BAB 24

" Abang, sebenarnya Nisha nak beritahu berita gembira dekat abang" .

" Apa dia? " soal Adib teruja.

" Nisha mengandung " .

" Ha? Betul ke? Ya Allah Alhamdulillah syukur " Adib terus mencium pipi isterinya.

" Tadi Nisha suruh Linda belikan pregnancy test. Tak sangka pulak keputusan positif " .

" Alhamdulillah. Syukur sangat. Jaga anak kita baik-baik ya. Abang minta maaf sebab tak dapat nak teman sayang " .

Tiba-tiba hati Anisha dipagut rasa sayu. Air matanya bergenang di tubir mata. Apalah nasibnya dengab Adib sehingga terpaksa berpisah.

" Hey, jangan menangis. Abang yakin suatu hari nanti hati ayah akan lembut jugak untuk terima abang sebagai menantu. Kita kena banyak-banyak bersabar ya " pujuk Adib.

Anisha mengangguk perlahan.

Tiba-tiba pintu bilik Anisha dibuka daripada luar. Anisha terlupa untuk mengunci pintu biliknya. Aduh habislah aku.

" A..a..ayah? " .

Pandangan tajam Pak Samad sudah cukup membuatkan Adib dan Anisha gentar.

" Oh curi-curi masuk ya? Macam penyamun " .

Adib dan Anisha hanya menunduk.

" Kenapa diam? Jawablah! " .

" Nisha yang suruh Adib datang ayah. Nisha cuma nak jumpa Adib sekejap. Nisha rindu " jawab Anisha.

" Maafkan saya ayah. Saya tak ada niat nak curi-curi masuk ikut tingkap. Saya pun rindu dekat Nisha " jawab Adib pula.

Tiba-tiba Pak Samad tergelak besar. Anisha, Adib dan Mak Siah memandang pelik ke arahnya.

" Abang ni kenapa? " soal Mak Siah.

" Tengoklah anak menantu awak ni Siah, bukan main takut lagi saya marah. Sampai sanggup masuk ikut tingkap " .

" Nisha, Adib ayah minta maaf. Ayah sedar ayah dah melampau. Nisha maafkan ayah sebab dah paksa Nisha untuk kahwin dengan Faizal. Nasib baiklah Nisha tak jadi kahwin dengan dia. Tadi dia kena tangkap dengan polis atas tuduhan dadah. Adib, terima kasih sebab jaga Nisha selama ni. Maafkan ayah " .

Anisha dan Adib tersenyum lebar. Alhamdulillah ayah dah sedar.

" Nisha pun minta maaf ya ayah " Anisha terus memeluk erat tubuh Pak Samad.

Adib menarik nafas lega. Syukur segalanya dipermudahkan Allah.

Ya Allah semoga kebahagiaan ini kekal buat selamanya. Siapa sangka dia yang menjadi peneman Anisha lari tiba-tiba bertukar status menjadi suami Anisha. Perancangan Allah itu sangat indah.

TAMAT