BAB 4

FIRDAUS menuruni anak tangga sambil pegang helmet berwarna hitam di tangan. Fendy yang sibuk menonton televisyen terus memandang abangnya sekilas.
pelik pula bila Firdaus keluar malam naik motorsikal. selama ini dia naik kereta je kalau keluar.

"Eh, bro? malam-malam keluar naik motor? mimpi apa ni?"
Musykil Fendy. abang dia jarang sangat keluar naik motor. katanya bila naik motor tak selamat. Tapi hari ini tiba-tiba konfiden selamat pula.

"Abang nak keluar jap jumpa kawan. Abang nak ngerteh. Kau ada nak order apa-apa tak? aku tahu kau tak makan nasi malam-malam. Kalau nak order keropok lekor ke aku boleh order kan."
Fendy berfikir sejenak sebelum memberi keputusan. nak makan ke tak nak? nak makan ke taknak?

"Haaaa, tak payahlah kut. aku tak lapar."
jawab fendy memberi kata putus. Firdaus mula mencekak pinggang.
manusia paling liat nak makan si Fendy. sejak dua menjak ini dia sibuk menyendiri sibuk juga dengan kerja sampai makan minumnya terabai.

"kau ni,aku rasa engkau tak makan dari tadi tau? engkau kenapa ni? lately kurang makan. aku taknak adik aku sakit tau?"
Firdaus mula mengomel. dia pula yang jadi risau bila Fendy tidak menjamah nasi hari ini.

"alah, aku rasa tak ada seleralah."
Fendy mencemik bibir. kalau nak ikut anak tekak dia yang susah nak makan tu, memang cerita dia tak makan nasi 3 4 haripun dia okey je.

"dah aku nak keluar ni. salam cepat."
Bila Firdaus hulurkan tangan untuk bersalam, Fendy jadi tersentak. lama dia pandang wajah Firdaus malam ini.
Abangnya senyum melebar malam ini.

"kau kenapa ni bang? tak pernah tau kau salam aku bila keluar rumah?"
Dia tetap menghulurkan tangannya walaupun hatinya jadi tak sedap lihat situasi begini.
Mummy dan Daddy yang sibuk berbual di meja dapurpun tersentak bila Terdengar suara hairan Fendy dari arah ruang tamu.
Firdaus hanya diam tanpa suara

"jaga Meena untuk aku."
sebelum pergi dia menepuk perlahan bahu adiknya.

"apa maksud kau ni bro?"

"kalau dah sayang jangan lepaskan. Assalamualaikum."
terus fendy berkerut dahi.
puzzle.
apa yang di maksudkan oleh abangnya? kenapa dia suruh Aku jaga Meena?
ada sesuatu rasa sedih bersarang di hati bila Firdaus buat begitu.
tak tenang hati fendy dibuatnya.



*****

JAM dah menuju pukul 10.30 malam. Fendy terus memandang ke arah jam dinding berwarna merah jambu. abang dia tak pernah pula balik rumah lambat macam ini.
jantung dia rasa lain macam ketika ini. tak sedap hati memikirkan ayat abangnya sebelum keluar rumah tadi.

dring... dring....

telefon bimbit Fendy berbunyi. ada nama Firdaus di skrin. dia terus menghela nafas lega dapat panggilan dari si abang.

"bro, kat mana ni?"

"Assalamualaikum, ini Encik Fendy ke?"
dia dah hairan dengar suara seorang wanita di dalam talian. dia terus memandang mummy dan daddy yang duduk di atas sofa menonton televisyen.

"iya saya. ini siapa? ini nombor abang saya ni."
soal Fendy resah gelisah. Mummy dan daddy turut gelisah bila orang lain yang membuat panggilan menggunakan telefon bimbit anak mereka.

"Saya harap encik bersabar ya? saya nak beritahu abang Encik kemalangan di jalan Kuching." tersentak. rasa macam nak rebah Fendy ketika ini. kalau kemalangan tak teruk tak adalah orang lain yang hubungi.
Ya Allah...

"Ya Allah, abang saya macam mana?"
soal Fendy risau teramat sangat.

"abang Encik meninggal di tempat kejadian. dia kini berada di hospital Kuala lumpur. Saya harap ahli keluarga datang ke sini untuk kenal pasti mangsa ya?"
telefon di tangan terus terlepas dari tangan. tak mampu dia ungkapkan walaupun sepatah kata.
baru dia salam abangnya. baru tadi abang dia tepuk bahu dia.
Ya Allah, dia dah tak ada.

"Ya Allah...."
Fendy menangis. deras air matanya laju.

"Fendy? kenapa ni?"
Mummy terus menggoncangkan tubuh anak lelakinya yang kelihatan terkaku di atas sofa.

"Mummy.... Daddy... abang daus."
Nada suaranya dah tersekat.

"kenapa dengan abang daus?" gesa mummy menyoal.

"Cakap dengan Daddy, kenapa ni?"

"abang dah tak ada."
Jawab Fendy sayup. runtuh jiwa mummy dan daddy mendengar khabar berita itu.

"Ya Allah.... abang anak kita.."
Mummy terus memeluk erat tubuh suaminya untuk berpaut.

Mati itu tak menunggu. Malaikat tak pernah berehat untuk mencabut nyawa.