BAB 12

“Anakin awak okey?” tanya Coral. “Mereka seksa saya tetapi saya berjaya lepaskan diri.” Coral memegang tangan Anakin yang agak menggigil. “Kita kena pergi jauh sekarang. Pengawal istana masih mengejar saya.” beritahu Coral. Anakin mengangguk faham.

“Anakin awak okey ke? Saya tengok awak lemah. Apa yang mereka seksa awak?” anakin mengeluh. “libas saya dengan tali panjang.” terbeliak mata Coral apabila Anakin berkata begitu.

Akhirnya mereka sampai ke perkampungan tempat tinggal mereka. “Mummy!” jerit Coral. Lantas Janira keluar lalu memeluk Coral sekuat hatinya. Ma’el adiknya turut memeluknya. “mana Coral pergi sayang?” tanya Janira dengan penuh kerisauan.

“Coral dan saya kena culik.” beritahu Anakin. Janira terkejut. Coral mengusap-usap kepala adiknya.
“Mummy mana Daddy? Kenapa kampung ni sunyi sepi?”tanya Coral dengan penuh kemusykilan.

“Peperangan dah bermula. Mereka tengah bertempur.” coral terkejut. Manusia. Sudah mulakan peperangan mereka.

“coral nak ikut daddy. Mummy, Anakin dan Ma’el duduk di dalam rumah.” Janira sepantas kilat menggelengkan kepalanya.

“Jangan Coral.” rayu Janira.

“Kalau Mummy sayang Coral, mummy lepaskan Coral.” ugut Coral. Dia terpaksa menggugut Janira kerana dia mahu membantu Chayton. Dia pasti Chayton takkan bertahan lama tanpa bantuannya.

Janira dengan terpaksa merelakan hatinya. Anakin buat kali pertamanya mengucup dahi Coral sehingga membuat Coral terpegun sejenak.

“Anakin?” Anakin tersenyum. “Hati-hati awak. Saya sayang awak.” Coral tersenyum malu.