BAB 1

09:45 AM -Hollywood

Di dalam sebuah kereta mewah, terdapat seorang pelakon terkenal iaitu Jenn Laurence yang sedang dalam perjalanan ke tempat penggambaran.

Tiba-tiba, keretanya dihentikan oleh sebuah kereta aneh dan seorang lelaki cuba mengambil gambarnya.

Walaubagaimanapun, Jenn tidak diambil gambarnya sahaja, tetapi dia sendiri juga telah diculik dalam keadaan badan yang tidak bergerak.

09:06 Sekolah Menengah Beverly Hills

Alex, Sam dan Clover tiba di lobi sekolah mereka.

Lobi itu dipenuhi dengan ramai pelajar yang lain dan secara mengejut, Mandy berada di depan mereka dan menyapa mereka dengan sinis.

Mandy memeriksa buku tahunan sekolah mereka untuk memastikan dialah pelajar paling terkenal di sekolah tetapi malangnya orang itu bukanlah Mandy dan juga Clover.

Pelajar bertuah itu ialah Sam, pelajar yang rajin dan baik.

Mandy sangat marah dengan kenyataan ittu dan Sam pula sangat gembira dengan perkara itu.

Tiba-tiba mereka di kerumuni oleh pelajar-pelajar yang lain yang menyebabkan Mandy lagi marah.

Keterujaan para pelajar yang lain menyebabkan Alex, Sam dan Clover segera lari dari tempat itu dan menyembunyikan diri di sebuah stor.

Clover: Nasiblah semuanya sudah berhentiā€¦ Tapi Sam, kamu sepatutnya gembira dengan semua ini bukannya melarikan diri! Ayuh kita keluar dan berjumpa dengan peminat kamu lagi !!!