BAB 6

Sampai sahaja di rumah, Janira terus memeluk Coral. Dia sangat risau apabila mendapati Coral tiada di rumah. “You make me worried, Coral.” Tegas Janira. Coral hanya menundukkan wajahnya. “Sorry mummy. I just want to help them.” Janira mengusap wajah Coral lembut. Coral mendakap Janira erat.

Malam itu, Coral dan Anakin keluar bersama sambil bergurau-senda. “Anakin, gelilah!” Coral membaling batu ke arah Anakin tetapi dengan mudahnya Anakin sambut batu-batu itu. Tiba-tiba Anakin diserang oleh seseorang, Coral menjerit apabila seseorang menariknya. “Anakin! Anakin!” jerit Coral memanggil Anakin yang sedang diserang bertubi-tubi oleh dua orang yang memakai pakaian bertutup, langsung tidak nampak wajah mereka. Kanak-kanak gergasi itu berjaya menewaskan dua orang lelaki dengan skil yang dipelajari oleh bapanya.

Coral dibawa ke istana raja yang mereka serang tadi. Dia mula berasa tidak sedap hati. Pada siapakah dia perlu meminta tolong? Dia telah diculik dan bagaimanalah keadaan Anakin? Coral meronta-ronta minta dilepaskan namun kudratnya sebagai kanak-kanak tidak mampu melawan dua orang berbadan sasa. Pedang kepunyaan Coral tidak dibawa bersamanya kalau tidak mungkin dia dapat terlepas daripada diculik.