BAB 22

"AWAK kenapa pandang saya atas bawah? awak terliur ya tengok saya?"
Faliq Affendy mengecilkan mata sambil melangkah ke depan menuju ke arah Meena Zalikha.

"eh mana ada."
Meena Zalikha menggeleng laju. Fendy suka menduga dirinya. geram je rasa di hati si gadis.

"habis tu? kalau awak teringin nak peluk saya tak berbaju sekarang inipun saya sudi beri keizinan untuk awak peluk saya."
Fendy buat suara menggoda. bulu roma serasa naik satu tubuh. Meena sudah menelan air liur berkali-kali. dia terus terbaring di atas katil saat bibir Fendy di rapatkan ke lehernya. berdegup jantung meena dibuatnya. tubuh Fendy yang masih basah itu terkena tubuh badannya.

"jangan nak mengada-ngada ya? saya pandang badan awak sebab saya nak tahu mana tanda lahir yang Awin cakap tu."
Fendy terus tergumam. dia terus ubah posisi separuh baring tadi dan terus duduk.

"haaaa.... awin cakap dekat awak dia tahu tanda lahir saya?" Fendy mulai musykil.

"haaaa...."
Meena menjawab malas sambil tayang wajah cemberut.

"cakap meena apa yang awin cakap dengan awak."tangan Fendy terus menggoncang tubuh Meena. dia jadi tertanya-tanya.

"sebab hal tu ya awak taknak terima saya dan awak taknak saya rapat dengan dia?"
Fendy serkap jarang sendiri. Meena terus pandang ke dalam anak mata Fendy. dia tidak mengangguk dan dia tidak menggeleng.

"Awak ustaz tapi awak sanggup buat macam itu dengan Awin kan?"
ayat kecewa kedengaran.

"awak nak kata saya ada hubungan sulit dengan awin ke?"

"kalau dia dah tahu tanda lahir dekat pinggang awak tu, apa lagi saya nak fikir?"
suara keras kedengaran dari ungkapan meena. Sudah lama dia simpan perasaan bengang semenjak hari yang Awin katakan itu.

"sayang saya ni fikir bukan-bukan ya pasal saya?"
Fendy cuba bersikap tenang ketika ini.

"Hurm, saya tak tahu nak cakap apa sekarang ini. tapi saya nak cakap satu je, kalau awak sayangkan awin awak pergi dekat dia. Saya tak mahu, kalau saya dah mula sayangkan awak tiba-tiba awak pergi dekat dia."
panjang lebar meena meluahkan apa yang tersirat. fendy jadi terkedu.
dia menarik lembut tangan meena.

"maknanya awak akan sayangkan sayalah ya?"
Fendy tersenyum manis depan meena. tapi malangnya tidak ini,bila nafsu marah menguasai diri jadinya senyuman itu hanya menjadi persinggahan buat Meena Zalikha. dia menepis tangan Fendy dari menyentuh lembut tangannya.

"saya akan keraskan hati saya untuk sayangkan awak. satu disebabkan janji saya dengan arwah. dan yang kedua sebab saya taknak sakitkan hati awin."
Fendy terdiam lama. seluruh tubuh terasa lemah mendengar kenyataan itu. Dia rasa bagai di siat-siat hati dan ragannya.

"Awak memang taknak beri peluang dekat saya ke?"
Syahdu suara Fendy waktu ini.dia benar-benar rasa terkilan. sudah sebulan usia perkahwinan mereka tapi dia gagal membuatkan Meena jatuh cinta.

"kita akan jadi kawan sampai bila-bila. Just a friend, full stop Faliq Affendy." Jawab Meena riak rak ada perasaan.

"saya taknak. saya nak jadi imam awak itu je."
Sebak suara Fendy. Meena hanya berdiam..

"Awak? saya ni sedaya upaya nak jauhkan diri saya dari awin sebab saya nak jaga hati awak. tapi? sebab awin cakap dia tahu tanda lahir saya dekat pinggang saya, awak terus judge sayakan?"
Kecewa! luka! luka!! luka!!
itu yang di rasa.

"Dahlah, awak nak buktikan apa lagi dengan saya yang awak dengan awin tu tak ada hubungan kalau dia asyik datang rumah?" Tempelak meena kasar.

"tanda lahir ni awak sibuk nak tahukan? habis siku saya yang terbakar ni? awak tak pernah tanyapun kenapa?"
Meena terus terdiam. dia tidak memahami apa yang cuba Fendy katakan.

"Selagi awak tak percayakan saya, selagi itu saya takkan balik ke rumah ni. Awak bayangilah Firdaus dalam hidup awak dan awak teruslah judge saya sebagai lelaki yang teruk."
Bila dia dah buat keputusan dia akan buat. dia takkan kata kosong. itulah Fendy.

"awak nak pergi mana ni?"
Tangan Meena terus laju menarik pergelangan Fendy. lelaki itu hanya memandang sepi tanpa senyuman.

"saya nak pergi cari awin. sayakan ada hubungan dengan dia?" sinis Faliq Affendy perlahan.

Membina rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepian pantai dan di saat ombak datang istana roboh berderai. jadikanlah mahligai yang dibina itu kukuh, sekuat istana konkrit, biar dilanda ombak dan taufan ia tetap utuh dan teguh.




******
FENDY menyuakan keropok ke dalam mulutnya sambil berbaring di atas sofa rumah Fikry. selamatlah rumah dekat-dekat. merajukpun pergi ke rumah fikry je tak payah pergi lari ke oversea macam drama-drama melayu.

"Wuish, engkau memang bertekad nak tinggal sini seminggu ke?"
Soal Fikry yang masih kurang mempercayai dengan keputusan si kawan.

"yup. aku nak dia fikir balik siapa aku di mata dia. aku tak fahamlah, macammana awin boleh tahu tanda lahir aku? padahal,badan akupun aku tak pernah tunjuk dekat dia."
Fikry mengangguk perlahan. kaau itu yang buatkan Fendy rasa bahagia dia tak boleh bak cakap lebih.

"Lah, mestilah awin tu tahu. kau lupa ke waktu kita lepak dulu aku sibuk bercerita yang tanda lahir kau besar macam taik lalat? hahahaha" jawapan Fikry membuatkan mata Fendy terbutang.
what? si paktam ni rupanya beritahu awin tentang tanda lahir.
adeih, kenapa tak tahu haaa...

"Eh, kau ada cerita ya waktu kita melepak?"
Fendy jadi nangoi sekejap.

"adalah. jap, Awin ada cerita dekat isteri kau ke pasal tanda lahir kau?"
Fikry buat gaya berfikir macam professor.

"iyelah, sebab itulah aku gaduh dengan dia. Awin ada beritahu si Meena yang dia tahu mana tanda lahir aku."
Fikry rasa tak boeh bla dengar ayat Fendy.
dia pula rasa nak ketuk-ketuk kepala si awin tu. mentaliti budak-budak!!

"motif dia beritahu si meena tu? Eeee, nak kena maki dengan aku dia tu."
Fikry pula yang rasa terbakar hati.

"Engkau ni cubalah layan Awin tu baik-baik sikit. janganlah layan dia kasar sangat."
Fendy dah tertawa melihat gelagat fikry. kata kawan baik tapi suka bergaduh.

"habis dah dia fitnah kawan sendiri tu tak kasarlah? dia memang suka dengan engkaulah bro. dia tu memang dah lama sayangkan engkau sebab itulah dia sibuk tertekan bila dapat tahu yang engkau dah berkahwin."
Membebel Fikry panjang. dia kalau tak disuruh berhenti, macam inilah jadinya. radio rosak semalaysia.

"tak apalah, nanti kita cakap baik-baik dengan dia ya?"
Balas fendy lembut.

"cakap baik-baik? makan saman ke dia tu? nanti mulalah dia menjawab lelaki ada kuota 4. aku dah nasihat dia dah hari tu."
Ngomelan Fikry masih kedengaran. dia masih dalam keadaan zon tak puas hati.

"Dia ada beritahu engkau apa-apa ke? dia ada beritahu engkau benda yang aku tak tahu ke?" Fendy mula menduga dan syak sesuatu bila si Fikry keluarkan kata-kata yang mencurigkan.
bila disoal begitu, Fikry jadi terkebil-kebil.

"aku rasa kau perlu tahu benda ni.dia dah lama jatuh
hati dengan engkau. aku rasa lebih baik engkau nasihat dia supaya jangan datang rumah engkau dah."
Fikry balas satu nafas menerangkan segala benda.

"aku dah cakap hari itu. tapi dia marah aku balik."
Fendy mencebik bibir.

"Haaa, see? engkau cakap baik-baikpun dia tak mahu dengar. benci betul aku dengan perempuan tu makin lama." Makin panas hati Fikry dibuatnya.

"haih, dia kawan baik kita. tak baik cakap macam itu."
Fendy senyum. dia terus tepuk bahu fikry untuk tenangkan hati si kawan.

"engkau ni baik sangatlah. Engkau sedar tak manusia macam dia boleh runtuhkan masjid orang lain? dia boleh runtuhkan masjid engkau. Sedar tak?"
Sepasang matanya sudah mencerlung tajam. dia tak tahu nak ungkap apa lagi dengan Fendy. dia menegah tapi si Fendy tetap mahu berdiam dan terus berdiam. selalu sangat nak jaga hati orang. habis hati sendiri siapa nak jaga?hantu kumkum ke?

"Dia kawan baik kita. jangan sebab kan hal ni kita putus sahabat. kesian dekat awin tu sikit. dia ada kita je dalam hidup dia." nasihat fendy hanya di dengar sepi. Fikry dah buat muka. dia merasakan Fendy berbias. biasan katanya membuatkan Fikry mula tertanya.

"engkau ni memang baik tak bertempat." ya fendy susah nak marah dia susah nak bermusuh. kerana kebaikannya membuatkan para gadis mudah jatuh hati tapi hatinya tetap buat Meena Zalikha.