BAB 10

Selepas pulang daripada makan, mereka kembali semula ke rumah. Anisha duduk di ruang tamu untuk menonton televisyen. Begitu juga dengan Adib.

" Kau tengok cerita apa ni? " soal Adib.

Anisha tidak menjawab. Matanya fokus pada televisyen sehingga langsung tidak sedar kehadiran Adib.

" Drama melayu rupanya " gumam Adib.

" Weh Nisha! Pekak ke? " soal Adib apabila Anisha tidak memberikan apa-apa respons.

Anisha tersentak. Dia menoleh ke arah Adib yang berada di sebelahnya. Sejak bila mamat ni datang? Tadi bukan dalam bilik air ke?

" Haa kau tanya apa tadi? " soalnya.

Sebenarnya dia bukan fokus pada drama di televisyen itu. Fikirannya jauh memikirkan tentang masa depannya. Bagaimana agaknya jika mak dan ayahnya tahu dia sudah bernikah dengan Adib gara-gara kena tangkap khalwat. Mahu mengamuk Pak Samad. Silap-silap dia kena kejar dengan parang.

" Kau ni kusyuk sangat tengok drama tu. Sampai aku cakap dengan kau pun kau tak dengar kan? " .

Anisha hanya tersenyum nipis. Adib perasan Anisha banyak termenung sejak daripada tadi.

" Kau okay tak ni? " soalnya prihatin.

" Aku okay " .

" Yelah tu. Kenapa? Cerita lah dengan aku " .

" Adib, kau rasa apa yang akan jadi dengan perkahwinan kita? " soal Anisha tiba-tiba.

" Maksud kau? " soal Adib bingung.

" Yelah kau pun tahu kan kita kahwin disebabkan kena tangkap khalwat. Kita ni dah lama berkawan dan tak mungkin perasaan cinta tu ada. Lagipun sampai bila kan kita nak stay KL. Mesti makcik Zarah risaukan kau. Aku pun kena balik jumpa mak ayah aku. Dan Humaira. Dia mesti cari kau kan? Aku harap sangat yang dia tak akan tahu tentang pernikahan kita ni" .

Adib terdiam. Dia faham maksud Anisha.

" Aku faham Nisha. Tapi buat masa sekarang ni kau tak payah fikir lah semua tu. Bila keadaan dah reda nanti kita sama-sama tentukan apa yang perlu kita buat. Buat masa ni, kita fokus apa yang ada. Lagipun keadaan tengah tegang. Kalau balik kampung sekarang, mesti ayah kau akan mengamuk teruk. Pasal Maira kau jangan risau. Aku akan explain dekat dia nanti dan insya Allah dia akan faham. Kalau ada jodoh aku dengan Maira tu, tak ke manalah " .

Anisha mengangguk faham.

" Esok kau dah mula kerja kan? " .

" Ha'ah. Doakan aku tau " .

" Insya Allah kau boleh " Anisha tersenyum kecil.

Adib mengusap perlahan kepala Anisha.

" Of course lah " dia tergelak kecil.

Anisha mencebikkan bibirnya. Perasan.