BAB 2

FIRDAUS menapak ke arah Fendy ketika berada di ruang tamu untuk memakai stokin sebelum
pergi ke tempat kerja.
seperti ada sesuatu ingin di sampaikan. dia duduk disebelah Fendy. dia memandang adiknya dengan sengihan ada makna. dok sengih macam kerang busuk mesti ada sebab tu.
Fendy mula mengecilkan mata memandang gelagat si abang yang buat muka ala-ala manja tak jadi.
apalah yang dia nak katakan sampai kena buat muka manja ni?
mesti nak minta tolong sesuatu ni kalau dia dah buat muka sengih-sengih gedik ni.

"kau nak apa?"
Soal Fendy tanpa berlengah. dia tahu sangat kalau gaya si Firdaus nak minta tolong sesuatu.
bila dengar ayat pertanyaan si Fendy, dia dah ketawa besar. dia menepuk bahu Fendy bila fendy dapat tangkap apa yang dia mahu katakan.

"Wah, kau pandai baca hati akukan?"
ujar dia diiringi ketawa halus.
Eleh, suka pula dia.

"Hurm, kali ini kau nak suruh aku tolong apa pula ni?"
Fendy menjungkit kening berkali-kali.

"kejap lagi, lepas engkau balik kerja tolong bawa Meena pergi ke butik boleh tak?"
tercengang dia bila Firdaus kata begitu.

pergi butik?
dengan meena??
berdua?!
Argh.... taknak...

"Haaa bawa meena pergi butik? Fuh, bro tak boleh."
Dia menggeleng laju.
saja nak menguji hati dan perasaan dia ke macam mana ni?!

"kenapa pula? Alorh please, aku ada emergency meeting. aku kena gerak pergi ke terengganu pagi ini juga. Malam ni sepatutnya aku perlu temankan Meena untuk tengok baju pengantin dia. tapi aku tak boleh."
Firdaus separa merayu. Serbasalah pula kalau tak tolong. tapi kalau tolong, hati pula yang sakit.
Fendy dah mencebik bibir.
Alahai, dalam banyak-banyak perkara yang ada dalam dunia ini, kenapa perkara yang perlu melibatkan Meena juga dia perlu bersangkut paut.

"hei, engkau ni suka tau main past je dekat aku. Hurm, jangan nanti kahwin pon aku juga kena gantikan engkau sudahlah. Hahahaha..."
Seloroh Fendy bersahaja. dia saja seloroh begitu untuk bahagiakan hati sendiri.

"hei, kalau kahwin tu memang tak bolehlah. tapi kalau aku dah jadi mayat baru kau boleh gantikan.Hahahaha."
Tersentap. Fendy terus terdiam di sebelah abangnya.
fendy tahu Firdaus bergurau tentang hal tapi. akan tetapi, hal yang melibatkan kematian agak sensitif untuk dibuat gurau.

"Wuish, mulut engkau macam longkang. kata-kata tu satu doa tau?"
Serius Fendy berkata.
Fendy mula mencebik. si Firdaus hanya menyengih tanpa berkata apa-apa lagi.

"hehehehe, Haaaa boleh tak tolong?" Fendy mengangguk pasrah. kalau bukan dia siapa lagi yang nak tolongkan?

"okey cun. kau ambil dia dekat rumah ya? kereta dia rosak ada dekat bengkel."

"Alahai, kena ambil dia juga?" Fendy dah berkerut.
ingatkan naik kereta asing-asing tadi. rupanya kena naik sekali.

tabahkanlah hatimu wahai Fendy.



*****

USAI menunaikan solat Maghrib di masjid, Fendy terus meluncur laju untuk ke rumah Meena Zalikha untuk menjemput. Dia tak menyempat nak balik rumah tukar baju. Dia hanya pakai baju kerja je. badanpun terasa berlengas sekarang ini.tapi dah janji pukul lapankan? jalan jem teruk tadi, jadi tak sempat nak balik rumah tukar baju.

Di dalam kereta dia hanya memikirkan cara untuk bertemu gadis itu. perasaan gemuruh seperti biasa menjelma di dalam hati. Dia menyentuh hatinya yang kian kencang ketika hampir sampai di kawasan perumahan Meena Zalikha.

Setelah memandu dalam masa 10 minit, dia sudah tiba di kawasan perumahan Meena Zalikha. dia melangkah keluar dari perut kereta untuk membuka pintu kereta sebelah pemandu.
Meena Zalikha yang baru saja mengunci pintu pagar rumahnya tercengang dengan tindakan Fendy.
Gentle man!
bisik hati Meena terkesima.
dia hanya buat muka hairan bila si Fendy baik hati bukakan pintu kereta untuk dia.
Firdaus pun tak pernah buat macam itu. dia rasa janggal pula waktu ini.

"terima kasih."
Meena mengukir senyum. Fendy pula rasa akward bila kelembutan suara Meena menusuk ke telinga.

DI dalam kereta,Fendy hanya diam fokus dalam pemanduan. dia tak tahu nak berbual apa. dia tak ada idea langsung nak bercakap.

"awak? firdaus tak pernah tau tolong bukakan pintu kereta saya. awak pula yang bukakan. jadi malu saya."
Ungkap Meena perlahan memulakan perbualan. matanya merenung memandang Fendy ketika berbicara walaupun dia tahu si Fendy sedang memandu. dalam diam Fendy sedar, yang gadis itu merenung wajah dia dari tadi.

Haih, sebab itulah dia tak suka berdua. dia lelaki mesti ada satu perasaan aneh kalau duduk berdua-duaan. tambahan pula duduk dengan orang yang di sayang.

"benda kecil je tu, untuk awak semua boleh." Balas Fendy jujur. dia memandang sekilas wajah Meena dengan riak wajah sangat bahagia.
Gadis itu terus bertaut kening. dia tersentak dengan bicara kata bakal adik iparnya.
lain macam cara dia berbicara. romantik sangat nada suaranya.

"ceh, boleh jadi adik ipar mithali lepas ini."
Meena saja berbicara begitu untuk tenangkan hati sendiri.

"kalau awak nak suruh saya jadi suami mithali untuk awakpun boleh. tapi tak mungkinlah kan?". masih lagi ayat fendy menduga hati dan perasaan Meena Zalikha. gadis itu jadi terkebil sendiri bila Fendy ungkap begitu.
Haih, jadi tak selesa dia dibuatnya.

'Kenapa dia buat ayat pelik-pelik ni? hesy, lain macam Mr Hello pinky ni.'
Meena menebak sendiri di dalam hati.

"hurm, awak baru balik kerja ya?"
Meena terus menukar topik. tak mahu lah dia teruskan topi itu.

"taklah baru balik kelab malam."
seloroh Fendy nada gurau. Meena dah mencemik bibir.

"hesy, diani bergurau pula." Meena menggeleng dan tersenyum.

"hihihi saja nak ceriakan suasana. sebab saya nak tengok awak tersenyum."
Meena rasa nak hentak kepala dekat cermin kereta bila dengar setiap kata-kata Fendy seperti ada maksudnya yang tersendiri.

"hurm, awak? nak tanya sikit boleh?" saja Meena cari banyak topik untuk dibualkan. bila dia dah tak ada idea nak berbual tentang satu topik atleast dia boleh berubah ke topik yang lain.

"banyakpun boleh."
Sengih fendy lagi. sengih dia sampai ke telinga.

"memang setiap kali awak tukar kereta, memang perlu ada design Hello kitty ya?"
Dah lama sebenarnya Dia ingin bertanyakan hal ini. cuma baru malam ini dia ada peluang untuk bertanya.

"haruslah. nampak comel je." Dia buat gaya peace yang kononnya comel itu. Meena tersenyum sengih bila si Fendy beri jawapan macam itu.
dia ni memang obses pink. tak sudah dia punya gila pink tu.



*****

MASUK saja ke dalam butik pengantin, Fendy tersenyum sendiri. dia terbayangkan dia yang berkahwin dengan Meena Zalikha. Mata dan tangannya meliar memandang setiap baju yang ada di situ.
mindanya sarat dengan banyangan perkahwinan antara dia dan Meena.
Hurm, tapi bayangan dalam mimpi jelah semua tu.
Dia duduk di atas bangku ketika menunggu Meena melihat baju pengantinnya.
Cantik sangat baju gaun berwarna putih suci itu.
ketika Meena menunggu Pekerja tersebut menuju ke belakang untuk mengambil
lebihan kain baju, Meena Zalikha terpandang riak wajah Fendy yang senyum memandang setiap baju pengantin di situ. Si jejaka mengelamun sendirian tanpa sedari yang dia sedang di perhati.

"Boss saya dah balik awal. dia pesan dekat saya, suruh akak dan bakal suami cuba pakai pakaian ni. boleh?" Mendengar ayat pekerja wanita itu, tiba-tiba fendy panjang akal untuk mencuba baju abangnya.

"Haaa tapi...."
Meena menggerutu. bakal suaminya tak ada di sini.

"cuba baju? Hurm, pengantin lelaki dah siap ya?" Fendy perasaan bila Meena dah buat isyarat pelik depan dia. tapi saja dia abaikan buat-buat tak tahu. dia tak kira dia nak cuba juga.
Sekali-sekala feeling pengantin apa salahnya.

"dah. Abang nak cuba ke?"

"Haaaaa tapi...."
banyak pula tapi Meena. Si Fendy pula hanya mengukir senyum dari tadi.

"awak tunggu sini saya nak cuba dekat dalam."
Glurp...
Meena rasa terus bangun dari bangku dan mencapai baju pengantin yang baru di keluarkan dari dalam plastik.
Meena Zalikha terus kalih memandang dia buat muka pelik. Fendy hanya tayang wajah tak ada malam ini malam yang paling hairan untuk dia. Pelik sungguh perangai Fendy. tapi kenapa? dia macam nak tunjukkan dia tu pula bakal suami aku.