BAB 49

Pagi-pagi lagi awin sudah disediakan dengan berita yang mengejutkan berita tentang si Fikry ajak anak dara orang berkahwin tak sangka dia yang si Fikry akan melamar pelajar kawan baik sendiri.
Termangu-mangu Awin dibuatnya sungguh dia rasa tak sangka dengan apa yang disampaikan oleh fikry.

" engkau ajak dia kahwin?"

"kalau aku tak ajak dia kahwin nanti tak ada siapa jaga dia aku takut dia rosak."
awin tayang wajah cemberut. dia rasa sepatutnya fikry perlu berasa aman kerana dia tidak perlu lagi fikirkan hal Maya. tapi apa yang dia lihat sekarang lelaki du hadapannya sangat mengambil berat tentang hal gadis tersebut.

"Dia tak ada kena mengena dalam hidup kau kan so lantak dia lah nak tentukan hidup dia Apa masalah kau ni tiba-tiba nak kahwin dengan dia Engkau ada fikir tak masa depan kau kalau berkahwin dengan dia."
awin seolah-olah menolak dan tidak bersetuju dengan segala rancangan yang ingin di lakukan oleh fikry.

"Aku Tak sampai hatilah Nak Biarkan dia hidup terbiar tak ada siapa siapa nak jaga dia." Awin buat muka bosan.
bila baik dia jadi baik sangatlah pula.
desus hati awin perlahan.

"Engkau kenal dengan dia baru beberapa Bulan kot, Takkanlah tiba-tiba nak kahwin?"
awin sekerasnya membangkang. dia ada sebab kenapa membangkang. beribu kerutan di dahi awin ketika ini.

"ke kawan-kawan aku ni memang sejenis manusia yang rela kahwin tanpa cinta ke haaa? Kau dengan Fendy sama je Suka kahwin Express Lepas tu nanti bila dah kahwin masing-masing berubah tak nak kawan dengan aku agaknya."
awin buat ayat pasrah. fikry dah tersengih manja depan awin. dia yakin awin sebenarnya risau bila kawan-kawan baiknya menjauh.

"Oh sebenarnya Engkau tak nak aku kahwin lagi sebab kau takut aku jadi macam Fendy ke? Kalau macam tu aku akan setia jadi kawan kau sampai bila-bila kau janganlah risau aku akan Ada untuk kau" Fikry memberi seukir senyuman dan kenyitan mata menggoda. terpanar pula awin dibuatnya. dia jadi terkedu bila fikry pandang lama anak mata dia. Awin jadi tak keruan. si Fikry ni bila buat muka menggoda jsdi terpikatlah pula. sebab senyuman dia tu tampak ikhlas.

"fulamak Ayat kau menusuk Kalbu aku terharu I."
balas awin buat suara gedik.terasa lucu Fikry melihat gelagat si kawan.

" eleh terpesona lah tu dengan kata-kata manis ku. huhuhuh..." awin tergelak kuat melihat aksi spontan Fikry. ada je benda pelik dia nak buat.

"Hahaha kemain engkau kan? tarik rambut tu nanti baru tahu. Hurm, Aku rasa kau kena fikir masak-masak kalau engkau nak kahwin dengan dia. takkan kau nak berkahwin dengan perempuan yang kau tak sayang takkan engkau nak kahwin atas dasar simpati Kita ni nak hidup lama dengan pasangan kita."
dalam tawanya ada inti nasihat yang di sampaikan. fikry hanya mengangguk dan mendengar dengan teliti setiap ayat dsri awin.

"Dah orang yang aku suka pon sibuk nak dekat orang lain, jadinya akupun kahwin jelah dengan orang lain sebab simpati."
tambah Fikry lagi.

"aik? engkau ada suka dekat orang ke? sejak bila kau ada perasan suka ni? hahahah" bila awin gelak besar fikry di depan sudah memuncung hambar.

"aku cakap serius dia gurau pula. dahlah makan cepat aku dah tak ada mood!"
Fikry pura-pura merajuk.

"hesy, mamat ni kuat sentaplah sekarang."
macam-macam perangai si dua ketul ada saja hal yang ingin di lakukan. tapi kalau seorang dah merajuk yang seorang kenalah pujukkan? huhuhuh..

"kaulah punca aku kuat sentap tau?! huhuh..."
seloroh Fikry lagi. eeh, senang-senang je label orang punca segalanya.





*****
PAGI-PAGI lagi Meena Zalikha dan Fendy sudah bangun pagi untuk bersenam. Usai pulang dari bersenam di padang mereka berdua duduk di ruang sofa untul merehatkan diri di bawah angin pendingin hawa.
Fendy berbaring di atas riba Meena Zalikha sambil si isteri mengusap lembut rambut si suami.

"sayang, hari ni kita pasang coway dekat rumah tau?"
ujar Faliq Affendy sambil mendongak sedikit kepala memandang Meena Zalikha yang masih mengusap rambutnya.

"pasang coway? tak payahlah membazir." balas Meena. dia rasa benda itu tidak perlu.

"abang rasa kesian dekat awak asyik kena masak air kalau nak hidangkan minuman petang untuk abang."
Fendy kemukakan tujuannya yang sebenar. Meena Zalikha terus senyum bahagia bila Fendy buat ayat prihatin begitu.

"alolo romantiknya suami saya ni? bila orang coway tu nak datang?" Meena terus mencuit halus pipi kanan dan kiri si fendy yang semakin membulat. berat badan fendy semakin meningkat nampak sangat bahagia.

"kejap lagilah dia datang. lagi 15 minit dia sampai rumah."

"agent dia lelaki ke perempuan?" soal Meena ingin tahu. fendy dah buat muka nakal. dia merasakan terdetik sedikit sifat cemburu dalam diri meena.

"perempuan. cun tau awek coway tu, putih melepak." Saja Fendy buat ayat menduga hati.

"okey fine kalau macam itu awak pergilah kahwin dengan awek coway tu nanti boleh pasang coway dekat rumah jiran-jiran sekali."
tiba-tiba suara Meena berubah garau. dia terus tolak tubuh Fendy agar bangun dari ribaan. fendy dah tertawa halus lihat gelagat kebudakan si isteri yang kian terpancar.

"eeh, sayang jeles ke?"
fendy mencucuk halus pinggang meena sambil wajah dia bebas memandang Wajah meena yang masih memuncung.

"mana ada. Saya cakap je. buat apa bak jeles? awek coway je pun bukan Mirah filzah. fuh..."
balas Meena cuba menafikan perasaannya. dah cemburu tak mahu menjelaskan perasaan sebenar.

"eleh, muka ketat je bila abang kata awek coway tu putih melepak." masih lagi fendyshu
"mana ada ketat nampak ni saya senyum." tampak senyuman tawar yang kelihatan. Fendy dah pecah tawa di sebelah. lucu dia lihat riak wajah meena.

"senyum tak ikhlas." kata Fendy nakal.

"eleh, mana boleh nilai orang kata ikhlas tak ikhlas."
meena buat muka monyok.

"sayang abang ni susah sangatkan nak mengaku dia jeles?"

"werk, taknak layan abang. saya nak tidur lagi bagus abang layanlah awek coway tu."
Makin galak fendy ketawa. perempuan ni memang susahkan nak mengaku kalau jeles? suka sangay berpura-pura.

"eleh, budak ni jeles taknak ngaku." Fendy menjentil lidah gaya budak kecik. Meena buat muka tahan gelak.

"panggil kita budak pula."

"habistu nak panggil awak apa? mak budak ke? huhuhu tunggu kita ada anak baru awak jadi mak budak." usik dia lagi.

"eleh teringin nak anak ke?" bila meena soal dia begitu memang seronoklah halwa telinga dia mendengarnya. lelaki memang suka bab anak ni. bila dah tanya bab anak mestilah kena bermanja-manja di dalam kegelapan malam.

"mestilah, jadi kita kena berusaha keras sikit malam ni. malam inikan malam jumaat." Fendy menjungkit kening berkali-kali. semakin panjang akal dia bila setiap kali berbual dengan si isteri.