BAB 10

“Siapa yang jaga Hasya, ma-maksud saya Coral?” tanya permaisuri. “Awak tak perlu tahu. Tolong hormat saya untuk keluar daripada sini. Awak semua buang sayakan daripada lahir. Buat apa nak kutip saya lagi?”Coral mula angin apabila seorang pun tak hiraukan dia yang mahu keluar dari istana.

Permaisuri tersebut merayu kepada Coral agar jangan keluar dari istana. Dia mahu menebus kesalahannya kepada Coral. “Sayang mummy jangan tinggalkan mummy. Mummy merayu.” permaisuri tersebut merayu kepada Coral.

“Maafkan saya, saya nak pulang ke pangkuan keluarga yang telah membesarkan saya.” kata Coral lalu berlalu pergi. Dia melepasi 3 orang pengawal berbadan gergasi dengan mudah kerana dia menggunakan skil yang sudah dia pelajari.


“Hasya!!” jerit permaisuri tersebut. Raja terus mengejar Coral yang sudah berlari laju keluar daripada istana.