BAB 9

Coral menangis kerana nasibnya yang dibuang oleh ibundanya sendiri. Setelah 9 tahun dia terbuang, akhirnya dia berjumpa dengan keluarga kandungnya tetapi ia amat menyakitkan hati. Coral dibuang oleh ibu kandungnya sendiri kerana dia seorang gadis dan bukan anak lelaki.

“Sayang..” permaisuri tersebut memandang sayu ke arah Coral. Coral tetap dengan pendiriannya untuk bersama dengan keluarga angkatnya.

“Tolong hantar saya balik ke pangkuan keluarga saya.” Coral menolak perlahan tangan permaisuri yang ingin memeluk tubuhnya. Wajah Coral mirip seperti permaisuri. Cantik dan menawan.

“Kami keluarga kandung sayang…” kata permaisuri. Dia cuba untuk memujuk Coral tinggal bersamanya. Dia mahu menebus kesalahannya 9 tahun yang lalu sejak dia lumpuh dan tidak boleh berjalan.
“Tolong, mereka yang membesarkan saya bersusah payah 9 tahun.” Coral menundukkan wajahnya. Dia sedikit mengundur ke belakang untuk keluar daripada istana.

“Jangan sayang. Jangan pergi Hasya.” Coral menjungkitkan keningnya apabila terdengar permaisuri tersebut memanggilanya dengan nama “Hasya”.

“Nama saya Coral dan bukan Hasya. Harap maklum.” Coral mula mengerutkan dahinya apabila dia mula rimas dengan situasinya sekarang.