Bahagian 1 - Bab 2

♦

Bahagian I

Buku Larangan Boneka



Bab II

Si Ayah Yang Pelupa



22 Mac 5321. Jam 1447. Lebuhraya 46.

Cornelius hanya membisukan diri sambil memandu kenderaannya dalam perjalanan pulang ke rumah dari hospital. Mindanya kosong. Dirinya tidak tahu apa yang harus dilakukan sekarang. Fikirannya hanya memberikan tumpuan pada kesihatan anaknya. Masa yang ada pun belum tentu lagi dia dapat memperuntukan untuk anaknya. Dirinya sibuk dengan kerjayanya.

Oh ya…laporan…aku tidak selesaikan lagi laporan…esok laporan hendak dibentangkan…

“Ayah…”

Suara Annelisse mematikan lamuannya.

“Ya…”

Sepatah saja perkataan mampu dikeluarkan olehnya. Berita kesihatan Annelisse masih lagi mengcengkam dirinya. Matanya melirik kearah anaknya. Annelisse mengukirkan senyuman. Wajahnya benar-benar mewarisi wajah mendiang isterinya. Kesemua anak-anaknya begitu.

“Ayah lupa lagikan?”

“Ayah lupakan apa?”

Amelia pula ketawa kecil dibelakang. Cornelius mula berasa pelik. Keningnya diangkat. “Apa yang dilupakan?”

“Ayah selalu begini. Setiap kali ayah resah ayah mesti lupa perkara apa yang hendak dibuat.” Ujar Annelisse sambil tersenyum kambing. Kemudian Amelia pula bersuara. “Ayah bukankah hendak menjemput Camus pulang dari kelas tambahan?”

“CAMUS!” Cornelius berhentikan kenderaannya secara mendadak. Perbuatannya menyebabkan Annelisse dan Amelia hampir tercampak ke depan. Mujurlah kedua-dua beranak tersebut memakai tali pinggang keselamatan. Malang buat Cornelius…kepalanya tersembam pada alat kawalan pemandu. Akibat itu hidungnya merah.

Cornelius diam seketika. Perlahan-lahan rona merah mula muncul dipipinya. Saat itu jugalah hilai-tawa anak-anak gadisnya kedengaran. Sekurang-kurangnya mereka tidak bersedih lagi. Bibirnya mula mengukirkan senyuman. “Simpan rahsia ini daripada Camus boleh?” Ujarnya sambil tersenyum kambing. Dalam pada itu dia mengusap hidungnya yang merah.