Bab 1

Dengan lafaz bismillah, Alya melangkah masuk ke dalam bangunan besar itu. Hari ini sememangnya hari yang ditunggu-tunggu.

Tambah lagi dengan gosip panas mengenai bos nya yang kacak. Alya jadi teruja. Butang lif ditekan.

"Lamanya.." hatinya merungut. Selang 5 saat, pintu lif terbuka. Alya masuk lalu nombor 4 ditekan. Krik krik.

"Siapa mamat sebelah aku ni. Kacaknya.." bisiknya perlahan. Lelaki itu sedikit pun tidak memandang ke bawah. Maklumlah diri ni pendek.

Tak minta pun dia pandang tapi sekurang-kurangnya tegurlah. Pintu lif terbuka.

Baru sahaja Alya nak melangkah keluar, lelaki itu menutup lif. Pantas Alya masuk semula.

"Eh, kenapa tutup balik?" soal Alya bernada marah. Lelaki itu menekan nombor 3. Alya bengang.

"At least, bagilah saya keluar tadi.." sambung Alya lagi. Alya dipandang tajam.

"Aku kan dah bagi kau keluar tadi.. yang kau slow sangat apahal.." jawab lelaki itu dengan serius.

"Ouh.. kau yang tiba-tiba tutup lif. Aku pulak yang salah.." marah Alya. Alya memang pantang dicabar.

Sekali lagi pintu lif dibuka. Lelaki itu melangkah keluar. Alya terus tekan butang tutup.

"Jangan ingat aku ni tak pandai.." sindir lelaki itu. Pintu lif tertutup. Alya ketap gigi. Serius sombong!

Hari pertama bekerja, dah berjumpa dengan mamat sombong. Janganlah nanti si CEO pula yang angkat muka. Tak fasal-fasal jadi drama akasia.

"Kau lagi untung dapat pangkat PA tau.." terngiang-ngiang ayat Wawa semalam. Untung apanya!

Bup! Alya hampir terjatuh. Dahinya digosok perlahan.

"Eh, kau ni tak nampak ke haa! Buta?!" tengking lelaki itu. Satu pejabat boleh dengar kot.

Alya pandang sekeliling sebelum memandang ke arah lelaki itu. Dia terdiam. Mamat ni lagi.

"Ma.. maaf.. tak sengaja." kalau diikutkan kata hati, mahu ja ditampar kepala mamat ni. Tapi itulah, umum sangat.

"Ikut aku.." kata lelaki itu. Lama baru Alya ikut mamat sombong tu.

**

"Betulke dia boss aku??" sungguh tak puas hati. Nasiblah duduk dalam tandas.

"Jadi kau lah PA aku.." tutur lelaki itu sambil melempar senyum sinis. Alya hanya berdiri sambil tangannya digenggam kuat.

"Kalau dah sesaat aku naik meluat pandang muka dia.. inikan pula hari-hari" bebelnya lagi.

"Eh, ni Alya Nadyra kan.." tegur seorang perempuan yang baru datang di sebelahnya.

"Aa.. awak.." perempuan itu menghulur tangannya.

"Erni." Alya menyambut hulurannya. Tapi entah kenapa rasa macam bukan bersalam je. Ketat semacam.

"Nice to meet you.." kata Erni sebelum keluar dari tandas dengan berlagaknya.

"Orang dekat sini memang macam ni ke?" soal Alya kepada dirinya.