BAB 1

Sungguh aku tak mampu hapuskan dia dari fikiranku. Ah, masih nama tu juga yang meniti di bibirku. Bayang wajahnya yang redup sangat memukau hati.

Kini, mataku menerima penangannya. Seminggu tidak mampu lelap. Ilmu apa yang dia pakai ni? Mungkin Minyak Senyonyong Seri Kayangan.

Isk! Gadis berpurdah hitam itu benar-benar membuat diri aku tak keruan. Jelingan anak mata birunya masih meminar di retinaku. Kenapa pertemuan kita bermula sebegitu?

Teringat waktu itu, aku tergesa-gesa ke kaunter untuk pulangkan buku. Tiba-tiba kelibat seseorang memotong baris. Geram betul aku dibuatnya. “Nak kata tak pandai baca, tapi belajar kat U. Minah ni memang nak kena sound. Nasiblah, Arab ke Pakistan ke , ada aku kisah? “. Imaginasiku menerbang tinggi betapa diri aku melompat setinggi siling kemudian kulempar dirinya bagai melempar frisby hingga melayang ke cakerawala.

Grrr…

“Hello, u cross my line!” aku pantas memintas semula. Wajah kubengiskan. Memek muka aku ubah-ubah seperti kucing mahu menerkam tikus.Eh, tak cukup ganas. Seperti harimau mahu menerkam kambing. Roar Dia beranjak kebelakang seakan terperanjat. Buku-buku dirapatkan ke dadanya. Dapat aku perhatikan setiap judul buku yang dipegangnya. "Ah, pelajar Usuluddin rupanya. Bukan ke sepatutnya dia bersifat berakhlak dan bersantun?"

“Next!” laung suara dari kaunter. Aku terus memaling badan menuju kaunter tersebut. Perasaan perempuan berpurdah tu langsung aku tak peduli. Bukan masalah aku. Saat aku beredar, dia masih lagi kaku berdiri di lane. "Ah sudah, menangis ke dia? Masak aku gini. Ah, biarlah. Bukan masalah aku."