan kita pun tak akan nikah. Maafkan aku sebab dah libatkan kau" air mata Anisha mengalir perlahan.

Perasaan bersalah pada Adib menyapa dirinya. Kalau lah dia tidak mengajak Adib lari, pasti semua ini tidak akan terjadi.

" Nisha, aku tak tahu nak cakap macam mana..semua benda ni jadi tiba-tiba. Terus-terang aku cakap yang aku susah nak terima kenyataan ni. Tapi nasi dah jadi bubur. Kita dah nikah dah pun. Dah tak boleh nak buat apa-apa. Sekarang ni kita fikir apa perlu kita buat lepas ni " .

Anisha tunduk. Air matanya semakin deras mengalir. Terhinjut-hinjut bahunya kerana menangis.

" Nisha.. " panggil Adib.

Anisha masih tidak berhenti menangis.

" Hey Nisha. Janganlah menangis. Aku tak marahkan kau pun " pujuk Adib.

Anisha angkat wajah memandang Adib.

" Aku tak marahkan aku? " soalnya.

" Tak. Janganlah menangis. Nanti orang ingat, aku buat kau " Adib mengesat air mata di pipi Anisha.

" Maafkan aku ya Adib? " .

" Iyaa Nisha. Dah makan. Lepas ni kita kena fikir nak buat apa " .

Anisha mengangguk. Dia terus makan nasi lemak yang berada di hadapannya itu.

" Adib? Adib kan? " tegur seorang lelaki.

Adib terus menoleh.

" Imran? Ya Allah Imran " mereka terus berjabat tangan.

" Kau buat apa kat KL ni? " soal Imran.

" Err..er aku pindah KL " jawab Adib.

" Pindah KL? Kenapa? " .

" Aku baru jer nikah. Ni isteri aku, Anisha " Adib memperkenalkan Anisha pada Imran.

Imran ialah kawan sekampung Adib. Tapi mereka putus hubungan selepas Imran mengikut keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur.

" Oh dah nikah rupanya. Sekarang ni kau orang tinggal kat mana? " soal Imran lagi.

" Sebenarnya Imran, aku dengan Nisha baru jer sampai KL. Kita orang still tak ada tempat tinggal lagi" .

" Lah yeke? Okay macam ni lah. Aku ada beli rumah flat. Tapi aku tak duduk situ. Apa kata kau duduk situ" .

" Tapi Imran, aku belum ada kerja so tak mampu nak bayar " .

" Lah buat apa sibuk-sibuk nak bayar? Kau tu kawan aku. Aku ikhlas lah tolong " .

" Betul ke ni Imran? " soal Adib seakan tidak percaya.

" Iya betul. Takkan nak main-main pulak " .

Adib dan Anisha melafaz rasa syukur. Syukur Allah mempertemukan dia dengan Imran dan lelaki itu sudi membantunya.