BAB 5

ARWAH Firdaus selamat di kebumikan. hujan renyai pagi ini seolah-olah memahami emosi diri mereka yang menangisi Pemergiannya.
fendy masih berdiri tegak menanti Meena Zalikha yang masih duduk menatap kubur arwah di temani.
simpati dia melihat gadis itu. Lagi dua minggu majlis akan berlangsung, tapi Firdaus sudah pergi menghadap ilahi.
Muni sahabat baik Meena sedia menanti si kawan yang masih teresak-resak menangisi.

Tubuh Meena masih terkaku sejak semalam. masih hiba hati dia ketika ini. Terbayangkan wajah jenazah yang di lihat ketika berada di Hospital. Dia tak sangka arwah Firdaus meninggal dalam keadaan yang menyayat hati.

"Abang, kenapa abang tinggalkan Meena. lagi dua minggu je kita nak kahwin. abang tahukan meena sayangkan abang?"
tangis Meena Zalikha waktu ini.
remuk jiwa hancur hatinya bila insan yang dia sayangi pergi. Tak sempat mereka bina mahligai bersama. terkilannya dia.
wajahnya dah sembab kerana menangis tidak berhenti sejak semalam.

Semua orang akan diuji tuhan, semua orang akan merasai kehilangan. Kesakitan kehilangan orang tersayang amat terbeban.
Yang selalu disisi, dihati dan menemani jiwa hari hari bila dah pergi, yang berada di sini yang seolah-olah mati hati.

"abang tinggalkan meena seorang diri sekarang ini. baju kahwin , barang hantaran semuanya dah siap."
menangis dia lagi. Fendy dan Muni yang berada di sebelah turut sebak. pilu hati mereka bia lihat meena begitu.

"Meena, jangan menangis. tak baik meratapi dekat kubur."
Pujuk muni lembut sambil tubuh rakan baiknya di rangkul erat.

"betul tu Meena. Allah lebih sayangkan daus. ada tempat yang lebih baik untuk dia dekat sana."
Tenang Fendy menasihati.walaupun dia bersedih dia tetap cuba untuk kuat. dia tak mahu terlalu dibuai dengan perasaan sedih.

"awak takkan faham perasaan saya. Dia dah nak kahwin dengan saya tau. Dia bakal suami saya."
menangis dia lagi. Air mata Meena berjuraian masih tidak berhenti dari mengalir.

"Siapa kata saya tak faham perasaan awak? lebih dari faham. Dia satu-satunya abang saya. dari kecik dialah tempat saya berdamping."
sayup kedengaran suara Fendy waktu ini. Dia adik arwah dia lebih banyak kenangan bersama.

"dahlah tu meena, arwahpun tak suka kalau kau menangis macam ini."
tempelak Muni. dia tak suka bila lihat kawannya terlalu sedih begini.

"aku nak firdaus. aku nak kahwin dengan dia."
Meena teriak. dia dah tak tentu arah ketika ini.

"meena, janganlah macam ini. Dia dah tak ada."
tangan muni sudah menarik tangan Meena dari menagis dan terbaring di kubur.

"awak boleh tenangkan abang awak dah tak ada. awak tak sayang dia ke?"
Dia kalih memandang Fendy yang hanya berdiri dan terdiam. dia lihat lelaki itu seolah-olah tidak sedih dengan pemergian abang sendiri.

"kullu nafsin zaaiqatul maut..setiap jiwa akan merasai mati..
Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imraan, ayat 185 yang bermaksud Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia sudah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”
Meena Zalikha terus terdiam bila mendengar kata-kata Fendy begitu.
Deep...

"Saya redha dia pergi sebab saya dah berpegang dengan Firman Allah tu."
Meena Zalikha menguis tanah yang masih merah.

"saya sedih bila dia tinggalkan saya. persiapan semua dah siap. kad kahwin pun dah edarkan. apa yang saya nak buat."
luah meena lagi. dia masih lagi terkilan.

"sekarang ini awak jangan fikir banyak. awak berehat dulu ya? dah jom kita balik."
Fendy memanggil Meena untuk pulang. dia sudah tidak sanggup melihat gadis itu terus menangis dan menangis saja.




*****

SELEPAS solat asar, Fendy merebahkan badan atas katil sambil memejamkan mata. Banyak perkara yang sedang berlegar di mindanya waktu ini. muncul satu persatu timbunan masalah dalam mindanya. Lirih dan sendu perasaannya,masih tersisa. Dia masih rindukan Abangnya.

Tok.... Tokk...

perlahan-lahan Fendy membuka matanya apabila terdengar ketukan pintu kamar tidurnya.
Mummy manisa muncul disebalik pintu untuk melihat wajah anak bujangnya.

"boleh Mummy masuk?"
Ucap Mummy manisa perlahan. mata mummy manisa masih lagi membengkak. mungkin kesan kerana menangis.

"masuklah Mummy."
Fendy terus duduk di birai katil lantas memeluk lutut.

"Abang dah tak ada."
tiba-tiba mummy menangis sendu di depan Fendy.
Allahu, sayupnya hati tika waktu ini.Kesedihan mummy amat dirasai detik ini.
Fendy terus mendakap erat tubuh kecil mummy.

"Abang anak yang baik. abang Daus abang Fendy yang terbaik. dia anak yang tak pernah melawan cakap mummy. semua perkara yang mummy suruh abang buat. In Shaa Allah, dia terjaga dekat sana."
Tenang Fendy bersuara dalam tangisan. sekuat dan setabah manapun dia, tetap dia akan menangis jika kehilangan satu-satunya adik beradik yang dia ada.
mereka dua beradik dah tak ada yang lain.

"Mummy kesian tengok Meena. Dia dah tak ada siapa lagi dalam dunia ni. Muni dah nak pindah ke Sarawak untuk bekerja di sana, Ummi walid dia pula masih lagi di Mesir. Kalau datang sinipun mesti dapat datang sekejap je untuk jenguk Meena. Dia tu tak berapa nak sihat sangat. Mummy risau kalau dia duduk seorang diri." Terang mummy manisa panjang lebar. Dia hanya buat muka hambar bila Mummy beri cadangan begitu. Walaupun mummy beri sejuta jawapan yang kukuh untuk buatkan Fendy faham mengapa mummy nya buat begitu, dia tetap sukar memberi jawapannya.

"Mummy? jangan fikir lagi hal tu. jangan beratkan fikiran Mummy lagi ya?"
pesan fendy tidak mahu mummy terbeban. dia masih belum bersedia untuk fikirkan hal ini.

"Fendy tolong gantikan tempat arwah firdaus untuk jaga Meena?"
Mummy manisa mengongoi di hadapan Fendy. dia buat wajah sedih dalam rayuan depan Fendy.
bila Mummy dah buat wajah begitu, Fendy jadi menggerutu sendiri.
layak ke dia gantikan tempat abangnya?
layak ke?

"apa mummy cakap ni? mana boleh tukar ganti macam itu je. Hati Meena milik firdaus bukannya Fendy."
Sebal suara Fendy.
dia yakin gadis itu takkan mampu beri hatinya untuk dia.

"tapi hati Fendy untuk diakan sayang? Mummy tahu yang Fendy mampu bahagiakan Meena macam arwah abang bahagiakan dia."

"mummy?"

"please, dengar cakap Mummy."
Masih lagi mummy mahu anaknya mendengar dan turuti kemahuannya.

"Fendy yakin Meena takkan setuju dengan cadangan Mummy. terlalu berat untuk dia kalau dia terima Fendy dalam hidup dia."
Fendy menggeleng berkali-kali cuba meyakinkan mummy. tapi riak wajah mummy tetap mahu dia menuruti kemahuannya.
kotak fikirannya terus terasa berat waktu ini.

Ya Allah bantu hambamu untuk buat keputusan yang terbaik.



*****

AIR mata pilu mengiringi Meena Zalikha. dia merenung rindu wajah arwah tunangnya. dia merenung dengan penuh kerinduan. dia rindukan Firdaus. lelaki yang banyak beri dia kata semangat saat dia rebah. seorang lelaki yang banyak luangkan masa dengannya dari awal perkenalan hinggalah pagi semalam.
Ya Allah, kuatkan diri ini.

dia berjalan menuju ke ruang tamu. Barang hantaran yang telahpun siap di hias di pandang dengan kesedihan dan kehibaan. Dia menyentuh setiap barang hantaran yang dia beli bersama Arwah. dia teringat kenangan mereka berdua.

'Abang pilihkanlah Al-quran ni. Sayang pening nak pilih design yang mana. cantik sangat.' Meena tersenyum dalam tangisan saat terkenangkan arwah. rindu itu amat perit untuk ditelan.

'abang pilihkan warna gold okey?'
suara penuh ketenangan melayannya masih kedengaran.
seorang lelaki yang penyabar dan seorang lelaki yang sangat memahami.

'Hurm, tapi Al-quran silver ni cantik juga.'

'aik sayang? tadi suruh abang yang pilihkan.'

'okey abang pilihkan.' dia masih teringat sengihan yang diukirkan buat firdaus.

'sayang? tak kisahlah warna apapun Al-quran ini. yang penting sayang selalu jadikan Al-quran ni sebagai teman sayang. setiap kali solat sayang baca Al-quran ni. faham?' Kata nasihat dan pesan arwah Firdaus akan sentiasa diingati.
sepanjang perkenalan mereka, terlalu banyak kata nasihat yang diberikan oleh arwah. segala nasihat itu akan sentiasa dipahatkan dalam hati.
semoga Allah jaga awak.