BAB 1

Amina atau nama penuhnya Nur Amina Binti Hamzah. Dia seorang gadis yang sangat cantik dan memiliki sepasang anak mata berwarna keperang-perangan. Di sekolah dahulu dia dikejar oleh beberapa pelajar lelaki kerana kecantikkan dirinya namun Amina tidak membalas. Ramai orang mengata bahawa dia seorang yang jual mahal. Namun tidak, Amina sebenarnya masih belum bersedia dan mahu memberikan fokus yang sepenuhnya kepada pelajaran. Ditambah pula dia akan menduduki peperiksaan SPM tak lama lagi.

Bapa Amina sudah lama meninggal dunia tujuh tahun yang lalu akibat penyakit kencing manis. Ibunya pula sekarang ditahan di wad akibat penyakit darah tinggi dan kegagalan fungsi buah pinggang. Ibunya memerlukan penderma buah pinggang nakun masih belum menjumpai pendermanya lagi. Amina tinggal bersama-sama dengan abangnya iaitu Danial. Danial menjadi tulang belakang keluarga sejak Encik Hamzah meninggal dunia. Dia mempunyai tanggungjawab untuk menjaga dan melindungi ibu dan adiknya.

Hidup miskin Amina tak menghalangnya untuk berjaya. Amina terus berusaha untuk mencapai kejayaan. Dia melemparkan semua kata-kata manusia yang tidak berlapik itu ketepi. Tiada yang membuatkannya menjadi goyah. Dia kuat demi ibu dan abangnya.

Dan Alhamdullilah, Amina mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan sekarang dia hanya menunggu surat tawaran daripada universiti. Sementara menunggu, dia menolong abangnya bekerja sebagai penoreh getah dan kerja di ladang kepala sawit.

Suatu malam, Amina ke kedai keseorangan untuk membelikan ubat buat ibunya. Kaki Amina melangkah dengan laju sehingga kedai. Selesai membeli, dia pulang ke rumah. Hatinya mula tidak sedap apabila dia terasa ada seseorang mengikutinya dari tadi. Namun dia abaikan perasaan negatif itu sebaliknya dia membaca ayat Kursi. Terasa dirinya jauh untuk pulang ke rumah. Suasana gelap di sekitar ladang kelapa sawit tersebut, jalan pun agak sempit. Amina mempercepatkan langkahnya lagi.

Dan tiba-tiba seseorang menariknya dan terus mengheretnya di belakang pokok kelapa sawit yang tinggi dan besar. Tanpa belas kasihan, Amina diperkosa oleh seorang lelaki yang tidak kenalinya. Puas dijeritnya namun tiada siapa yang mendengar. Dia tiada lagi kekuatan untuk menjerit meminta pertolongan. Lelaki itu kemudiannya membawa Amina pulang ke rumah. Selesai menghantar Amina, lelaki misteri itu terus menghilangkan diri.

Amina menangis teresak-esak. Dia sudah dirosakkan oleh lelaki itu. Amina menggagahkan diri dan keadaannya menjadi lagi lemah tatkala Danial memberitahunya ibu sudah kembali ke Rahmatullah.

Beberapa minggu kemudian, Amina dikhabarkan hamil. Danial pula masih lagi mencari lelaki yang tak bertanggungjawab membuat pekara keji terhadap adiknya. Hari demi hari Amina menempuhi dugaan daripada Ilahi. Sehinggalah dia melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Aaliya Medina Binti Abdullah.