BAB 2

Pagi itu, Coral dimasukkan ke dalam beg dan digalas oleh Janira. “Coral duduk diam dalam beg itu, ya. Kita akan ke satu alam lain.” Coral mengangguk lalu dia duduk diam di dalam beg besar itu. Janira dan Chayton bergerak ke satu tempat khas dimana semua puak mereka berkumpul untuk pergi ke alam manusia.

“I will go first, Janira.” Janira mengangguk kemudian Chayton masuk ke dalam cahaya lut sinar. Perlahan-lahan Janira mengekori langkah suaminya. Masuk sahaja ke dalam cahaya lut sinar, mereka terapung. Janira mengerang kesakitan. Perutnya memulas-mulas. Coral perlahan-lahan keluar dari dalam beg tersebut kemudian memeluk ibunya. “Mummy...” Tangan kiri Janira memeluk Coral dan sebelah tangan kanannya memegang perutnya. Dia mengerang kuat. Chayton cuba untuk mendapatkan Janira tetapi gagal kerana graviti itu sangat kuat.

Mereka keluar dari sebatang sungai. Janira terus keluar sambil merangkak. Coral terjatuh di atas rumput. “Ahhhhh!” jerit Janira. Chayton berlari mendapatkan Janira tetapi dihalang oleh ketuanya, Bardon. “Mummy...” Coral berlari ke arah Janira.

“Chayton, you bring child to this war?!” marah Bardon. Chayton hanya mendiamkan diri. Dia melihat Locko mendekati isterinya dan anak perempuannya. “Push a little bit, Janira.” Kata Locko. Matanya sudah dikuasai dengan cahaya merah. “Mummy..” Coral menangis melihat ibunya menjerit kesakitan. Akhirnya dia melahirkan seorang bayi lelaki tetapi... tiada tangisan kedengaran.

“My son..” gumam Chayton. Locko memegang bayi yang baru lahir itu, bayi itu hanya terkulai dan tiada denyutan jantung. Locko meniup cahaya merah yang keluar dari mulutnya masuk ke dalam tubuh bayi itu. kedengaran bayi itu nyaring menangis.

“Your son Janira.” Locko memberi bayi itu kepada Janira. Janira memeluk anak lelakinya dan Coral sekaligus. Takut dia pada Locko sekiranya mengapa-apakan anak-anaknya. Mereka terus bergerak masuk ke dalam alam manusia. Mata Coral meliar melihat suasana alam manusia. Dia memeluk ibunya erat. Dia berasa takut.