BAB 8

Keesokan paginya, Carol dikejutkan dengan panggilan seseorang. Terpisat-pisat Carol bangun lalu menggosok matanya. “Bangun. Raja nak jumpa.” sebaik sahaja pintu bilik itu dibuka, Carol dibawa ke ruang utama untuk menghadap raja. Carol lihat raja dan permaisuri sedang duduk di atas singgahsana mereka dengan dikelilingi oleh dayang dan pembantunya. Carol dipaksa untuk melutut dan menyembah raja. Dia hanya mengikuti rentak lelaki yang menculiknya semalam.

“What is your name child?” Raja itu mula bersuara. Terketar-ketar Coral menjawab soalan raja itu, dia masih ralit memandang lantai marmar itu. “Coral.” raja itu hanya mengangguk.

“Semalam saya nampak kamu berlawan dengan beberapa orang askar saya dengan cekap sekali. Kamu manusia dan bagaimana kamu boleh tinggal bersama puak Onyx?” soal raja. Coral berani mengangkat wajahnya lalu menjawab soalan raja itu.

“Saya dibuang oleh keluarga kandung saya. Saya dibesarkan dengan kasih sayang oleh mereka. Mereka menjumpai saya di sebatang sungai.” Permaisuri itu terus bangkit lalu mendekati Coral sambil menyelak lembut rambut panjang Coral. Ditelitinya sesuatu pada leher Coral.

“Honey, its her. Our daughter.” kata-kata permaisuri itu membuatkan Coral kaget. Dia seorang anak raja? Yang selama ni puak Onyx berdendam dan bermusuh? Coral terus memberanikan diri untuk berdiri semula.

“Keluarga saya adalah Janira dan Chayton. Saya nak pulang ke pangkuan mereka. Tolong lepaskan saya. Saya tak kenal awak semua.” Permaisuri itu mendakap Coral erat kemudian tangan kanannya memegang kepala Coral. Sekali sentuhan, minda Coral memainkan semula apa yang telah terjadi semasa dia dilahirkan.

Imbauan 9 tahun yang lepas.

“Tahniah kerana anda selamat melahirkan bayi perempuan yang sangat cantik.” Permaisuri hanya memandang kosong ke arah bayi tersebut. Dia mahukan anak lelaki dan bukan perempuan. Sekiranya dia lahirkan anak lelaki, anak tersebut dapat menggantikan bapanya sebagai Raja namun impiannya tidak tercapai.

“Saya tak nak tengok budak ni ada depan mata saya. Dia bukan anak saya.” Kata permaisuri tersebut. Semua yang ada di dalam istana tersebut sangat terkejut apabila permaisuri mengarahkan mereka untuk membuang puteri tersebut keluar daripada istana.

“Dinda, kenapa ni? Kenapa dinda mahu membuang puteri sulung kita?” tanya raja dengan nada memujuk. Permaisuri hanya mendiamkan diri, dia seperti tidak dapat terima takdirnya yang dia melahirkan bayi perempuan.