BAB 1

Apa yang kau suka pada kekasih hati kau? Kalau aku ada satau perkara yang aku suka padanya buatkan aku jatuh hati padanya. Iaitu tahi lalat di pipinya. Tahi lalat itu buat dia menjadi semakin cantik dan manis apalagi saat dia tersenyum. Mujur saja saiznya sederhana cuba bayangkan saiz tahi lalat tu macam bola tenis? Tak ke haru biru jadinya.

Bermula dari suatu senja dimana aku dan dia duduk inum di sebuah gerai ketika hujan gerimis datang seperti menawarkan suasana romantis, setelah aku mengharungi selama empat bulan tempoh untuk keluar berkencan dengan gadis yang baru sahaja tamat SPM.

“Mila nak cakap sesuatu.”

“Ada apa Mila?”

“Kita kan sudah keluar berkencan. Apa Aan punya niat jalinkan hubungan ke fasa yang lebih serius dengan Mila?

“Mila nak menguji Aan ke.”

“Sudah tak payah nak berbasa basi, Mila tak suka nak berputar belit, cakap jelah terus terang!”

“Iya, Aan suka sama Mila.”

“Hah, begitu kan senang,”

“Jadi bagaimana?”

“Mila juga suka pada Aan,”

“Kita couple okay? Eh Aan sedaplah kuih cakoi ni!” ujar Mila teruja merasa nikmat cakoi goreng selepas baru sahaja meminangku jadi kekasihnya.

“Ranggup dan garing kan?” ujarku, ya begitulah enak dan garingnya cintaku padanya, begitulah luahan cinta kali pertama kami yang agak jauh menyimpang dari noma romantik jika dibandingkan dengan kisah Jack dan Rose dalam Titanic. Tapi sejak saat itu, kami secara rasminya menaiktaraf hubungan kami menjadi pasangan kekasih disaksikan oleh abang penjual kuih cakoi yang garing dan empuk itu sebelum cakoi itu masuk ke dalam sistem pencernaan aku dan kemuddiannya berakhir menjadi najis.

Bulan pertama bercinta ku rasa bagai sedang berpijak di atas syurga dunia.Tiga bulan berikutnya dunia masih milik berdua. Menginjak satu tahun aku harus lebih banyakkan bersabar dan istighgfar.

Menginjak tahun pertama bercinta, di sinilah aku mula menyedari bahawa bercinta dengan Mila lebih banyak keburukannya berbanding kebaikan yang dapat ku perolehi.

Aku mulai tahu sifat-sifat asli si gadis ini yang membuat aku merasa bahwa apa yang dikatakan oleh seorang ahli pujangga itu benar bahawa derita cinta itu takkan berkesudahan.