BAB 3

Tiga tahun sudah berlalu, usia Coral sudah mencecah sembilan tahun. Adik lelakinya, Ma’el sudah berusia tiga tahun. Sepanjang tiga tahun itu, Coral diajar untuk berlawan dengan musuh. Tiga tahun itu juga puak Onyx merancang strategi untuk menentang musuhnya iaitu manusia. Puak Onyx membina sebuah perkampungan di dalam hutan, disitulah mereka bersembunyi selama ini.

“Tiga tahun kita sudah merancang strategi ini. Sekarang adalah masanya untuk kita merebut kuasa kuat itu. Mereka menyembunyikan kuasa tersebut di dalam satu bilik kebal di istana raja. Kita harus menyerang mereka peringkat demi peringkat.” Terang Locko, ketua segala puak. Semua orang kuatnya bersorak bersetuju untuk menyerang istana tersebut. Kemudian mereka diarahkan untuk mencipta beberapa senjata seperti tukul besi gergasi dan pedang diperbuat daripada batu campuran besi.

“Coral, awak nak ke mana?” Anakin memegang pergelangan tangan Coral lembut. Anakin adalah kanak-kanak gergasi yang sebaya dengan Coral. Mereka sudah menjadi kawan baik sejak tiga tahun dulu. Coral hanya tersenyum.

“Saya laparlah awak.” Anakin tersenyum senget lalu dia melompat ke atas pokok dan memetik buah anggur yang kelihatan segar itu. “Nah. Buah anggur segar untuk awak.” Coral tersenyum lalu mengambil buah anggur yang berada di atas tapak tangan Anakin.

“Kakak!” Coral terus menoleh apabila terdengar seseorang memanggilnya. “Ma’el, apa adik buat disini? Mana mummy dan daddy?” tanya Coral sambil memegang kedua-dua belah tangan Ma’el.

“Di rumah. Adik nak ikut kakak tadi kenapa tinggalkan adik?” tanya Ma’el sambil mencebik. Coral menggarukan kepalanya sambil tersengih.

“Sorry. Tadi kakak ingat adik tak mahu ikut.” Coral memujuk adik kesayangannya itu. “Macam mana nak ingat adik, kakak asyik dating dengan abang Anakin je?” Coral menjengilkan matanya. Anakin hanya tersengih.

“Hishh.. adik ni. Mana ada kakak dating lah. Dah jom balik.” Rajuk Coral sambil memimpin tangan adiknya untuk pulang ke rumah. Anakin mengekori langkah Coral.